CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kes Lori Gilis Kali Ini Pejalan Kaki

27-5-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4148| Komen: 8

Description: Suasana Hiba Menyelubungi Tempat Kejadian Apabila Ahli Keluarga Meratapi Kematian Seorang Wanita Yang Maut Dirempuh Lori Ketika Melintas Jalan Untuk Ke Tempat Kerja Di Sebuah Pusat Beli Belah, Di Jala ...



Gambar mangsa dalam WeChat

SERDANG - Suasana hiba menyelubungi tempat kejadian apabila ahli keluarga meratapi kematian seorang wanita yang maut dirempuh lori ketika melintas jalan untuk ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah, di Jalan Balakong, Seri Kembangan, di sini, semalam.  

Wanita itu dikenali sebagai Suraidah Banjar, 26, seorang promoter kedai pakaian.

Suraidah, yang tinggal di Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing, Balakong, cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, dua pejalan kaki lain cedera ketika melintas jalan.

Mereka dikenali sebagai Nur Shafira Hafiza Muhd Saufi, 18, dan Nik Nor Shahirah Zainun, 30, dan dihantar ke Hospital Serdang.

Salah seorang ahli keluarga Suraidah yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu kejadian itu apabila dimaklumkan oleh rakannya menerusi aplikasi WeChat.

“Dia menghantar gambar tiga gadis yang terbaring di jalan raya dipercayai akibat dilanggar lari. Saya terkejut apabila dapati seorang daripada mereka adalah Suraidah.

Kami sekeluarga bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

“Menurut keterangan saksi, sebuah lori dari arah Balakong merempuh kesemua mangsa, sebelum meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Serdang,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

16

Bagus
4

Marah
17

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duniaku85 26-5-2014 05:09 PM
ni kes lori langgar motor ke langgar pejalan kaki? ke aku yg salah paham
Quote mak_wa95 26-5-2014 05:17 PM
innalillahiwainnailaihirajiun
Quote munchkin 26-5-2014 05:21 PM
Rampas dan gantung lesen seumur hidup.
Quote annehuda 26-5-2014 05:23 PM
cer cek ic lori tu ntah2 pendtg asing kot
Quote belacan_gurl 26-5-2014 05:28 PM
Aku mmg geram dgn pemandu lori...bwk mcm bapak dia punya jalan...geram btoi...pernah sekali naik motor tetiba main ludah...kuajaqqqq!!!! Kejor punya kejor....hon motor...tapi dia buat derkkk je...grrrrrrr...
Quote AHMADVW 26-5-2014 05:29 PM
kt south city ka?
x friendly pedestrian org bwk lori nih
Quote AbukRokok 26-5-2014 06:09 PM
annehuda posted on 26-5-2014 05:23 PM
cer cek ic lori tu ntah2 pendtg asing kot

Hapuskan pendatang Haram...bila rakyat Malaysia nk bangkit berjihad menghapuskan semua pendatang haram ni...

Quote mat_krai 26-5-2014 06:20 PM
drebar lori insaf la yer

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.199499 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top