CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saintis Jepun Dedah Pembaca Berita Android

26-6-2014 03:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2211| Komen: 2

Description: Android Yang Kelihatan Seperti Seorang Remaja Tersebut 'Kodomoroid', Merupakan Gabungan Perkataan 'Kodomo' Yakni 'Kanak-Kanak' Dan 'Android' Yang Bermaksud Robot, Telah Menyampaikan Berita Gempa Bumi ...


SAINTIS di Jepun mendedahkan Android yang mampu membaca berita yang pertama di dunia.

Android yang hampir menyerupai manusia tersebut mampu berjenaka dan juga mempunyai kemahiran bahasa yang sempurna.

Android yang kelihatan seperti seorang remaja tersebut 'Kodomoroid', merupakan gabungan perkataan 'Kodomo' yakni 'kanak-kanak' dan 'Android' yang bermaksud robot, telah menyampaikan berita gempa bumi dan serbuan FBI kepada wartawan di Tokyo.

"Anda juga kelihatan seperti robot!," Android tersebut mengusik profesor robotik, Hiroshi Ishiguro, dalam nada jenaka.

'Otonaroid' yang bermaksud 'Android dewasa' juga diperkenalkan dalam acara tersebut.

Kedua-dua Android tersebut akan 'bekerja' di Muzium Inovasi dan Sains Baharu di Tokyo.

"Kita akan mempunyai lebih banyak robot pada masa hadapan," Hiroshi memberitahu wartawan.

Hiroshi sendiri mempunyai Android peribadi yang beliau hantar ke luar negara untuk memberi ceramah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 26-6-2014 08:25 AM
Kalaupun ada saintis Malaysia buat penyelidikan ini, nanti adalah puak jumud berkata kajian membazir,lagi baik duit tu dipakai utk tolong org susah ke, subsidi minyak ke. Lobai pula akan berkata harom buat patung berhala yg boleh bercakap

So screw Malaysia. Baik saintis Malaysia buat kajian di universiti luar negara
Quote Cakkkk....aaaa 26-6-2014 08:28 AM
[youtube]aASm6r2Ed28[/youtube]

kaku.. belum smooth lagi facial expressionnya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045004 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top