CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghuni Rumah Rakit Dakwa Sering Terlihat Buaya

25-6-2014 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6581| Komen: 15

Description: Babok Berkata, Dia Turut Berada Di Rumah Rakit Berkenaan Dan Mendengar Jeritan Ewa Meminta Tolong Dan Minta Dihulurkan Tombak.


ROMPIN – “Sebelum ini saya selalu lihat kelibat buaya berkenaan hanyut mengikut arus sungai dan kadang-kadang berada di seberang sungai sambil melihat ke arah rumah rakit namun tidak sangka ia bertindak menyerang adik saya.”

Begitulah reaksi seorang nelayan sungai, Babok Judak, 38, abang kepada mangsa serangan buaya, Ewa Judak, 34, yang parah di bahagian lutut kiri selepas digigit haiwan liar itu sejurus selesai mandi di atas rumah rakit dekat Sungai Rompin.

Babok berkata, dia turut berada di rumah rakit berkenaan dan mendengar jeritan Ewa meminta tolong dan minta dihulurkan tombak.

Pada petang hari kejadian katanya, dia terdengar jeritan Ewa meminta tolong dan turut meminta diberikan tombak tetapi dia hanya sempat mencapai pisau pemotong sayur dan dalam masa sama adik ipar Ewa, Kamis Hawa, 30, membantu menarik Ewa ke atas rakit.

“Saya bergegas keluar rumah tetapi melihat dia sudah terlepas daripada gigitan buaya selepas dibantu Kamis, lega adik saya terselamat daripada dibaham buaya,” katanya.

Menurut Babok, haiwan itu juga kerap dilihat berkeliaran di kawasan rumah rakit mereka pada waktu malam kerana apabila disuluh akan nampak cahaya matanya yang berwarna merah.

“Sebelum ini tidak timbul rasa takut tetapi selepas kejadian yang menimpa Ewa, kami gerun malah dua anak saya yang tinggal bersama di rumah rakit ini trauma dan mereka kelihatan takut melalui titi untuk pergi ke tebing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri, Khairiah Mohd Shariff berkata, jabatan tersebut sudah pun menghantar kakitangannya untuk membuat pemantauan di kawasan sungai tersebut bermula kelmarin selepas Adun Tioman, Datuk Johari Hussin  membuat laporan.

Beliau berkata, penduduk di kawasan sungai tersebut mendakwa sering kali melihat reptilia ganas itu tetapi tidak pernah membuat sebarang laporan kepada Perhilitan.

"Memandangkan sungai merupakan habitat semulajadi bagi buaya, Perhilitan tidak akan memasang perangkap atau memindahkannya ke kawasan lain. Pihak kami hanya meletakkan papan tanda amaran tentang kehadiran buaya di kawasan itu dan meminta orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan tersebut termasuk memancing serta berenang," katanya ketika dihubungi semalam.

Khairiah berkata, Perhilitan juga akan menasihati mangsa serangan buaya itu (Ewa) untuk menuntut pampasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tercedera akibat diserang haiwan liar.

Menurutnya, Perhilitan akan menemubual mangsa sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat tentang saiz dan panjang reptilia yang menyerangnya.

Sinar Harian semalam melaporkan Ewa yang tinggal di rumah rakit di Sungai Rompin berhampiran Kampung Tebu Hitam nyaris maut selepas diserang seekor buaya sejurus selesai mandi.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

2

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 25-6-2014 09:50 AM
minta lah permit senapang patah...mati tu buya kalau terkena tembakan....
Quote encikWawad 25-6-2014 09:52 AM
ada dengar kat news - kaki kena gigit buaya - aduhhai seram betul
ingatkan kat sarawak rupanya kat rompin pahang
Quote prettyuglybabe 25-6-2014 10:23 AM
ada lagi ye rumah rakit ni..
Quote HaifaHanna 25-6-2014 03:48 PM
Seram nyee..dh la ade ank..hish!
Quote BotakChinPeng 26-6-2014 11:28 AM
Kesian orang asli tuh
Quote gaara_X 26-6-2014 11:39 AM
pasang perangkap....
Quote pelukis.plan 26-6-2014 11:44 AM
buru la buaya sampai pupus
tinngalkan negeri sarawak je ada buaya
biar jadi hak eksklusif kat sana
baru la boleh meningkatkan kedatangan pelancong
Quote haji_one 26-6-2014 11:50 AM
Kat mana ada udang galah..mesti ada buaya..hehehe..so be careful..
Quote afie_m 26-6-2014 03:50 PM
bahayanya...
Quote rosasa 26-6-2014 04:07 PM
ingatkan kat sarawak tadi
Quote sekngucing 26-6-2014 04:47 PM
aku ingat di kelantan
Quote sekngucing 26-6-2014 04:50 PM
aku ingat di kelantan
Quote kenarikelabu 26-6-2014 05:01 PM
haji_one posted on 26-6-2014 11:50 AM
Kat mana ada udang galah..mesti ada buaya..hehehe..so be careful..

Tapi kadang ramai yg terleka dan terlupa bila udang dah penuh satu raga
Quote AMDTurion 26-6-2014 08:25 PM
bukakuk satu!!!
Quote kodokke 26-6-2014 08:29 PM
Rumah rakit utk kaki pancing ke?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067592 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top