![]() BIARPUN berjauhan dek kesibukan kerja, pasangan selebriti Drake dan Rihanna melepaskan rindu mereka dengan panggilan telefon setiap hari. Kebelakangan ini mereka jarang bertemu lantaran kesibukan kerja dan jadual masing-masing yang padat, tetapi Drake akan menjadikan kewajipan untuk sentiasa menghubungi pelantun lagu Take A Bow itu ketika berjauhan. Menurut sumber, hubungan mereka sedikit dingin apabila Drake kurang meluangkan masa dengan penyanyi bersuara lantang itu, tetapi Drake cuba memperbaiki hubungan tersebut dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas yang kerap dihantarnya kepada Rihanna. Walau bagaimanapun,Drake berharap Rihanna memahami keadaannya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan tidak sengaja mengelak daripada bertemu janji seperti diawal perhubungan mereka dulu.
|

putehkundor posted on 9-5-2014 09:27 AM
Drake ni hensem jugak kan...nampak lebih ke arah latino muka dia.
Chris brown pun hensem....tapi ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-3-2026 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065872 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.