CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas Tiga Menu Ini Bahaya

6-3-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11877| Komen: 83

Putrajaya: Awas penggemar nasi goreng, ayam goreng dan keropok ikan kerana hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu kini tergolong antara makanan paling tinggi kandungan garam, sekali gus berisiko tinggi menyumbang kepada serangan jantung dan angin ahmar.

Tiga hidangan itu adalah antara 10 makanan tinggi garam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan selain ikan goreng, kicap soya, sos tomato dan cili, ikan bilis, kari ikan, kari lembu dan kambing, bebola ikan dan udang.



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, laporan mengenai hidangan tinggi garam itu dibuat dalam satu kajian rintis oleh Institut Kesihatan Umum pada 2011 hingga Februari 2012 yang dilakukan dalam kalangan anggota kesihatan di Malaysia.

Beliau berkata, hasil analisis menunjukkan purata pengambilan garam dalam kalangan anggota kesihatan adalah 8.7 gram (g) sehari atau bersamaan 3,405 miligram sodium sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan pengambilan garam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram sehari.


“Seseorang yang mengambil paras natrium (sodium) yang tinggi dalam darah berisiko untuk menghidap hipertensi seterusnya berisiko mendapat serangan jantung dan strok.


“Berdasarkan Kajian Beban Penyakit di Malaysia, penyakit jantung dan strok adalah di antara lapan penyakit utama yang membebankan negara kita dari segi kewangan dan kualiti gaya hidup rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-7, di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata, kajian juga mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas kini menghidap penyakit hipertensi dipercayai akibat pengambilan garam berlebihan setiap hari.

Beliau berkata, kajian sama juga menunjukkan kicap soya adalah antara makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam tinggi.
Menurutnya, golongan lelaki didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.

“Bagaimanapun, pihak industri makanan di Malaysia turut menyokong usaha kementerian untuk mengurangkan kandungan garam dalam produk keluaran masing-masing.


“Hasilnya, sejak 2011 hingga 2013, sebanyak 30 jenis makanan di pasaran tempatan yang mempunyai kandungan garam tinggi dikurangkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal,” katanya.


Katanya, antara makanan berkenaan termasuk biskut, kicap, mi segera, makanan ringan, daging beku, perasa tiruan dan sapuan roti.

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Namirul_returns 6-3-2014 08:05 AM
Keropok pong masuk list gak???
Quote intriQue 6-3-2014 08:05 AM
my fav menu yg top 3 tu.....

abiss laaaaa
Quote Simunggu 6-3-2014 08:26 AM
alamak...nasi goreng & ikan/ayam goreng kegemaran aku....
Quote gaara_X 6-3-2014 08:29 AM
lingkup laa kedai makan lepas nie...
Quote gogo2 6-3-2014 08:33 AM
iyer, ini mmg kesukaan saya.
Quote yusra 6-3-2014 08:34 AM
makan kangkung saja nampok gayanye.....wakakaka....opps
Quote crazecousa 6-3-2014 08:36 AM
benda aku suka mesti je memudaratkan...haduihh
Quote lavendernovella 6-3-2014 08:38 AM
Makanan berisiko utk mendapat penyakit jgn dijual kat mesia, kalau nk makan gk pergi negara lain

Heheheheheh
Quote harimau76 6-3-2014 08:40 AM
Kalau ikan goreng nasik goreng Masak sendiri kan kita sendiri yg control nak bubuh garam byk mana.. Kari semua tu.. Lain la kalau mkn kat kedai..
Quote ciptaan_Awlah 6-3-2014 08:41 AM
Dr S Subramaniam pon bukan org Islam
lantak la dia
Quran pon tak ckp tiga makanan ni haram
makan jer
jgn hirau org kafir
Quote tongkatwaran75 6-3-2014 08:44 AM
ciptaan_Awlah posted on 6-3-2014 08:41 AM
Dr S Subramaniam pon bukan org Islam
lantak la dia
Quran pon tak ckp tiga makanan ni haram


hai...newbie...
Quote shakirajefrydin 6-3-2014 08:45 AM
memang betul pun dia cakap... esp ayam goreng.. takde satu pun fakta yang salah.. sebab ni semua dr kajian yang dibuat.. so masak sendiri kat rumah dgn cara yang lebih sihat.. amik sekali sakala tak payah nak makan nasi goreng everyday..
Quote precious_chicas 6-3-2014 08:48 AM
okay....naikkan harga garam 100% supaya kerajaan boleh lancarkan kempen kurangkan pengambilan garam untuk kesihatan lepas ni.
Quote BurungBiru 6-3-2014 08:51 AM
nasi goreng..keropok kembang..kicap.. menu harian..camne nk buat??! itu je yang murah..syukur lah masih boleh bernapas dengan amannnnnn
Quote budaktua 6-3-2014 08:55 AM
hmm...

nasi goreng byk garam, nasi lemak sebabkan obes....nasi dagang ngantuk....
Quote Rynaf 6-3-2014 08:56 AM
kalo masak sendiri, boleh control nak letak banyak mana garam..lain la kalo makan kat luar, yg tu sah2 banyak msg, garam...macam kari, tak nak guna santan boleh tukar dengan susu...processed food pon banyak garam....
Quote MYviHaZz 6-3-2014 08:58 AM

masakan kat rumah memang terbukti sihat dan selamat...
Quote tekken 6-3-2014 09:04 AM
keropok lekor..keropok keping??
kerepek tu aku tau la tk berapa bagus
Quote MegiTomyam 6-3-2014 09:04 AM

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061449 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top