CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Najib: Dasar Air Percuma S'Gor Akibatkan Catuan

5-5-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11628| Komen: 92

Description: Perdana Menteri Najib Abdul Razak Hari Ini Mempersalahkan Langkah Populis Kerajaan Pakatan Selangor Untuk Memberi Air Percuma Dan Keengganannya Menaikkan Tarif Air, Sebagai Punca Kekurangan Air Di Neg ...


Najib: Dasar air percuma S'gor akibatkan catuan

Perdana Menteri Najib Abdul Razak hari ini mempersalahkan langkah populis kerajaan Pakatan Selangor untuk memberi air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air, sebagai punca kekurangan air di negeri itu.

Beliau berkata memberikan air percuma telah mengakibatkan negeri itu kehabisan bekalan dan berkata Pakatan tidak bersikap realistik.

Katanya, walaupun menteri besar Selangor telah memberhentikan

catuan air, tetapi dapatkah beliau memberi jaminan tiada lagi catuan air pada masa akan datang.

Paras air di empangan Selangor merosot sejak beberapa bulan lalu kerana cuaca kering yang luar biasa,  dan diburukkan lagi oleh pencemaran di beberapa sumber air yang memaksa kerajaan negeri melaksanakan catuan air pada Mac dan April.

Bagaimanapun musim kemarau juga melanda negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Johor, yang melakukan catuan air.


Kedah, Melaka dan Pulau Pinang juga sedang menimbang langkah tersebut tetapi setakat ini masih mampu membekalkan air tanpa catuan.

Catuan air Selangor berakhir minggu ini selepas hujan turun semula di kebanyakan empangan dan kerajaan negeri mengambil langkah tambahan untuk meningkatkan bekalan dari sumber alternatif.

7

Bagus
2

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 3-5-2014 10:06 PM
sumber dari mana ni,tak bleh blah langsung  
Quote Voyagers 3-5-2014 10:08 PM
kilang semi conductor tak bagi operator overtime sebab tak cukup air
mereka kena beli air dari lori tangki

ada khalid  fikir nasib pekerja kilang ini?
duit gaji dah berkurang sebab tak dapat overtime

kilang semi conductor buka kilang di malaysia sebab salah satunya malaysia banyak air
tapi apa jadi?

khalid fikir ke hal hal macam ini masa tak nak buat langat 2 tahun tahun lepas?
Quote pendeta 3-5-2014 10:12 PM
xpdckelate posted on 3-5-2014 10:06 PM
sumber dari mana ni,tak bleh blah langsung

malaysiakini
Quote Anak_Nogori 3-5-2014 10:13 PM
Jadi sama lah pendapat Najib dgn pendapat Yeo Bee Yin DAP DUN Damansara bahwa Khalid lebih pentingkan dasar populis utk kekalkan kuasanya diSelangor.

Dasar pemberian air percuma tidak efektif dalam menguruskan air - ADUN DAP

SHAH ALAM 14 April  - Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP meminta kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini.

Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) berkata, pemberian air percuma dilihat hanya satu dasar populis dan bukan keputusan yang paling bijaksana dan efisien untuk menguruskan air di Selangor.

Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM1 bilion untuk membiayai pemberian air percuma 20 meter padu bagi setiap rumah sejak dilancarkan pada 2008 dan dana itu sepatutnya dilaburkan kepada perbelanjaan modal (Capex) bagi menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) ketika ini yang berada pada kadar 35 peratus.

``Penurunan NRW akan menurunkan permintaan air mentah, menjimatkan wang melalui pengurangan kos rawatan dan pengagihan air, selain mengawal tarif air,'' katanya ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Yeo berkata, jika empat tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan peruntukan negeri untuk Capex dan membina lebih banyak projek Hybrid Off River Augmentatiom System (Horas),  beliau pecaya masalah air ketika ini mungkin tidak akan berlaku.

``Saya harap kerajaan negeri perlu mengkaji semula sama ada perlu terus menggunakan tujuh peratus daripada hasil tahunan negeri untuk membiayai air percuma ini atau melabur dalam Capex.

``Kita sepatutnya mengutamakan jaminan bekalan air kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mahu memberikan air percuma,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  ketika menggulung perbahasan mengenai rang undang-undang perbekalan tambahan berkata kerajaan negeri akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada hendak melanjutkan tempoh catuan air di negeri ini memandangkan kenaikan paras air di beberapa empangan.

Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.  - BERNAMA

Quote kecimpret 3-5-2014 10:14 PM
Bagaimanapun musim kemarau juga melanda negeri-negeri lain termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Johor, yang melakukan catuan air.


ni sume negeri2 yg beri air percuma



Quote totokreturn 3-5-2014 10:19 PM
Ketua no.1 bodoh melantun, patut lah jemaah menteri semua dable bodoh... taraf macai umno kat takuk mana laa levelnyer....
Quote Peterpan17 3-5-2014 10:20 PM
ek?? psl air free jd kena catu?? Kat Sabah takde air memanjang tp tetap kena byr. Mcm mana tu?
Quote kecimpret 3-5-2014 10:24 PM
Peterpan17 posted on 3-5-2014 10:20 PM
ek?? psl air free jd kena catu?? Kat Sabah takde air memanjang tp tetap kena byr. Mcm mana tu?

air free la tuh..rakyat kena bayo, pemimpin free



Quote kecimpret 3-5-2014 10:26 PM
totokreturn posted on 3-5-2014 10:19 PM
Ketua no.1 bodoh melantun, patut lah jemaah menteri semua dable bodoh... taraf macai umno kat takuk  ...



ni bakal kena catu letrik jap lg nih
Quote bangcak 3-5-2014 10:44 PM
Voyagers posted on 3-5-2014 10:08 PM
kilang semi conductor tak bagi operator overtime sebab tak cukup air
mereka kena beli air dari lori ...

kemarau ketentuan tuhan, sbb mb pikirkan rakyat la dia buat catuan.

berbanding gst keputusan manusia.
bila rapizi tanya "tak pikir ke kos yg perlu ditanggung pengusaha/peruncit
(beli scanner, sistem, dan lain2 berkaitan gst)"
...takde jawapan dari pihak pelaksana.

tu baru la contoh 'tak pikir' bebanan org lain.

Quote budaktua 3-5-2014 10:57 PM
Katanya, walaupun menteri besar Selangor telah memberhentikan
catuan air, tetapi dapatkah beliau memberi jaminan tiada lagi catuan air pada masa akan datang.



...mohon pertolongan.. sape2 yg bijak pandai sikit tolong explain sikit bahagian yg disaiz besarkan itu...
Quote naina 3-5-2014 11:15 PM
Adatla benda free n xnaik tarif
drpd negeri lain berbyor tp still mslh ada
selangorku hnya 2,3 bulan kebelakangan ni jer
Haiii..ini jelah isu yg macai boleh buat modal
air, air dan air
tp kata catuan dh mansuhkan?? ke cne
Quote noor2 3-5-2014 11:34 PM
bukan sbb kemarau ka?? kata empangan kering?? kalau air tak percuma maka empangan akan penuh ke??
Quote Artemesiaa 3-5-2014 11:55 PM
Skrip mengalahkan maharaja lawak mega, bintang mencari bintang, school of lawak dan seangkatan dengannya.  
Quote cmf_shalom 4-5-2014 12:05 AM
noor2 posted on 3-5-2014 11:34 PM
bukan sbb kemarau ka?? kata empangan kering?? kalau air tak percuma maka empangan akan penuh ke??

Pandai juga air kat empangan tu erhhhhh
Quote angura 4-5-2014 12:05 AM
budaktua posted on 3-5-2014 10:57 PM
Katanya, walaupun menteri besar Selangor telah memberhentikan
catuan air, tetapi dapatkah beliau me ...

Negeri lain yg air berbayar tp still kne catu pe cite plak brader..??
Quote mommymonster82 4-5-2014 12:07 AM
Apa kena mengena me pon xtau..
Bukn free terus..free pon ada limit...
Quote noor2 4-5-2014 12:08 AM
cmf_shalom posted on 4-5-2014 12:05 AM
Pandai juga air kat empangan tu erhhhhh

kita boleh teka empangan tu sokom parti mana...






Quote Lagubestbest 4-5-2014 12:11 AM
Arab saudi beri air percuma rilek je ada air. Negara padang pasir lagi. Masalahnya bukan bayar tak bayar free atau berbayar beri diskaun atau tak, ni bukan masalah duit. Ni masalh air. Air tu tiris satu hal, sumber pula tak cukup satu hal. Lagi banyak air tiris, lagi banyak projek cari air la kan?

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.091292 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top