CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Facebook Saya Dihack Kata Ahli Parlimen Langkawi

5-6-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4430| Komen: 34

Description: “Sepanjang 26 Mei Hingga 2 Jun Saya Berada Di China, Jadi Sepanjang Tempoh Itu Juga Saya Tak Buka Facebook. Bila Balik Semalam (Kelmarin)... Saya Terkejut Jugalah Sebab Gambar Profil Facebook Saya Pu ...


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa akaun Facebook (FB) miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab sekali gus memuat naik status yang dikatakan berbaur fitnah terhadap ibu calon DAP PRK Teluk Intan, Yammy Abd Samat, 59.

Nawawi ketika dihubungi berkata, sepanjang minggu lalu beliau berada di China dan tidak mengakses akaun Facebook kerana ia disekat di negara itu.

“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.

“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.

“Saya tak pasti ini kerja siapa... sebelum itu saya sudah tukar password dan tiada siapa pun tahu password Facebook saya,” katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Yammy, beliau enggan memberi sebarang komen kerana akan berbincang perkara itu dengan peguam terlebih dahulu.

Bagaimanapun katanya, nama individu yang tercatat pada status Facebooknya itu dengan nama Yammy adalah dua individu berbeza.

“Nama yang ditulis pada Facebook saya itu Yammy Samat, manakala nama ibu Dyana Yammy Abd Samat,” katanya yang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China baru-baru ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Yammy bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya.

Beliau menyuarakan hasrat itu selepas tersebar  pelbagai maklumat di laman sosial berhubung kontrak, aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 4-6-2014 09:03 AM
taktik lama... bila akaun fb jd kontroversi terus claim kena hack...
Quote sueism 4-6-2014 09:10 AM
otai_g posted on 4-6-2014 09:03 AM
taktik lama... bila akaun fb jd kontroversi terus claim kena hack...

Biasa lah taktik tu aje yg Ada.
Quote ultra78 4-6-2014 09:11 AM
Alasan lapuk

Quote Innrukia 4-6-2014 09:11 AM
Sbb tu ramai pakai fb, lps sebar cerita jd viral.... Claim kna hack.... Selamat
Quote makton 4-6-2014 09:12 AM
popularity yammy mengatasi populariti dyana...
Quote nikaido 4-6-2014 09:14 AM
dah takutla tu
Quote ero_sennin 4-6-2014 01:06 PM
YummY     
Quote jengkoil 4-6-2014 01:18 PM
“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.


Point 1:
Macam nak percaya dgn beliau..sbb kat china xleh access FB.
-BTW bila date fitnah tersebut dibuat?
-ada org lain yg uruskan akaun FB beliau?

Point 2:
Tukar profile gambar kerbau...mcm xnk percaya dgn beliau.
Mcm taktik nak tunjuk kena sabo. Tapi sebenarnya nak cover.
Quote hzln 4-6-2014 01:29 PM
kah kah kah kah
alasan ini hanya level2 macai umngok saja yg bulih hadam...tinggi benar maqam nya...tak mampu tercapai oleh akal org kebanyakan...
Quote hzln 4-6-2014 01:31 PM
jika dilihat pada posting2 fb dia selama ini pun, takat2 tu jer lah..kadang lebih sakai dr bung moktar pemikirannya....so, bila kali ni diklaim kena hack (setelah ada ancaman saman dr pihak yg difitnah) memang satu kelucuan yg sangat menggelikan pankreas
Last edited by hzln on 4-6-2014 01:33 PM

Quote the_killer 4-6-2014 01:32 PM
hzln posted on 4-6-2014 01:31 PM
jika dilihat pada posting2 fb dia selama ini pun, takat2 tu jer lah..kadang lebih sakai dr bung mokt ...

terima lah dengan hati yang terbuka alasannya..walau bertaraf cadbury sekalipun
Quote hanamunir 4-6-2014 04:11 PM
alasan tak boleh blah..
orang da tak pakai alasan itteww..
Quote Babai 4-6-2014 04:13 PM
otai_g posted on 4-6-2014 09:03 AM
taktik lama... bila akaun fb jd kontroversi terus claim kena hack...

Serupa jah bee end dan pr. Bila kantoi, konar baring.
Quote kivio 4-6-2014 05:51 PM
Babai posted on 4-6-2014 04:13 PM
Serupa jah bee end dan pr. Bila kantoi, konar baring.

Ape nk heran.
PR itu sendiri serpihan drpd BN.
Sama busuk sama kotor.
Quote ladyxez 4-6-2014 05:58 PM
Tolonglah fikir alasan lain,  lapuk sgt dah alasan tu , baling batu sirok tangan.  Hanez suraya lg berani walau salah
Quote Knights 4-6-2014 06:07 PM
hzln posted on 4-6-2014 01:31 PM
jika dilihat pada posting2 fb dia selama ini pun, takat2 tu jer lah..kadang lebih sakai dr bung mokt ...

Sekurang kurangnya dia itu ahli parlimen

Boleh masuk parlimen

Engkau itu siapa?
Pernah bahas di parlimen?
Quote Muntz 4-6-2014 06:10 PM
Skarang senang jer nak cover - account kena hack.
Quote Czaziq 4-6-2014 06:12 PM
jengkoil posted on 4-6-2014 01:18 PM
“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka F ...

selalunya fb twitter email yb umno ni pegawai khas depa yg uruskan. cuba yb tnya pegawai khas yb ape yg depa dah buat.
Quote vespa_oren 4-6-2014 06:28 PM
Knights posted on 4-6-2014 06:07 PM
Sekurang kurangnya dia itu ahli parlimen

Boleh masuk parlimen

ko letak batang pisang calon UMNO kt langkavvi, org tetap undi batang pisang tu

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.249573 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top