CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wheely Membawa Maut

26-5-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7289| Komen: 37

Description: Keseronokan Berakhir Tragedi. Itulah Yang Berlaku Kepada Dua Remaja Membuat Aksi Wheely Berkesudahan Tragis Apabila Motosikal Ditunggang Mereka Bertembung Menyebabkan Seorang Maut Manakala Seorang Lag ...

Gambar hiasan


BATANG KALI - Keseronokan berakhir tragedi. Itulah yang berlaku kepada dua remaja membuat aksi wheely berkesudahan tragis apabila motosikal ditunggang mereka bertembung menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Rabu lalu di Jalan Ara 3 di kawasan perniagaan yang baru beroperasi di Bandar Utama Batang Kali.

“Kedua-dua mangsa menunggang motosikal bersendirian dan dipercayai melakukan aksi wheely di jalan belakang bangunan Jalan Ara 3.

“Motosikal mangsa bertembung secara berdepan dan  mangsa  yang maut  tersepit  di bawah  motosikalnya,” katanya.

Katanya, mangsa yang tersepit maut serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan tangan kirinya patah.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menunjukkan keadaan jalan lurus di kedua hala hanya persekitarannya samar-samar kerana jauh dari lampu jalan.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Ashri Azmi, 17, sementara yang parah Muhammad Haiqal Bahtiar, 15, dibawa ke Hospital Selayang.

“Bedah siasat mayat mangsa mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala. Siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Azmi Ahmad yang bekerja sebagai penunda kereta berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di Jalan Genting Highland-Batang Kali dan gegas pulang selepas mendapat berita kejadian itu.

“Masa saya sampai, mayat dan motor masih ada di situ tapi orang yang cedera dah dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, berkemungkinan motosikal ditunggang anaknya bergesel lalu terjatuh kerana ada yang memberitahu ketika itu anaknya hanya lalu di kawasan tersebut.

“Kawan-kawan dia mesti tahu cuma mereka takut salah cakap.

“Mungkin berlaga handle dan tertonggeng jatuh,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham adalah anak sulung daripada tujuh beradik dan rajin membantunya berniaga.

Dalam pada itu, adik mangsa Muhd Syazrul Azmi, 14, berkata, dia melihat keganjilan abangnya sehari sebelum pemergiannya.

“Sebelum ni dia tak pernah tunggu ayah balik kerja tapi semalam (sehari sebelum kejadian) dia tunggu ayah balik sampai saya dah tidur,” katanya.


Bagus
1

Marah
8

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nagapompuan 25-5-2014 01:24 AM
Keganjilan sehari sebelum...bla bla bla...adeh berita msia...alfatihah.
Quote solstice 25-5-2014 01:27 AM
Aksi bodoh
Tanggung saja lah
Padam muka
Anti btol aku ngan geng rempit budak2 muda ni
Kalau ramai2 bukan main samseng lg
Kalu singgah stesen minyak press minyak kuat gila wat bising
Elok sgt nampus
Quote Staratila 25-5-2014 01:28 AM
berwheely wheely lah lagi. tak sayang nyawa betul padahal byk lagi benda berfaedah yg boleh dilakukan
Quote mak_wa95 25-5-2014 01:29 AM
jaguh jalanraya...ambik nyawa sendiri
Quote dani-rox 25-5-2014 01:42 AM
intipati berita berkaitan dgn kematian kat mesia... ibubapa yg in denial sampai bg fakta yg sangatlah impossibru, dan kelakuan ganjil si mati sebelum kejadian.
Quote prettyuglybabe 25-5-2014 01:53 AM
elok la sendiri yang mati dari orang lain yang tak bersalah hilang nyawa.. budak baik rajin tolong mak ayah
Quote mak_wa95 25-5-2014 02:27 AM
nasib la yang sorang tu cedera juga..kalau xde ape2 kecederaan,dia menyorok je..takut nak bgtahu pasal kemalangan tu..tahu takut.
Quote bidacool 25-5-2014 02:41 AM
Umur 15 & 17 thn dh bebas naik motor sana sini...... 10 malam hari rabu... esok kan sekolah dik......

Mak bapak pandai buat anak ramai2, anak tak cemerlàng belajar, tak dpt masuk asrama, mcm ni la jadiknya....... takde disiplin hidup.......... nasib la dah takde sapa nk didik anak tu.... warden takde.......
Quote otomen_taro 25-5-2014 02:41 AM
poyo ler.ilex ler zman.korang dulu.pun mcm ni gak..dah zman skrg mcm ni, nk buat cam ner
Quote Changa 25-5-2014 03:22 AM
Slayaknya lah elohim bayar cash sahaja, mereput lah kamu dala kubur dik.
Sia sia sahaja
Quote roblucci 25-5-2014 03:50 AM
Changa posted on 25-5-2014 03:22 AM
Slayaknya lah elohim bayar cash sahaja, mereput lah kamu dala kubur dik.
Sia sia sahaja

akak pernah tak kena bayaq cash oleh Elohim?
Quote sekngucing 25-5-2014 04:24 AM
rempit celaka
aku dah nak gaduh dgn jawa2 sekeliling rumah aku sebab mat rempit anak depa membabi tiap2 mlm dok wheely, press motor
sampai aku telepon polis
Quote sekngucing 25-5-2014 04:25 AM
anak2 melayu celaka bila masuk umur 14-15 mula laaa pujuk mak pak beli motor kedai cina
lepas tu dok main membabi depan rumah org
Quote juliez 25-5-2014 04:39 AM

Entah2 tunggu ayah balik kerja sebab nak pinjam motor bawa gi willy

Alfatihah & takziah to family arwah

“Sebelum ni dia tak pernah tunggu ayah balik kerja tapi semalam (sehari sebelum kejadian) dia tunggu ayah balik sampai saya dah tidur,” katanya.
Quote kakikuDibibirmu 25-5-2014 07:06 AM
selayak nya lah dengan kamu dik.
elohim bayar cash sahaja sekarang ini, tak perlu tunggu akhirat.
elohim itu maha adil
Quote teen_angelJB 25-5-2014 07:38 AM
memula nak ckp takziah..
tp de best is..hdup mnyusahkn org..padan muka!!!!
Quote amiraira 25-5-2014 07:39 AM
Al fatihah wat arwah.......
Quote FanTasyCreaTioN 25-5-2014 07:49 AM
nasib baik kena kat diri sendiri..
kalo kat orang lain yang tak terlibat ..
naya ja


Quote batmana 25-5-2014 08:35 AM
patutnya mak bapak dlm kes ni, kene penjara psl budak2 bwh umo dpt kunci tunggang sana sini

bahaya kn org..

tapi....... undang2 sekadar atas kertas aja..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066751 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top