CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tarif Air Di Pulau Pinang Bakal Naik 20 Peratus

26-4-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5944| Komen: 34

Description: Pengurus Besar Pbapp, Jaseni Maidinsa Berkata, Cadangan Kadar Kenaikan Tarif Air Itu Telah Diluluskan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau Berkata, Berdasarkan Cadangan Itu, Tarif A ...


Tarif air di Pulau Pinang bakal naik 20 peratus

GEORGE TOWN 25 April – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan.


Pengurus Besar PBAPP, Jaseni Maidinsa berkata, cadangan kadar kenaikan tarif air itu telah diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Beliau berkata, berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di negeri ini akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan air dan mengelakkan catuan air.


“Bagi mengelakkan catuan air, kami berharap dengan tarif baharu air ini, kenaikan pada kadar purata 20 peratus bagi pengguna domestik akan dapat mengurangkan penggunaan air, yang merupakan penggunaan air tertinggi di negara,” katanya kepada pemberta di pejabat PBAPP di sini hari ini.
Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama sebanyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter). 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leonarzi 26-4-2014 12:30 PM
Negeri berkebajikan la sgtttttttt.... Dasar cina kapitalis berkiblatkan duit... Money is all that matters Last edited by Leonarzi on 26-4-2014 12:33 PM

Quote munchkin 26-4-2014 12:40 PM
Bagus juga idea ni. Daripada bagi air free berapa padu pastu orang membazir bazir sebab air murahkan. Kalau air mahal, rasa rasa nak membazir tak?
Quote xy_daen 26-4-2014 12:43 PM
Rasaen loe...
Quote Anak_Nogori 26-4-2014 12:44 PM
Quote Anak_Nogori 26-4-2014 12:48 PM
Quote chaintea 26-4-2014 12:50 PM
Bukan ada survey kata di Penang paling byk bazir air?

Now rasakan...dh naik rege konperm pikir 40 kali nk bazir air..

Btw ada comparison dgn negeri lain?
Quote munchkin 26-4-2014 12:54 PM
Bila dah mahalkan air tu, pikir pikirkanlah nak supply airjenis yang boleh minum terus dari paip air tu.

Air dah lah dibazirkan. Pastu supply air berkeladak kotor. Nak minum pun tak berani. Cuma berani cuci pinggan, baju and mandi je. Tu pun filter dua kali luar and dalam rumah. Still tak minum.
Quote Anak_Nogori 26-4-2014 12:54 PM
Janji manifesto dimungkiri...tarif air naik di P.Pinang

    Sabtu, 26 April 2014 11:11
    Administrator

    Email       
    Cetak       
    PDF       

inShare

guan1Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan.

Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata cadangan kadar kenaikan tarif air itu telah diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, keputusan tersebut menerima kecaman banyak pihak yang menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong kerana sebelum ini pernah berjanji tidak akan menaikkan tarif air serta kadar sewa dan lesen perniagaan sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Kenaikan tarif air itu juga bertentangan dengan manifesto pembangkang dalam PRU-13 yang berjanji akan menurunkan kadar sumber tersebut sekiranya berjaya memerintah.

Dalam manifesto itu juga, pembangkang berjanji akan memastikan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian berpatutan.

Menurut Jaseni berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di negeri ini akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan air dan mengelakkan catuan air.

"Bagi mengelakkan catuan air, kami berharap dengan tarif baharu air ini, kenaikan pada kadar purata 20 peratus bagi pengguna domestik akan dapat mengurangkan penggunaan air, yang merupakan penggunaan air tertinggi di negara," katanya Jumaat.

Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama sebanyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter).

Jaseni berkata langkah itu bagi mematuhi arahan kerajaan negeri untuk tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata kadar kenaikan bagi penggunaan 20-40 meter padu air berikutnya adalah 9.5 peratus; 40-60 meter padu (30.77 peratus) dan 60-200 meter padu dan ke atas (30 peratus).

Katanya pengguna domestik yang menggunakan sehingga 40 meter padu sebulan adalah sebanyak 79 peratus (375,714 pengguna) daripada jumlah pengguna domestik di Pulau Pinang (471,466 pengguna).

"Malah dengan peningkatan tarif ini, tarif air Pulau Pinang kekal yang terendah di negara ini pada purata 32 sen bagi 35,000 liter air digunakan sebulan," katanya dan menurutnya purata kadar tarif air peringkat kebangsaan adalah 66 sen seliter.

Katanya kali terakhir semakan dibuat terhadap caj minimum bagi bekalan dan tarif pengunaan air domestik sehingga 40 meter padu adalah pada 1993.

Cadangan itu turut termasuk caj minimum pengguna domestik akan dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.

Bagi tarif air untuk perdagangan di Pulau Pinang, Jaseni berkata untuk kekal kompetitif bagi menarik lebih banyak pelabur, purata kenaikan adalah kira-kira 18.8 peratus.

Bagaimanapun, katanya pendapatan tambahan daripada kenaikan tarif itu akan disalurkan untuk infrastruktur penyelenggaraan dan pengurusan bekalan air, menguruskan air tidak terhasil dan program pendidikan untuk menggalakkan pemuliharaan air.

"Kenaikan tarif yang dicadangkan ini hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Span," katanya.

Pulau Pinang mencatatkan penggunaan air tertinggi di negara ini pada kadar perkapita 311 liter sehari setakat 1 Mac tahun ini.-26/4/2014
Quote Anak_Nogori 26-4-2014 12:55 PM
"Malah dengan peningkatan tarif ini, tarif air Pulau Pinang kekal yang terendah di negara ini pada purata 32 sen bagi 35,000 liter air digunakan sebulan," katanya dan menurutnya purata kadar tarif air peringkat kebangsaan adalah 66 sen seliter.

P/s;- Hahahahahahahahahahahaahahahaha..dah lah mungkir janji...kekal yg terendah dari negeri2 lain...mcam biasa didengar je macai2 selalu cakap..
Quote Anak_Nogori 26-4-2014 01:00 PM
Ni janji2 pakatan rakyat....






ada hati nak perintah negara kununnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..
Quote otai_g 26-4-2014 01:04 PM
x kisah la caj lebih 20 sen pun.

aku lebih rela bayar air lebih skit dr tade air mcm kat selangor ni. nak mandi pun susah!

tiap kali nak mandi tade air terbayang muka sembab mb selangor!
Quote mizahanan 26-4-2014 01:12 PM
Selangor ada air la... elok je berair rumah akak, dah 6 hari dah. Catuan dah tamat ke? Sblm catuan tanpa miss.
Quote DTECCONAN 26-4-2014 01:14 PM
air patut bg mahal, tiap2 bulan hanya RM10 tapi elektrik, sewa telefon lagi mahai
Quote Knights 26-4-2014 01:20 PM
Kezaliman di Pulau Pinang
Quote xy_daen 26-4-2014 01:30 PM
PR = Penipu Rakyat....
Quote wqe1922 26-4-2014 01:39 PM
Janji PR nak turunkan harga internet tak nampak2 lagi pun walaupung dah menang... PR OH ANWAT. janji dicapati betul. Eh pr ke bn yg janji nak turunkan harga internet ni. Aku konpius la pulak.haha
Quote zidane_ziege 26-4-2014 01:44 PM
Asal bukan kerajaan pro amerika..
Quote Anak_Nogori 26-4-2014 01:45 PM
aaaa. Last edited by Anak_Nogori on 26-4-2014 01:47 PM

Quote mekmalu 26-4-2014 01:57 PM
Aku kt Bangi selangor, air ada je, x tau tmpat lain..... skali je rasa x de air, tu pun semalaman je, pagi esok tu dah ada balik...
aku kt kedah bulan 1 n 2 dulu pun ada masalah air, siang x de, tgh malam baru ada, hampir 2 bulan gitu... tp x de la nk kecoh, dh musim kemarau n tempat aku tu lak kawasan tinggi...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062372 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top