CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Burung Saya Bernilai 19,000

6-5-2014 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9725| Komen: 27

Description: “Lagipun Kita Boleh Kenal Ramai Orang Tanpa Mengira Latar Belakang Dan Peringkat Umur. Kami Boleh Duduk Bersama, Bercerita Pasal Burung Ini,” Katanya Ceria Ketika Ditemui Pada Pertandingan Suara Bu ...


MACHANG - Demi minat, Adnan Mohamad sanggup membelanjakan berpuluh ribu ringgit bagi memiliki burung ketitir yang menjadi kesukaannya sejak 30 tahun lalu.

Katanya, antara burung termahal yang dimiliki bernilai RM19,000 yang kini sering menempa nama menggondol pelbagai hadiah setiap kali menyertai pertandingan.

“Bukan hanya di dalam negara, saya juga pernah  memenangi hadiah di peringkat Asia dan kejayaan itu menjadi kenangan manis buat saya sekalipun bukan hadiah yang menjadi tujuan utama saya memelihara burung ini.

“Memelihara burung ini sebenarnya sekadar satu hobi dan menyertai pertandingan juga sekadar suka-suka sambil bertemu rakan yang mempunyai minat sama,” katanya.

Adnan berkata, setiap hujung minggu diisi dengan menjayakan pelbagai pertandingan di merata tempat demi minatnya yang mendalam dalam seni permainan tradisional itu.

Katanya, jika ada pihak mengatakan hobi itu membazir masa dan wang, ia tidak benar kerana hobi itu tidak membebankan malah memberi kepuasan kepada penggemarnya.

“Burung ini dah banyak kali menang, rasanya dah lebih 40 kali dan bagi saya ia memang berbaloi sekalipun bukan kemenangan yang saya kejar. Apabila memiliki burung ketitir yang suaranya merdu, ia pasti akan menjadi kebanggaan sesiapa sahaja.

“Lagipun kita boleh kenal ramai orang tanpa mengira latar belakang  dan peringkat umur. Kami boleh duduk bersama, bercerita pasal burung ini,” katanya ceria ketika ditemui pada pertandingan suara burung di sini, semalam.

Adnan yang mempunyai pengalaman luas dalam selok belok penjagaan burung ketitir dan bagaimana mengasuh burung peliharaan itu kini memiliki enam burung ketitir.

Kata Adnan, pertandingan suara burung mampu menjadi platform yang mampu mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Tambahnya, seni suara burung itu tidak hanya terhad kepada Melayu sahaja tetapi turut diminati Kaum Cina dan Siam.

9

Bagus
9

Marah

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lizaliza 6-5-2014 09:31 AM
burung merbuk rupanya...
dari dok gila petik jari paksa burung nyanyi, lebih baik gi bela lembu ada gak faedahnya..
19K tu, buat simpan ASB pun banyak paedahnyer, sekali burung tu kembali kepada pencipta,,,hangus 19K.
emm...anyway..minat masing masing tak sama
Quote cmf_rambutan 6-5-2014 09:42 AM
yeke 19 ribu.... kekadang dorang nih gitau rega tak agak2...
Quote nebulagazer 6-5-2014 09:46 AM
Matik matik aku ingt burung punai dia insuranskan 19k
Quote dragger 6-5-2014 09:47 AM
mahal betei burung beliau


Quote asermullen 6-5-2014 09:54 AM
kalau bukan kemenagan tujuan utama, hanya sekadar hobi dan dapat berkumpul dgn rakan2 sambil berkongsi cerita mengenai hobi yang sama.. lebih baik pakai burung biasa2 je.. dah kata bukan nak menang saje suka2 kan... gigih pi cari baka baik sampai puloh2 ribu, nampak sangat kemenangan yang dicari, gila nama, darjat dan harta.... nak merendah diri konon tapi tak pandai nak main kata2.. puii, anyway beribu ribu taniya la en Adnan Mohamad.. minat punya pasal.
Quote OmJualGas 6-5-2014 09:55 AM
main kau burungggg....
Quote cmf_kunyit 6-5-2014 09:56 AM
burung apa..? burung murai nak...
Quote tak_tahu 6-5-2014 10:16 AM
cmf_kunyit posted on 6-5-2014 09:56 AM
burung apa..? burung murai nak...

sipot ape?
sipot ape?
sipottt la bahaaaaa..
Quote ifanonline 6-5-2014 10:18 AM
mcm pompuan minat kasut ler...habih ribu2...kaki senget juga
Quote ajie2000 6-5-2014 10:23 AM
adakah burungnya sebesar pensel??
Quote nordiana87 6-5-2014 10:25 AM
uncle aku nya burung rege 20k..aku xtaw ape nma burung die..sgkar die da kat 2k..
aku xpaham la tpi minat masing2 nk kata ape..smpai kn auntie aku nk psg air freshener lam umah pn xbole..tkt burung lemas...
Quote BeeHaa 6-5-2014 10:26 AM
Kate x kejar kemenangan..abis tu x yah lah cite dah 40x menang. Riak benar lah..



:Q
Quote ratna 6-5-2014 04:48 PM
nak wat camner..minat masing2
asal x abai kuarga..sudah ler
Quote batu kikir 6-5-2014 05:09 PM
Dari dok sibuk bela burung ketitir ................ baik bela dan belai burung sendiri. Ada gak faedahnya.
Quote annehuda 6-5-2014 05:11 PM
agak2 jual beli burung ni ade GST tak? nnt meroyan la puak2 mcm ni. sebelum ni beli ribu ribuan boleh tp sbb ade GST baru nak melenting. phhuuiiiii
Quote perang_candu 6-5-2014 05:15 PM
Ini bukti Orang kelantan kaya dan banyak duit.. bukan macam caprut jdt.
Quote airfilterkotor 6-5-2014 05:29 PM
Mati burung, abih dah.
Quote Leonarzi 6-5-2014 05:47 PM
Apesal x letak rm19999
Quote BotakChinPeng 6-5-2014 08:00 PM
Takde gambor

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.160357 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top