CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ridhuan Tee Abdullah: Krisis Identiti

29-5-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11196| Komen: 67

Description: Ternyata, Editor Tersebut Tidak Mengenali Saya Dan Tidak Membaca Sepenuhnya Artikel Saya. Beliau Hanya Membaca Artikel Saya Yang Telah Diputarbelitkan Atau Dimanipulasikan Web Ultra Kiasu. Beliau Meng ...



EDITOR kanan, akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dalam ruangan pojoknya minggu lalu, menuduh saya mengalami krisis identiti kerana selalu bercakap bagi pihak orang Melayu dan mempertahankan Melayu. Sejak dahulu saya jelaskan, saya mempertahankan agama Islam dan neraca saya, bercakap benar.

Hari ini, sama ada setuju atau tidak, Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya. Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seislam saya tidak bersetuju. Saya hormati perbezaan pandangan ini.

Ternyata, editor tersebut tidak mengenali saya dan tidak membaca sepenuhnya artikel saya. Beliau hanya membaca artikel saya yang telah diputarbelitkan atau dimanipulasikan web ultra kiasu. Beliau mengambil contoh kedudukan masjid bersebelahan dengan tokong, gereja dan kuil sudah melambangkan perpaduan kaum. Nampak sangat cetek pemikirannya.

Lokasi rumah ibadat bersebelahan, belum tentu menandakan masyarakat kita hidup harmoni, jika mereka jahil sejarah. Apa guna duduk dekat, jika penuh syak wasangka. Inilah yang sedang berlaku.

Ibu bapanya yang makan pakai tangan seperti Melayu, itu pun bukan petanda perpaduan telah tercapai. Soal lebih penting adalah soal hati, ultra kiasu atau tidak.

Saya tidak nafikan negara ini sudah berbilang kaum sejak zaman kesultanan Melaka lagi dan mesti diketahui ada penghijrahannya. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan, Ini bukan krisis identiti. Ini bukti. Justeru, iktiraf hak penduduk asal.

Chong Wei vs Lin Dan adalah contoh naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. Kedua-dua adalah Cina. Tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China.

Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indonesia), ketika itu, siapakah yang disokong? Justeru, tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra kiasu.

Mengenai sumbangan cukai pendapatan. Saya memasukkan GLC itu mewakili Melayu (Islam) kerana majoritinya diuruskan orang Islam dan negara ini ditadbir orang Islam serta hasil bumi ini datang dari bumi Melayu. Bukan saya tidak tahu membezakannya. Saya cabar kemukakan data siapakah penyumbang cukai terbesar di negara ini, jika pendapat saya tidak betul.

Lagipun cukai individu yang bekerja kerajaan lebih telus, kerana tidak berlaku penipuan berbanding dengan cukai yang dibayar badan swasta. Jika tidak percaya, tanya syarikat yang mengaudit kedudukan kewangan syarikat ultra kiasu setiap tahun?

Syarikat audit ultra kiasu satu hal lain pula. Berdasarkan aduan saya terima, pelajar Melayu yang membuat latihan industri di sana, hanya diberikan kerja kerani seperti menyusun fail dan fotostat. Mereka tidak diajarkan kerja akaun sebenar. Ini tidak termasuk tidak dibenarkan solat harian (Jumaat), kerana dikatakan merugikan syarikat.

Akhirnya, saya ingin memetik komen Ana Muslim dalam blog saya:

“Melayu memang baik, baik dalam serba-serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa Melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa. Cuba tengok Umno, walaupun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili MCA pada PRU12 dan PRU13 tetapi Umno sanggup 'menebal muka' menyembah, merayu supaya MCA menyertai Kabinet. Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb... Agak-agak kamulah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk Kabinet? Jawablah siapa yang tahu akan jawapannya...”

Apa pun saya bersetuju dengan pendapat editor tersebut, bukan Melayu mesti berusaha untuk bertutur dalam BM sebagai bahasa perpaduan. Begitu juga penghargaan beliau kepada negara ini yang dipimpin orang Melayu dan guru Melayu yang telah mendidiknya menjadi manusia berguna.
Persoalannya, adakah perkara ini dihargai ultra kiasu? Kenapa mereka ingin membina negara dalam negara, tanpa mahu mendaulatkan agenda negara?

7

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 26-5-2014 11:41 AM



Quote penari 26-5-2014 11:52 AM
Islam tak ajar budaya samseng dalam parti politik,....dia x tau ke kes samsengan ceroboh dewan bagai????
Quote Acong 26-5-2014 11:53 AM

Quote Anak_Nogori 26-5-2014 12:13 PM
Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indonesia), ketika itu, siapakah yang disokong? Justeru, tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra kiasu.

P/s:- Yes...ni hakikat...tapi tidak dinafikan ada golongan cina yg ada semangat kebangsaannya...cuma berapa %?.

“Melayu memang baik, baik dalam serba-serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa Melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa. Cuba tengok Umno, walaupun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili MCA pada PRU12 dan PRU13 tetapi Umno sanggup 'menebal muka' menyembah, merayu supaya MCA menyertai Kabinet. Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb... Agak-agak kamulah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk Kabinet? Jawablah siapa yang tahu akan jawapannya...”

p/s:- Ni bunyik perli pun ye....hakikat pun ye..
Quote Acong 26-5-2014 12:24 PM
halau saja semua cina dari malaya......!
Quote Acong 26-5-2014 07:32 PM
so apa cadangan mr ridhuan teh?
Quote Acong 26-5-2014 07:33 PM
antara perempuan cina & melayu, aku pilih melayu..... adakah aku pembelot?
Quote AHMADVW 26-5-2014 07:44 PM
Acong posted on 26-5-2014 07:33 PM
antara perempuan cina & melayu, aku pilih melayu..... adakah aku pembelot?





hi abam acong,
Quote DTECCONAN 26-5-2014 07:59 PM
tak semua Cina RASIS, sama juga tak semua Melayu sokong UMNO

tetapi ramai Cina RASIS dan ramai Melayu sokong UMNO

Quote kakikuDibibirmu 26-5-2014 08:02 PM
apa lagi ridhuan kopi abdullah ni
Quote jengkoil 26-5-2014 08:18 PM
Bendera jepun lagi ke?
Quote batmana 26-5-2014 08:24 PM
eerrr..

krisis identiti tu bukan individu yg alami mslah kecelaruan jantina ka..
Quote tepisket.. 26-5-2014 08:35 PM
Hari ini, sama ada setuju atau tidak, Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya. Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seislam saya tidak bersetuju. Saya hormati perbezaan pandangan ini.


ni bukan celaru dah ni. Dia sendiri x paham konsep. Nak jadi pembela agama, tp dok compare melayu and cina. Kalo btul dia membela Islam, patut isi pandangan lebih pada strategi, ataupun gerak kerja untuk memartabakan Islam.. ni x habih2, sentuh bab ultra kiasu. ko tu y dah lari topik, ckp org lain plak x paham! Cheh!
Quote Acong 26-5-2014 08:37 PM
AHMADVW posted on 26-5-2014 07:44 PM
hi abam acong,

hi emma ikan kembung........!
Quote Acong 26-5-2014 08:39 PM
so apa cadangan mr ridhuan teh selain melaga2 kan muslim & non-muslim?
Quote Acong 26-5-2014 08:39 PM
aku cadang nak ajak mr ridhuan teh makan bak kut teh...!


Quote tepisket.. 26-5-2014 08:43 PM
Acong posted on 26-5-2014 08:39 PM
so apa cadangan mr ridhuan teh selain melaga2 kan muslim & non-muslim?

kalo tgok gaya, mmg ada harapan nak naik jadi wakil rakyat ke senator ke.. tapi dia x cakap direct, dia tunjuk gaya je..
nyampah kalo baca kolum dia dlm paper. Mesti taruk perkataan Melayu tu, apa kalo sebut Melayu dia punya rupa boleh bertukar jadi org Melayu ke?
minta maaf ckp, lpas dapat Dr ni, aku x respect statement dia lagi
Quote stars83 26-5-2014 08:48 PM
benci betul aku ngan dia ni..semedang nak melaga2kan muslim dgn non muslim..agaknya bila non muslim ngan muslim bparang bgaduh bteranjang bru dia puas ati kot..org mcm dia ni ptt ditembak tepat atas kepala je..hati busuk sgt dia neh..
Quote chazey 26-5-2014 08:51 PM
Acong posted on 26-5-2014 08:39 PM
aku cadang nak ajak mr ridhuan teh makan bak kut teh...!

Gambar troll paling relevan sepanjang zaman. 100 tahun dari sekarang pun masih boleh guna pakai.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.468663 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top