CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawasan Flat, Hanya Satu Lif Sahaja Berfungsi

24-3-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15474| Komen: 193

Description: Kuala Lumpur: “Kami Sudah Bosan Dan Lali Dengan Masalah Lif Yang Membelenggu Di Sini Sejak Bertahun-Tahun Lalu Hingga Tidak Tahu Hendak Mengadu Kepada Siapa Mengenai Masalah Ini,” Kata Seorang Pendu ...
Kuala Lumpur: “Kami sudah bosan dan lali dengan masalah lif yang membelenggu di sini sejak bertahun-tahun lalu hingga tidak tahu hendak mengadu kepada siapa mengenai masalah ini,” kata seorang penduduk di Blok D, Jalan 224, Seksyen 51A, Taman Impian Baiduri, Petaling Jaya.

Saharin Abu Bakar, 50, berkata masalah ini tidak pernah selesai sejak mendiami flat berkenaan lapan tahun lalu.


“Setiap kali rosak pengurusan flat akan membaiki lif berkenaan, tetapi kemudiannya rosak lagi menyebabkan saya terpaksa naik turun tangga setiap hari untuk ke rumah saya di tingkat 15,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke flat berkenaan mendapati hanya satu lif saja berfungsi sementara tiga lagi rosak.


Saharin berkata, ada antara lif berkenaan sudah bertahun-tahun tidak digunakan kerana rosak.


Seorang lagi penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mohd Safri Yusof, 34, kecewa masalah lif menyukarkan hidupnya yang mengalami kecacatan kaki dan bertongkat.

“Saya pernah terjatuh dan kepala terhantuk ketika menaiki tangga untuk ke rumah saya di tingkat tiga,” katanya.

Bagi Hamidi Jayaraj Abdullah, 58, pula hampir semua penduduk hilang sabar apabila terpaksa menunggu lama hingga empat ke lima kali giliran untuk menaiki lif terutama ketika waktu puncak, iaitu pada pagi dan petang.

“Satu lif saja memang tidak cukup untuk menampung kami yang beratus-ratus orang ini dan sememangnya ia menyusahkan orang tua-tua serta ibu mengandung,” katanya.

Dia juga bimbangkan keselamatan penduduk apabila terpaksa berhimpit-himpit dalam lif.

“Ada kemungkinan lif terhempas kerana keadaan lif yang uzur dan pernah terjadi di Blok A beberapa tahun lepas menyebabkan seorang penduduk cacat kekal,” katanya.

Sementara itu, wakil pengurusan flat yang juga penduduk, Izzat Ahmad, 40, berkata, pihaknya sedang menunggu kontraktor baru selepas kontraktor lama ditamatkan kontrak Disember lalu.

Menurutnya, perjanjian dengan kontraktor baru mungkin akan diselesaikan dalam bulan ini.

3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ad_hoc79 20-3-2014 11:18 AM
kena tengok jugak perangai orang kat situ. xpandai jaga lif. contohnye, bersandar kat pintu lif sebab xbagi pintu tertutup. tekan button banyak kali, ngko ingat lif bole terus sampai ke tekan banyak kali.
Quote skeezotone 20-3-2014 11:19 AM
Kdg2 lif kat flat ni rosak dek pangai penduduk dia sendiri pastu sebok mnyalak kat pihak berkuasa.. Didik anak2 dlu supaya pangai tu jd cam manusia bkn cam manusia babarian.
.aku kdg2 gie flat siap bau kencing agi dlm lif.. Mls nk ckp byk lah.. Jap agi ramai jer lahar aku ni.. Huhuhu
Quote zull4rs 20-3-2014 11:21 AM
Tak bayar duit maintenance pun satu hal..
Quote anishacute 20-3-2014 11:25 AM
Tlg letak butang lif tu tinggi skit sebab budak2 pprt zaman skrg suka main lif dari main masak2 atau main bola
Quote R2D2 20-3-2014 11:29 AM
tu tk termasuk kes kencing, conteng dlm lif
Quote dino 20-3-2014 11:29 AM
skeezotone posted on 20-3-2014 11:19 AM
Kdg2 lif kat flat ni rosak dek pangai penduduk dia sendiri pastu sebok mnyalak kat pihak berkuasa..  ...

berak pun ade...
Quote slippergombak 20-3-2014 11:30 AM
Lift pprt..? Takyah laa.... bagi 10 lif pun.. tetap tinggal 1 gak... kat flat ampang tuh ada sebiji.... flat ada 2 biji lif... sebiji seminggu 4-5 kali rosak.... sebijik lagi kena bakor tahap takleh repair dah... mentenen semua taknak bayar..
Quote skeezotone 20-3-2014 11:33 AM
dino posted on 20-3-2014 11:29 AM
berak pun ade...

Ewwww.. Diorg ni dtg dr hutan mana benornya.. Pangai xrupa cam org yg dtg dr ketamadunan sejagat.. Hikhik.
Quote ~boolean 20-3-2014 11:34 AM
sebelum tunding jari denkat pengurusan flat/lif..tunding jari dulu dekat diri sendiri...

umum tau mentaliti kebanyakan penduduk flat ni macam mana... usung motor dalam lif, buang sampah dalam lif, tekan butang banyak2 kali semua tingkat....
Quote kecimpret 20-3-2014 11:35 AM
tu mmg normal...kalo lif berfungsi pun penuh dgn ayat2 lucah kat dinding lif
Quote NAT_11 20-3-2014 11:36 AM
Mana-mana flat memang cuma ada SATU lif je.
Mereka bukan bayar duit maintanance, tapi mengharapkan
good service. Satu lif pun tak pandai jaga. Berak kencing,
berludah, muntah......siap bawak naik motor lagi..............
Quote kecimpret 20-3-2014 11:39 AM
NAT_11 posted on 20-3-2014 11:36 AM
Mana-mana flat memang cuma ada SATU lif je.
Mereka bukan bayar duit maintanance, tapi mengharapkan
...

flat ada 2 lif utk satu blok..kadang2 ada 3 lif..satu lif utk bomba..tapi biasa yg fungsi hanya satu jek


Quote dino 20-3-2014 11:40 AM
skeezotone posted on 20-3-2014 11:33 AM
Ewwww.. Diorg ni dtg dr hutan mana benornya.. Pangai xrupa cam org yg dtg dr ketamadunan sejagat.. ...

asal setinggan.... mcm tu aaa.....family mertua adik aku duk flat.... parking kereta kejap.... nak balik cermin kereta pecah.... ade baling botol....dr atas
btw inilah harga perlu dibayar klau dok rumah flet harga murah.... tgk kereta masing2 bleh tahan mewah
Quote dino 20-3-2014 11:42 AM
kecimpret posted on 20-3-2014 11:39 AM
flat ada 2 lif utk satu blok..kadang2 ada 3 lif..satu lif utk bomba..tapi biasa yg fungsi hanya sa ...

sedih..... aku klau kena downgrade dok flet camni tak tahu aaa...... mcm tak sanggup je...
Quote rikiruj 20-3-2014 11:43 AM
flat pprt ni sewa pun tak bayar lagi nak collect maintenance... semua nak free, tolong jaga tak mau..
Quote R2D2 20-3-2014 11:44 AM
dino posted on 20-3-2014 11:40 AM
asal setinggan.... mcm tu aaa.....family mertua adik aku duk flat.... parking kereta kejap.... nak ...

tu botol
dulu kes buang basikal terus dari tingkat atas
mati sorang kena hempap!
Quote skeezotone 20-3-2014 11:46 AM
dino posted on 20-3-2014 11:40 AM
asal setinggan.... mcm tu aaa.....family mertua adik aku duk flat.... parking kereta kejap.... nak ...

Aku bkn nk berlagak tp mintak jauh la beli umah flat ni ngn neighborhood yg mnyeramkan camtu.. Riso kang ada plak yg berak dpn umah aku.. Hahaha
Quote kecimpret 20-3-2014 11:46 AM
dino posted on 20-3-2014 11:42 AM
sedih..... aku klau kena downgrade dok flet camni tak tahu aaa...... mcm tak sanggup je...

sewa murah bai...tp kalo mampu baik elakkan laaa..biar byr mahal skit asalkan idop aman tenteram x sakit jiwa
Quote dino 20-3-2014 11:53 AM
kecimpret posted on 20-3-2014 11:46 AM
sewa murah bai...tp kalo mampu baik elakkan laaa..biar byr mahal skit asalkan idop aman tenteram x ...

tu la.... bkn nak hina... n nasib kite akan dtg tak tahu lg..... tp nengok lifestyle pprt ni mmg memualkan..... dgn sikap pengotor tu apsl tak tido kat tong sampah je...
pernah tgk mak ayah pprt ni suruh anak buang sampah.... bdk2 kecik...dgn plastik sampah tak berikat.... diheret sampah tuh..... sampah kat tong sampah tinggal plastik je... isi dah terburai...

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073786 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top