CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna kad kredit orang- Polis cari Siti Norakmal

30-5-2014 02:41 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13431| Komen: 111

Description: Khong Koy (tengah) bersama dua pegawai menunjukkan gambar Siti Norakmal yang dikehendaki polis membantu siasatan kehilangan kad kredit wanita warganegara Indonesia.

Khong Koy (tengah) bersama dua pegawai menunjukkan gambar Siti Norakmal yang dikehendaki polis membantu siasatan kehilangan kad kredit wanita warganegara Indonesia.

BUKIT BERUANG – Seorang pekerja hotel, Siti Norakmal Abdullah, 23, dikehendaki polis Melaka bagi membantu siasatan berhubung kecurian kad kredit seorang wanita warganegara Indonesia.

Terdahulu, alamat terakhir suspek menetap di Kampung Permas Besar, 82300 Kukup, Pontian, Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Ee Khong Koy berkata, pada kejadian 21 April lalu, mangsa berusia 55 tahun itu tertinggal kad kredit di sebuah hotel di Banda Hilir di mana suspek bekerja selepas melakukan pembayaran penginapan.

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari kad kreditnya hilang pada hari ketiga kejadian selepas memeriksa wang akaun RM8,600 digunakan menerusi kad kredit berkenaan.

“Mangsa lupa untuk mengambil kad kreditnya di kaunter hotel ini dan pada 23 April dia menghubungi sebuah bank di Jakarta dan mendapati berlaku transaksi dari kad kredit itu membeli barangan bernilai RM8,600.

“Suspek yang berkhidmat tidak sampai setahun di hotel itu kini menghilangkan diri dan tidak datang bekerja seperti biasa,” katanya kepada media, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, di sini, semalam.

Pada 22 April, suspek didakwa membeli pakaian dan barangan berjenama di lapan kedai sekitar bandaraya Melaka dan keesokannya hanya satu pembelian di sebuah kedai.

Khong Koy berkata, selepas menyedari sudah berlaku sembilan transaksi perbelanjaan, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada jam 10.30 pagi, 24 April lalu.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai yang mengenali mangsa diharap dapat menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

4

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 30-5-2014 11:29 AM
takziah.
Quote dino 30-5-2014 11:31 AM
bkn stp transaksi akan dpt sms ke? klau pembelian tu riban2 siap bank call lg buat pengesahan...
Quote aliaa 30-5-2014 11:33 AM
tau pun takut...
Quote BeeHaa 30-5-2014 11:34 AM
dino posted on 30-5-2014 11:31 AM
bkn stp transaksi akan dpt sms ke? klau pembelian tu riban2 siap bank call lg buat pengesahan...

Maybe bank indon x de buat procedure mcm ni kot?
Quote TanSriJess 30-5-2014 11:38 AM
kusangka kan panas hingga ke petang

rupanya pkl 11 dh guruh/kilat sabung menyabung



- Siti Norakmal -
Quote namirulmukminin 30-5-2014 11:39 AM
dino posted on 30-5-2014 11:31 AM
bkn stp transaksi akan dpt sms ke? klau pembelian tu riban2 siap bank call lg buat pengesahan...

Tu la.... Aku pakai kad kredit buat beli tiket katebang online pon dapat sms...
Quote kumbang7 30-5-2014 11:40 AM
namirulmukminin posted on 30-5-2014 11:39 AM
Tu la.... Aku pakai kad kredit buat beli tiket katebang online pon dapat sms...

ada yang xdapat..ada sesetengah je...tapi kalau transaksi ribu2 biasanya dapat
Quote namirulmukminin 30-5-2014 11:41 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Ee Khong Koy berkata, pada kejadian 21 April lalu, mangsa berusia 55 tahun itu tertinggal kad kredit di sebuah hotel di Banda Hilir di mana suspek bekerja selepas melakukan pembayaran penginapan.

Kenapa susah sangat depa ni nak sebut nama hotel tu....
Quote cheeky_meal 30-5-2014 11:42 AM
dino posted on 30-5-2014 11:31 AM
bkn stp transaksi akan dpt sms ke? klau pembelian tu riban2 siap bank call lg buat pengesahan...

kan...aku beli xsmpai sehatus pun dpt sms...ni kan pulak ribu riban..hemm...lmbt kot msg smpai..maklumla indo kan jauh..hik3..
Quote nurul_akmar 30-5-2014 11:44 AM
aku beli rm50 pon dapat sms. masakla ko siti norakmal. muda2 dah masuk lokap.
Quote dino 30-5-2014 11:46 AM
cheeky_meal posted on 30-5-2014 11:42 AM
kan...aku beli xsmpai sehatus pun dpt sms...ni kan pulak ribu riban..hemm...lmbt kot msg smpai..ma ...

agaknya la kot mesej lambat sampai....
hari tu kan aku tertinggal kad atm kat mesin atm tu... tak sampai sejam ade org cuba guna dah tak sempat nak p ambik balik... hbis online semua dah kena block... ni kad kredit lg kena alert... ngan stakat sign conteng2 pun lepas
Quote mizahanan 30-5-2014 11:47 AM
Malu ko dik.. nak bergaya tp usaha tu bertentangan
Quote haryatie 30-5-2014 11:47 AM
x tahan godaan le tu..

Quote dino 30-5-2014 11:47 AM
namirulmukminin posted on 30-5-2014 11:39 AM
Tu la.... Aku pakai kad kredit buat beli tiket katebang online pon dapat sms...

ha ah... leh cepat dpt sms tu... takyah tunggu lama... semua dah camtu skrg... nak byr bil online, transfer duit semua dpt sms.... antara alert atau tak je

Quote Bell 30-5-2014 11:48 AM
dino posted on 30-5-2014 11:31 AM
bkn stp transaksi akan dpt sms ke? klau pembelian tu riban2 siap bank call lg buat pengesahan...

Pompuan indon tu pelancong. sure takde roaming kat phone dia. Mcmana nak dpt SMS. Aku baru jer vacation di Paris. Guna kad sampai riban-riban. Takde pun SMS. Kalau ada pun memang tak dpt sebab aku tak roaming.

Quote dino 30-5-2014 11:49 AM
BeeHaa posted on 30-5-2014 11:34 AM
Maybe bank indon x de buat procedure mcm ni kot?

menda basic kot... tp tak tahu la yindon kan
Quote Bell 30-5-2014 11:49 AM
Family mesti malu giler....

Quote dino 30-5-2014 11:52 AM
Bell posted on 30-5-2014 11:49 AM
Family mesti malu giler....

nak bergaya ngan kad kredit org
Quote BeeHaa 30-5-2014 11:53 AM
Bahaya curi cc orang..igt senang lepas ke? Dah curi guna plak byk2...mmg cari nahas la..x bijak lah budak tu...kwn aku pun ada jumpa cc dlm cdm machine g swipe petrol tu pun siap pakai cap takut kantoi cctv hahahha...  :lol

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059116 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top