CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Wali Band Ada Sebab Utamakan Peminat Malaysia

9-5-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3296| Komen: 2


Kalau sebelum ini mereka cukup terkenal di sini menerusi single seperti 'Cari Jodoh' dan 'Yank'. Lebih membanggakan, dua single tersebut menjadi siulan dari golongan peminat dewasa hinggalah ke golongan peminat cilik.

Terbaru, kumpulan Pop Kreatif Indonesia, Wali Band meneruskan taruhan irama dan muzik berunsur kemasyarakatan dan nasihat dengan melancarkan album ke-4 mereka, berjudul 'Doain Ya Penonton'. Lebih istimewa buah tangan terbaru mereka ini lebih dulu dilancarkan di sini manakala ia belum lagi dilancarkan di Indonesia.

"Kami memilih Malaysia untuk melancarkan album ke-4 ini kerana kebetulan bahasa yang digunakan dalam lirik-lirik di album kali ini ada persamaan dengan bahasa Malaysia juga bahasa negara kami. Misalnya perkataan "jamin" dan "nekad" membawa maksud yang sama. Selain itu ia sebagai memenuhi permintaan peminat-peminat di sini. Sebelum ini ramai yang bertanya dan mereka mahu kami lancarkan album di sini.


"Kami yakin peminat-peminat kami di Indonesia pasti faham dan mereka tidak akan berkecil hati dengan keputusan kami melancarkan album ini terlebih dahulu di sini kerana kita semua dalam satu rumpun yang sama dan minat muzik yang sama", kata Apoy mewakili anggota lain ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran album berkenaan di Hard Rock Cafe, KL, baru-baru ini.

.

Bercerita lanjut mengenai album ini, Apoy jua berkata proses rakamannya mengambil masa selama 4 bulan. Kelainan kali ini, lagu-lagu yang dimuatkan lebih berunsurkan tradisi Melayu. Mempertaruhkan single pertama berjudul 'Jamin Rasaku'. Antara lagu lain seperti 'Indonesia Juara', 'Serpihan Hatiku', 'Junet' (gabungan perkataan Jujur dan Nekad), Ada 'Gajah disebalik Batu', 'Ditinggal Kahwin', 'Obat Perkasa', 'Cinta Diujung Nafas', 'Kalau Masih Bisa Memilih' dan 'Kamu Masih Manusia'.

Begitupun, Wali Band tidak menafikan single hits terdahulu mereka, 'Cari Jodoh' mendapat sambutan luarbiasa, sikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka untuk menghasilkan lagu yang lebih baik. Justeru, untuk album kali ini, Wali Band tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya lebih senang menyerahkan kepada para peminat untuk membuat penilaian.

"Untuk album kali ini, jujur kami tidak menjanjikan apa-apa namun dengan kelainan yang disuntik dalam lagu-lagu kami. Kami serahkan kepada para peminat untuk menilainya", tambah Apoy lagi.

.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 5-5-2014 04:46 PM
buat modal karaoke lagu2 dorg ni
Quote tomet05 5-5-2014 11:08 PM
modal karok la nih kan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2026 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.092482 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top