CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TNB Kantoi Cuba Tipu Mahkamah, Didenda 360 Juta

23-5-2014 12:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7581| Komen: 22

Description: Gunalan Membuat Keputusan Itu Selepas Mendengar Hujah Peguam Thomas Philip, Yang Mewakili Pengarah Syarikat Lenang Development Zaharey Jusoh; Peguam Steven Thiru, Gurmel Singh Serta Gregory Das Bagi P ...
TNB didenda RM100,000 (360 juta rupiah) kerana hina mahkamah


Mahkamah Tinggi di Johor Baharu menjatuhkan hukuman denda RM100,000 ke atas Tenaga National Bhd (TNB) kerana menghina mahkamah.


Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan turut memberi amaran keras kepada juruukur yang diupah TNB, Ahmad Rustami Ramley, yang juga didapati bersalah bagi kesalahan sama.

Gunalan membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Thomas Philip, yang mewakili Pengarah Syarikat Lenang Development Zaharey Jusoh; peguam Steven Thiru, Gurmel Singh serta Gregory Das bagi pihak TNB manakala Ahmad Rustami diwakili peguam Gopal Sreenevasan dan Leong Phaik Leng. 

Beliau turut mengarahkan TNB membayar denda itu dalam tempoh 14 hari.

Pada 10 April lepas, Gunalan memutuskan TNB serta Ahmad Rustami bersalah kerana menyembunyikan bahan bukti semasa perbicaraan kes saman berhubung isu tanah setinggan yang difail Bukit Lenang Development dan menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.

Saman itu difail Zaharey Jusoh pada 2003 ke atas 300 penduduk setinggan yang didakwa menceroboh serta mendirikan penempatan di tanah milik syarikat berkenaan di Kampung Plentong di sini.


Syarikat itu turut menyaman TNB, Telekom Malaysia Bhd dan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd kerana menceroboh tanah berkenaan serta memberi kemudahan asas kepada penduduk setinggan.

Telekom dan SAJ telahpun menyelesaikan kes itu di luar mahkamah namun TNB, menerusi Ahmad Rustami, menafikan ia mendirikan tiang elektrik di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, plaintif mengemukakan salinan laporan kerja ukur lengkap yang dilakukan Ahmad Rustami untuk TNB, yang diperlukan bagi mendirikan tiang terbabit, kepada mahkamah.

Terdahulu, Philip meminta mahkamah mengenakan denda RM4 juta ke atas TNB sebagai peringatan dan pengajaran kepada pihak lain selain hukuman setimpal ke atas Ahmad Rustami.

Thiru, Gurmel Singh dan Gregory Das pula merayu mahkamah mengenakan denda RM10,000 ke atas TNB manakala Gopal dan Leong meminta Gunalan sekadar memberi amaran kepada Ahmad Rustami. –  Bernama, 22 Mei, 2014.
11

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 22-5-2014 11:48 PM
Ceisss....ingatkn RM360 juta
Terkojut omak kau
Quote rawahah 22-5-2014 11:48 PM
nape la kena 100 ribu je.. kalu aku jadi hakim tu hentam 1 juta terus..
Quote perang_candu 22-5-2014 11:57 PM
rawahah posted on 22-5-2014 11:48 PM
nape la kena 100 ribu je.. kalu aku jadi hakim tu hentam 1 juta terus..

lepas tu TNB naekkan tarif letrik semata mata nak cover duit saman tu.. ko jugak yg kena.

Quote freebird 23-5-2014 12:06 AM
edoraixora posted on 22-5-2014 11:48 PM
Ceisss....ingatkn RM360 juta
Terkojut omak kau

kat johor, diaorang ramai guna rupiah dalam urusan jual beli...
Quote razhar 23-5-2014 12:10 AM
errrr jap...ngokkkkk....tajuk!!
Quote kambeng_masam 23-5-2014 12:24 AM
rawahah posted on 22-5-2014 06:48 PM
nape la kena 100 ribu je.. kalu aku jadi hakim tu hentam 1 juta terus..

kalu TNB kena hantam 1juta...agak2 tarif lestrik tahun ni still the same tak dgn yg skang? Sekali TNB balas dendammmm

Quote munchkin 23-5-2014 01:48 AM
tajuk tu membuat ku tertarik
Quote sueism 23-5-2014 02:51 AM
patut lah letrik akan naik rega sebab nak cover cost kena bayar makamah
Quote Al-Patih 23-5-2014 04:43 AM
Syarikat itu turut menyaman TNB, Telekom Malaysia Bhd dan Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd kerana menceroboh tanah berkenaan serta memberi kemudahan asas kepada penduduk setinggan.

bab ni yang klasik ....perumahan tanpa CF ..bulih dapek kemudahan asas...
Quote makton 23-5-2014 07:52 AM
pas ni kena stat pakai lampu minyak tanah la gamaknya.. tarif letrik dah naik
Quote xpdckelate 23-5-2014 07:59 AM
nampak tak kat situ,setinggan bulih dapat kemudahan asas,dan rata2 setinggan ni biasanya PATI..paham2 la
Quote Muntz 23-5-2014 08:04 AM
Jawa sama Jawa gaduh, Bugis tepuk tangan.
Quote myvios 23-5-2014 08:15 AM
hampeh.. 360 juta rupiah rupenye...
Quote abas8888 23-5-2014 08:38 AM
makton posted on 23-5-2014 07:52 AM
pas ni kena stat pakai lampu minyak tanah la gamaknya.. tarif letrik dah naik

harga minyak tanah mahal ooo...dah berapa tahun aku tak beli minyak tanah untuk pasang pelita raya...tak sanggup dah nak beli berbanding zaman sebotol 1.5l dua ringgit je..sekarang empat ringgit kot..sejak naik harga tak carik dah minyak tanah..
Quote makton 23-5-2014 08:40 AM
abas8888 posted on 23-5-2014 08:38 AM
harga minyak tanah mahal ooo...dah berapa tahun aku tak beli minyak tanah untuk pasang pelita raya ...

huhu.. nak buat mcmana.. smua benda mahal skrg. masuk tandas pun dah 50sen. canor tu?
Quote vespa_oren 23-5-2014 09:00 AM
abas8888 posted on 23-5-2014 08:38 AM
harga minyak tanah mahal ooo...dah berapa tahun aku tak beli minyak tanah untuk pasang pelita raya ...

Guna diesel jer
Quote abas8888 23-5-2014 09:09 AM
vespa_oren posted on 23-5-2014 09:00 AM
Guna diesel jer

ahahah..bakar petrol pun menyembur apinya...nasib aku tak terbakar sekali dulu guna petrol nak bakar sampah..tobat dah nak main minyak petrol..
Quote intriQue 23-5-2014 09:11 AM
Tajuk misleading ni.....

Jumlah dan yg disaman

yg kena saman kontraktor tnb kot

Quote cherylrihanna 23-5-2014 12:53 PM
Tp kesian la pulak kt setinggan tu klu xde air api

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.254597 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top