CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tersangkut 4 Jam Atas Pokok Kelapa

25-6-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6606| Komen: 62

Description: Penduduk Kampung Mengenalinya Sebagai Pemanjat Pokok Yang Cekap, Namun Kelmarin Mohd Hafiz Che Yusoff, 30, ‘Tersangkut’ Hampir Empat

Nggota Bomba Menyelamatkan Mohd Hafiz (Gambar Kecil) Yang Tersangkut Atas Pokok Kelapa Di Pasir Puteh, Semalam.

Pasir Puteh: Penduduk kampung mengenalinya sebagai pemanjat pokok yang cekap, namun kelmarin Mohd Hafiz Che Yusoff, 30, ‘tersangkut’ hampir empat jam atas pokok kelapa di Kampung Padang Pak Omar, Selising, dekat sini.

Lelaki itu yang bekerja sebagai buruh, berkata dia memanjat pokok kelapa setinggi tiga tingkat bangunan itu kerana mahu mengambil buahnya jam 6 petang, namun gagal turun dari pokok itu.


Pandangan jadi gelap

“Ketika di atas pokok, pandangan saya jadi gelap seketika, saya dapat rasa pokok itu terlalu tinggi, selain buah kelapa muda yang digugurkan sebelum itu kelihatan sebesar biji saga,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebaik berjaya dibawa turun sepasukan anggota bomba.

Katanya, dia hanya berdoa supaya terselamat dalam kejadian itu, selain berharap ada penduduk melalui kawasan itu.

Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharuddin Yahya, berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.01 malam.


6

Bagus
10

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-6-2014 06:52 PM
geli hati akak.
Quote nebulagazer 24-6-2014 07:00 PM
Anemia kaaa?
Quote BeeHaa 24-6-2014 07:03 PM
Dia ada penyakit kot

Quote mak_wa95 24-6-2014 07:08 PM
gayat tu....
Quote edoraixora 24-6-2014 07:11 PM
Uishhh...lame tu 4 jam
Bapak lenguh
Quote Sweetnye 24-6-2014 08:13 PM
Cik pon ajak dating letew
Quote lucky_peace 24-6-2014 08:17 PM
siannya, hhuhuhu....
Quote voiletiris 24-6-2014 08:18 PM
kalau mlm org melipasi bawah pokok kelapa tu og ingat kak pont lak
Quote mbhcsf 24-6-2014 08:22 PM
gayat tu ...panic...

well...lain kali relaxxx...turun sikit sikit macam toddler naik tangga  rangkak rangkak

relax je ...cuma yg tengok tu jangan bagi dia panic ...kalau dia sendiri naik dan undur turun ...dia boleh buat...

tapi kena awasi laaa...

Quote exclusive_vvip 24-6-2014 08:27 PM
mcm shah rukh khan jah...ke mata i yg rabun...
Quote alinone78 24-6-2014 08:29 PM
Dia ingat dia pakar sangat
Dia lupa kuasa Tuhan
Quote Changa 24-6-2014 08:29 PM
buatnya ada kilat petir sia2 kena panah petir.

akak baharu lehat kilat panah pokok kelapa sehingga terbakar 2 hari lepas. seram akak buat seketika
Quote MissNigga 24-6-2014 09:01 PM
tetiba jer ada ular kuar dari celah celah ulik mayang .... mau terjun teruih
Quote CiliPadiSedap 24-6-2014 10:01 PM
Changa posted on 24-6-2014 08:29 PM
buatnya ada kilat petir sia2 kena panah petir.

akak baharu lehat kilat panah pokok kelapa sehingg ...

tengok live atau tengok kesan?

akak pernah tgk juga. tp jauh.

bahaya petir.

mmg menyambar.
Quote CiliPadiSedap 24-6-2014 10:02 PM
MissNigga posted on 24-6-2014 09:01 PM
tetiba jer ada ular kuar dari celah celah ulik mayang .... mau terjun teruih

kucing akak tingkat 6 terjun masih subur membunting.



Quote rospinki 24-6-2014 10:07 PM
Mesti dia ada pekena apa2.. tiba2 dunia jadi berpinau.
Quote gnote_2 24-6-2014 10:11 PM
rospinki posted on 24-6-2014 10:07 PM
Mesti dia ada pekena apa2.. tiba2 dunia jadi berpinau.

ade kencing manis kot.. tetiba berpinau
Quote rospinki 24-6-2014 10:13 PM
gnote_2 posted on 24-6-2014 10:11 PM
ade kencing manis kot.. tetiba berpinau

Dude..bukan darah tinggi ke..apalak kencing manis berpinau. .hehe
Quote gnote_2 24-6-2014 10:16 PM
rospinki posted on 24-6-2014 10:13 PM
Dude..bukan darah tinggi ke..apalak kencing manis berpinau. .hehe

maap tuan doktor.. awak main tibai je..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.089948 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top