CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CUEPACS mahu gaji naik 30% hadapi GST

22-5-2014 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7962| Komen: 39

Description: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Mencadangkan Kerajaan Supaya Menaikkan 30 Peratus Gaji Penjawat Awam Bagi Membolehkan Mereka Menikmati Agenda Dan Transformasi Ker ...


LIMBANG 20 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30 peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan transformasi kerajaan dengan baik.

Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.

Katanya, CUEPACS berharap pelaksanaan GST kelak tidak menyebabkan barangan harian mengalami kenaikan yang melampau.

“pendedahan maklumat tentang pelaksanaan GST ini masih rendah dalam kalangan rakyat, justeru kerajaan perlu mempergiat pemahaman sistem itu kepada semua pihak agar tidak dianggap membebankan.

“Dalam masa sama, penjelasan tentang GST ini membolehkan kumpulan sasar iaitu rakyat dan komuniti setempat betul-betul faham, seterusnya menikmati keuntungan daripada sistem cukai itu," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Seminar Transformasi CUEPACS yang turut disertai Pengerusi CUEPACS negeri, Cecilia Yong.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata, kerajaan dan setiausaha kerajaan negeri diminta melaksanakan segera 81 skim perkhidmatan untuk penjawat awam di Sarawak kerana telah diluluskan pada 1 Julai 2013.

Katanya, pelaksanaan itu adalah wajar kerana ramai penjawat awam di negeri itu masih menunggu tarikh dan pelaksanaan sebenar skim tersebut.

“CUEPACS juga memerlukan ruang untuk bertemu dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani untuk melaksanakan segera 81 skim tersebut, selain memohon pertimbangan menyemak 100 lagi skim lain.

“Sehingga kini, skim penguatkuasaan dan perkeranian masih menunggu bentuk skim baharu manakala bagi klasifikasi lain sudah menerima faedah daripada 81 skim berkenaan," katanya.

Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyatakan bahawa kerajaan telah selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim, membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100 skim lagi sedang diteliti.



p/s -Cuepacs ni dah xde mende lain ke nk pk selain naik gaji bonus gaji bonus gaji bonus gaji bonus...

2

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 21-5-2014 02:55 PM
bolehlah minta, pendapatan negara pun dijangka meningkat.
Quote mikasa 21-5-2014 02:57 PM
Aku punya claim sampai 3 bulan tak nmpak habuk lagi..ada hati nak mintak naik gaji
Quote annehuda 21-5-2014 03:00 PM
Katanya, CUEPACS berharap pelaksanaan GST kelak tidak menyebabkan barangan harian mengalami kenaikan yang melampau.


drreeeaammmmm ooonnnn.. dreaaammm ooonnn.....dreaammm oonnnn.....dream until your dreams come true....

sila nyanyi mcm aerosmith nyanyi tuh
Quote OrangKita 21-5-2014 03:07 PM
CUEPAC ni keje mintak naik gaji,elaun...keje mcm harem...pemalas...
Quote dragger 21-5-2014 03:08 PM
pah ceroh tu apa?

Quote mikasa 21-5-2014 03:09 PM
Bukan dah ada presiden baru ker kupeks ni
Quote Loloq89 21-5-2014 03:11 PM
sy sokong
Quote kumbang7 21-5-2014 03:15 PM
dragger posted on 21-5-2014 03:08 PM
pah ceroh tu apa?

Sampai ke sudah
Quote pittjie 21-5-2014 03:18 PM
banyaknya nak mintak adjustment sampai 30%. iols keja swasta. increment tahunan .. naik 3% pun dah bertuah rasanya.
Quote NIXAR 21-5-2014 03:29 PM
30 je.....alang2 50 terus la ....kaver sekali utk minta tahun lepas GST.....
Quote Al-Patih 21-5-2014 03:31 PM
pasal nak minta naik 30% ..kato GST tak membebangkan rakyat ...
Quote OrangKita 21-5-2014 03:35 PM
Al-Patih posted on 21-5-2014 03:31 PM
pasal nak minta naik 30% ..kato GST tak membebangkan rakyat ...

hah...sape nak jawap ni....mmg soalan cepu emas..
Quote dragger 21-5-2014 03:46 PM
kumbang7 posted on 21-5-2014 03:15 PM
Sampai ke sudah

ok.. noted


Quote cipOt_cedOt 21-5-2014 03:48 PM
KPI cupeck kan ke mintak gaji... mampu tak mampu itu soal lain... yang penting KPI achieved...
Quote Acong 21-5-2014 04:05 PM
mikasa posted on 21-5-2014 02:57 PM
Aku punya claim sampai 3 bulan tak nmpak habuk lagi..ada hati nak mintak naik gaji

cuba ko check kerani bhgn kewangan...... kekadang depa sibuk ber FB sehingga lupa nak submit kat Bendahari
Quote clarizsa 21-5-2014 04:10 PM
untungla... depa je nak idup...
Quote vanilacup 21-5-2014 04:16 PM
Haah rasa kan siapa suruh nak buat GST ! Jadi jgn marah bila Cuepacs mintak suruh naik gaji byk2 mcm tu.
Quote reyust 21-5-2014 04:35 PM
saya sokong penuh usul ini...
Quote AbukRokok 21-5-2014 04:41 PM
KErajaan tidak akan melayan kerana GST tidak menbebankan rakyat
next PRU gomen pangkah pembangkang

next year 100000 diberi opsyen

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.279102 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top