CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Malaysia Lebih Mengemari Wanita Indonesia?

10-6-2014 03:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43877| Komen: 48

Description: “Selain Itu, Wanita Indonesia Tidak Akan Meninggalkan Suami Yang Makan Di Meja Makan Seorang Diri, Perkara Itu Akan Berterusan Walaupun Mereka Telah Lama Berkahwin. Ini Merupakan Adat Budaya Wanita I ...

Gambar hiasan

Kenapa ramai lelaki Malaysia suka berkahwin wanita Indonesia terutama dari Sumatera?

Bukan apa,biasanya ramai wanita Malaysia memilih teman lelaki Barat,kononnya romantik dan penyanyang.

Artikel ini mengenai wanita Indonesia menjadi pilihan lelaki di Malaysia. Artikal ini mungkin membuat wanita berasa tidak senang, tetapi apakata cuba luangkan masa sejenak untuk renungkan perkara ini,hujah yang diperkatakan mungkin betul,mungkin juga tidak betul.

Kadang-kadang dalam kita memperkatakan mengenai ego kita, adakalanya kita kena juga bersifat terbuka.

Kalau selama ini hanya lelaki dipersalahkan ,apa salahnya kaum wanita juga merenung kelemahan diri sendiri. Kata orang yang pahit itu penawar,


Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia,Khairudin Harahap

Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, kebanyakan lelaki Malaysia tertarik dengan layanan yang lebih baik yang mampu diberikan oleh wanita Sumatera itu berbanding wanita Malaysia.


“Contohnya, kawan saya sendiri berkahwin dengan wanita Sumatera, isterinya tidak kisah suaminya pulang lewat malah akan diberi layanan yang sangat baik tanpa perasaan marah dan ragu-ragu walaupun ditinggalkan sehingga lewat malam.

“Selain itu, wanita Indonesia tidak akan meninggalkan suami yang makan di meja makan seorang diri, perkara itu akan berterusan walaupun mereka telah lama berkahwin. Ini merupakan adat budaya wanita Indonesia dari dahulu lagi,” katanya


Apakah kelebihan yang ada pada wanita dari Sumatera ini? Antara mereka tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, menurut Khairuddin mereka terkenal dengan rupa paras yang cantik.

“Saya dapati kerana kecantikan mereka itu, lelaki negara ini tidak putus-putus pergi ke Medan, Indonesia terutama hari Jumaat dan pulang pada hari minggu.


“Berdasarkan maklumat, kebanyakan mereka yang pergi ke sana untuk bermain golf tetapi kemudiannya secara tidak langsung tertawan dengan kecantikan wanita di sana,” ujar beliau

ini kata Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran 

Layanan mesra, lemah lembut, mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca yang menyebabkan ramai lelaki tempatan ‘cair’ terhadap wanita Indonesia.

Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.

Perkara itu menyebabkan kaum lelaki di negara ini memilih wanita seberang kerana persepsi mereka yang masih bersifat tradisional dan konservatif dalam rumah tangga termasuk inginkan perhatian dan layanan.

“Kehendak yang tidak berpadanan ini telah menyebabkan lelaki Malaysia beralih kepada wanita seberang kerana lelaki kita masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lampau. Sedangkan visi wanita kita lebih kepada kerjaya dan masa depan.

“Jadi untuk memenuhi kehendak itu maka mereka beralih kepada wanita seberang kerana mereka masih mempunyai pemikiran seperti wanita kita 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh,” katanya

Justeru, Shatar yang juga pensyarah Sains Kemasyarakatan menasihatkan wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami.
18

Bagus
10

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
23

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 10-6-2014 12:51 PM
beb...stok2 indon ni pandai layan suami la...godaan diorang kuat..lebih2 lg yg lawa2 tu...ko tengok la punggung diorang dia hayun masa berjalan sambil pakai kain batik...yg melayu ni tk reti...mau tudung je sanggul tinggi2...keeeerrrhh
Quote chinta89 10-6-2014 12:55 PM
ye laaa... perempuan kije utk tanggung separuh keperluan yg suami tak mampu tanggung.. entahlah.. kang kalau konservatif mcm 25 tahun lepas kan, alasan nk cari satu lagi sb yg muda lebih anggun n trend tkini berbanding isteri yg duk d rmh sooo konservatif d mata suami.. hahahaha..

jgn lahar i okeh. ini pendapat dari persekitaran yg ak tgk.
Quote robertocarbos 10-6-2014 01:06 PM
melentik brooooo.... diorang kuat minum jamu
gebu jgn ckp laaaa
perghhhhhhhhhhhh
Quote nanacinta 10-6-2014 01:07 PM
kena tengok taraf pendidikan perempuan la...kalau pergi ke jakarta , rasanya lelaki pun lari dengan sikap feminism mereka...huhuhu...satu hari nanti sumatera pun akan membangun dan sikap orang jakarta tu akan berjangkit...semua ni ilmu sociology...
Quote akuwell 10-6-2014 01:19 PM
Asyik isteri yang kena menatang laki bagai minyak yang penuh. Bosan . Kalau bini 24 jam kat rumah tak keje, boleh la nak layan laki macam raja, ni bini tolong tanggung sekali tanggungjawab laki. So, perempuan sumatera dah kawen laki Malaysia , dorang keje ke tak???
Quote duniaku85 10-6-2014 01:59 PM
lelaki ni mmg..asyk nk layan dia 24 jam je..tp suh keje..ape pun tak boleh. terlalu asyk dgn keseronokan dunia. nk cari yg perfect, tp diri sendiri pun 2 kali 5 jugak..tau goyang kaki je
Quote Dewa19XKangen 10-6-2014 02:10 PM
kajian aku:-

a - mencintai apa adanya,x macam melayu
b - makanan bangsa depa sedap(rawa terutama)
c - tau amik ati,pahami kita,sanggup berkongsi(material)
d - cun,barang beso
e - pandai bawa diri(marantau,ikut paham masyarakat sekeliling)
f - boleh bertahan lama dalam hubungan(xda nak suruh menikah tegedik2)
g - semua faktor datas adalah ibarat jatidiri/sosial/cara/terlewat puluh tahun yang mana masih tidak dsuntik/dhasut dalam budaya moden yang dah ada kat pompuan malaya atau jiwa masih lama..
Quote Lagubestbest 10-6-2014 02:35 PM
Bersederhana, cun & ada signal bakal gila-gila atas katil. Cukup tiga-tiga ciri nih, orang lelaki sambar terus.
Quote wan_fizah 10-6-2014 02:55 PM
tak habis2 comparison ke arah menyalahkan
Quote lima_kupang 10-6-2014 03:15 PM
teringat indon yg aku jumpa jd maid tu... pegghhh... cun gilossss.....

lg pon dorng nie pndai jaga badan... jamu la apa la...

mmg blh pkai untuk jangka masa yg panjang....
Quote nanacinta 10-6-2014 04:40 PM
wan_fizah posted on 10-6-2014 02:55 PM
tak habis2 comparison ke arah menyalahkan

biasa la fizah...lelaki suka membandingkan...kalau fizah pegi ke forum kaskus indon tu, lelaki kat sana banyak puji perempuan malaysia sopan, cantik dan taat pada agama...manusia ni suka buat comparison benda yang dia tak tau...huhuhu...

Quote robertocarbos 10-6-2014 04:51 PM
nanacinta posted on 10-6-2014 04:40 PM
biasa la fizah...lelaki suka membandingkan...kalau fizah pegi ke forum kaskus indon tu, lelaki kat ...

jangan laki jek
pompuan pun same
xdpt bende nak sikit

mule bandingkan
tgok suami orang tu bg isteri die cincin belian 90karat, nape i xde??
tgok suami org tu bg isteri die kete baru, nape i xde??

ce bandingkan
tgok suami orang tu pkol bini die smpi lebam, nape i xde??
Quote nanacinta 10-6-2014 04:56 PM
robertocarbos posted on 10-6-2014 04:51 PM
jangan laki jek
pompuan pun same
xdpt bende nak sikit

yer la...manusia kan...tapi lelaki ni suka cipta fantasi kononnya the grass is always greener on the other side...tapi diorang tak kaji fakta bahawa indonesia memiliki statistik perceraian paling tinggi di asia pasifik...macam mane tu...
Quote robertocarbos 10-6-2014 04:57 PM
nanacinta posted on 10-6-2014 04:56 PM
yer la...manusia kan...tapi lelaki ni suka cipta fantasi kononnya the grass is always greener on t ...

abeh yang pompuan dok sebok
laki korea romentik la manje la
penyayang la????

haaaaaaa
2 X 5 la akak oiii....
tp laki diam jek
cume bile kene batang hidung pompuan
mule laaaaa.....
Quote nanacinta 10-6-2014 05:03 PM
robertocarbos posted on 10-6-2014 04:57 PM
abeh yang pompuan dok sebok
laki korea romentik la manje la
penyayang la????

itu fanatik korea...jangan la tanya budak belasan tahun...tanya perempuan dewasa...hmmm...awak umur belasan tahun ke???

Quote robertocarbos 10-6-2014 05:15 PM
makcik dkt tmpt keje ni pun tgok Korea dgn citer indon
haaaaaaaaaaaa

Stupidity doesn't aged - Sir Richard Godzilla
Quote nanacinta 10-6-2014 05:22 PM
robertocarbos posted on 10-6-2014 05:15 PM
makcik dkt tmpt keje ni pun tgok Korea dgn citer indon
haaaaaaaaaaaa

tengok cerita jer...bukan diorang puji pun lelaki korea...kalau puji pun biasa la, dia puji karakter cerita tu, bukan puji lelaki korea...itu pun nak ambik hati...huhu...

Quote robertocarbos 10-6-2014 05:24 PM
nanacinta posted on 10-6-2014 05:22 PM
tengok cerita jer...bukan diorang puji pun lelaki korea...kalau puji pun biasa la, dia puji karakt ...

amboi.....defensive sungguh akak ni
janganlah terasa...sy meminta maaf kalau terasa hati dan pundi kencing
tidak ada niat
ad la sket2
Quote nanacinta 10-6-2014 05:26 PM
robertocarbos posted on 10-6-2014 05:24 PM
amboi.....defensive sungguh akak ni
janganlah terasa...sy meminta maaf kalau terasa hati dan pund ...

tak terasa dik...belajar rajin2 yer sebelum fikir pasal perempuan...

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071697 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top