CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Kuih Bahulu Demi Sesuap Nasi

26-5-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15396| Komen: 148

Description: Seorang Warga Emas Terpaksa Mengambil Upah Menjual Kuih Bahulu Demi Mencari Sesuap Nasi Selepas Diberhentikan Kerja Sebagai Pengawal Keselamatan Tahun Lepas Atas Faktor Usia.

Khairuddin tetap sabar mengharapkan sesiapa saja yang lalu untuk singgah membeli kuih bahulu yang dijualnya di bawah pokok. Khairuddin tetap sabar mengharapkan sesiapa saja yang lalu untuk singgah membeli kuih bahulu yang dijualnya di bawah pokok.


BUKIT BERUNTUNG - Seorang warga emas terpaksa mengambil upah menjual kuih bahulu demi mencari sesuap nasi selepas diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan tahun lepas atas faktor usia.

Bapa kepada lima anak, Khairuddin Mat Sharif, 68, berkata, setiap hari dia akan menjual kuih bahulu seawal jam 7.30 pagi di bawah pokok sehingga jam 8 malam sejak lebih sebulan lalu.

"Kadang-kadang anak juga tegur, hari-hari jual bahulu tapi tak ada apa pun dapat. Kalau jual pun dapat RM1 saja sehari.

"Tapi pak cik kena juga jual, kalau tak mana nak ada duit nak beli makanan sebab ini saja duit untuk beli ikan masin atau lauk makan malam dengan isteri dan seorang anak kurang upaya (OKU)," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, setiap hari dia hanya menjual antara enam atau tujuh bekas kuih bahulu yang dijual pada harga RM10 dan upahnya RM1 untuk setiap bekas.

"Tapi kuih bahulu yang dijual tak pernah habis sebab tak semua orang suka makan kuih ni lebih-lebih lagi bukan senang nak berhenti dekat kawasan ini yang jadi laluan keluar masuk ke stesen minyak.

"pak cik terpaksa jual, kalau tak, tak ada makanan. Anak-anak semua ada tanggungjawab dan kadang-kadang hanya dapat belanja sikit daripada mereka," katanya yang tinggal bersama isteri berusia 64 tahun dan anak OKU berusia 35 tahun.

Katanya, empat anaknya sudah berumah tangga dan tinggal berjauhan dan hanya seorang menetap di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

"Sebelum jual kuih bahulu, makan minum kami hanya bergantung pada hasil jualan tin dan botol yang dikutip setiap hari.

"Hari-hari pak cik kutip botol tepi jalan sehinggalah ada orang minta tolong jual kuih bahulu. Dulu pak cik jual dalam kawasan stesen minyak tapi sekarang tak lagi. Payung ini pun masjid yang bagi," katanya.

Tambahnya, keluarganya tidak pernah menerima sebarang bantuan tetapi dia kini sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak berkenaan.

"pak cik juga harap ada yang dapat tolong dapatkan motor roda tiga bagi mudahkan pak cik jual kuih di tempat-tempat sesuai.

"Senang sikit jual kuih. Kalau pak cik beli dan jual sendiri dapatlah untung," katanya.


Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 26-5-2014 05:15 AM
Kesian pakcik ni. Orang macam ni layak dibantu. Yang dapat brim tu leh lagi bazir k. Ada yg Ku dengar siap mampu renovate rumah lagi tapi terima brim. Pleaselah wei. Cannot brain lah!!!
Quote amiraira 26-5-2014 05:33 AM
Nk wat cmna,org mcm ni mmg dipandang sebelah mata je.....
Double standard kn.......
Quote Manjamin 26-5-2014 05:38 AM
Sedihnya tengok pakcik ni. Semoga dimurahkan rezekinya. Ameeen.....
Quote lavendernovella 26-5-2014 07:41 AM
Pusat zakat, baitulmal , gov sila amik perhatian ...

Org2 millionaire dan org2 biasa jugak sila amik perhatian ..
Quote tak_tahu 26-5-2014 07:55 AM
4 anak lagi tu xkan x boleh hulur brg 50 inggit sorg.. dlu2 ms kau org belum mampu berdikari, camne mak ayah ikat perut nak bg kau org makan?
Quote kodokke 26-5-2014 08:04 AM
Sianya.  Setahu aku klu jual ape pon comission 20% ug minimun. Klu kuih  BAHULU dijual rm 10 hingit  upah rm2. Biar betul. Yg suroh jual pon ambik kesempatan.
Quote kodokke 26-5-2014 08:06 AM
Pakcik klu untong singit tak yah buang masa cik. Mintak je kerja kat masjid cuci masjid n toilet ke.
Quote sueism 26-5-2014 08:07 AM
munchkin posted on 26-5-2014 05:15 AM
Kesian pakcik ni. Orang macam ni layak dibantu. Yang dapat brim tu leh lagi bazir k. Ada yg Ku denga ...

duit zakat pun boleh hilang , nie kan pulak nak
tlg pakcik nie??? memang tak boleh brain lah
kalau i dok dekat aje i akan hulur aje pertolongan.

Quote sueism 26-5-2014 08:07 AM
bukit beruntung tu kat mana ya???
Quote inusya 26-5-2014 08:12 AM
kesiannya pak cik ni..
tp malaysia ni klu bg no akaun bank cpt je org hulur..
Quote haryatie 26-5-2014 08:14 AM
kesiannya..
smoga Allah murahkan rezeki & dipermudahkan segala urusannya..
Amin..
Quote arrowtotheknee 26-5-2014 08:15 AM
inusya posted on 26-5-2014 08:12 AM
kesiannya pak cik ni..
tp malaysia ni klu bg no akaun bank cpt je org hulur..

Itulah. Kalau pak cik ni boleh bagi no akaun bank dia, mesti orang ramai dah boleh menderma. Tapi, tu utk sementara jelah.

Pihak berwajib kena dimaklumkan supaya boleh tolong dorang bagi bantuan tetap pulak lepas ni.
Quote arrowtotheknee 26-5-2014 08:16 AM
Ada lagi ke orang nak makan kuih muih camni? Jual air sejuk macam soya, tembikai, jagung etc rasanya lagi untung.
Quote aechae 26-5-2014 08:18 AM
tred berperikemanusiaan dr acong

aku xleh tgk org menjual xda org beli.....abah aku ckp, muka ktorg muka rezeki klu dtg beli je msti lps tu rmai org nyinggah beli jugak  
Quote alinone78 26-5-2014 08:22 AM
sekurang2 nya pakcik ni usaha juga nak menjual
tak de la sampai terus p masuk tv minta bantuan bagai

ps : kes kat pahang yang kena halau sekeluarga tu mcamana?
dah ada inisiatif jual sayur tanam sendiri blom?
Quote pinkpunk 26-5-2014 08:24 AM
lain kali pergi dua2, bn ngn pas.. tp yg selalu cepat feedback org pas pink tgk kt area rumah pink..
Quote xtahumenahu 26-5-2014 08:31 AM
sueism posted on 26-5-2014 08:07 AM
bukit beruntung tu kat mana ya???

kat rawang...tp dah bahagian hujung2
anak die dok tmn bunga raya tu pon dah hujung
nak masuk perak dahhh
Quote xtahumenahu 26-5-2014 08:33 AM
pakcik ni mesti sama kes ngan org2 tua yg jual kerepek merata2...
ada sorg pakcik tuh...dok depan bank kat shah alam
sedih sgt aku tgk....
bila aku beli...die ckp semoga Allah berkati rezeki...
terharu sgt aku
Quote highcastle 26-5-2014 08:35 AM
Nama tempat aje BERUNTUNG tapi................ Moga dimurahkan rezeki utk pakcik ni..............

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.085790 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top