CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Lihat artikel

Tart Epal Gulung

2-4-2014 03:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7547| Komen: 0



Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 40 biji
 
 
BAHAN-BAHAN:
 
Bahan A:
125gm mentega
50gm gula ising
1/2 biji kuning telur
1/4 sudu teh esen epal
1/8 sudu teh pewarna hijau epal
 
Bahan B:
170gm tepung gandum
10gm tepung jagung
20gm susu tepung
 
Bahan inti & Hiasan:
500gm jem epal | boleh dibeli di pasaran
Sedikit coklat putih
 
CARA MEMASAK:
 
1.  Sebatikan kesemua bahan A dan pukul hingga rata.
2.  Kemudian masukkan bahan B dan pukul lagi hingga menjadi adunan.
3. Letakkan doh di dalam acuan nastar dan paipkan memanjang.
4.  Isikan inti jam yang telah disukat dan gulungkan.
5.  Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25 minit pada suhu 150˚C.
6.  Apabila sejuk, paipkan coklat putih di atasnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.242084 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top