CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Bagai Dipanggang

6-3-2014 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4547| Komen: 29

Butterworth: “Ada kalanya saya terfikir bila mahu pergi (mati) kerana tidak sanggup lagi menahan kesakitan dan berhadapan hari akan datang selepas doktor memaklumkan tapak tangan kanan saya mungkin terpaksa dipotong,” kata Azizah Alias, 47, yang kini menderita akibat penyakit misteri mula menyerangnya sejak dua bulan lalu.

Akibat penyakit berkenaan, jari pada kedua-dua belah tangannya bertukar menjadi hitam, kering dan semakin mengecut, malah doktor yang merawatnya juga bingung kerana tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit menyerangnya.

Sebagai langkah awal, pihak hospital terpaksa memotong dua jari tangan kanannya untuk mengelakkan jangkitan merebak ke bahagian lain, bagaimanapun Azizah semakin resah apabila tanda-tanda jangkitan sama mula menyerang jari tangan kirinya sejak tiga minggu lalu dan mungkin terpaksa dipotong.

“Pada mulanya saya mencuba kaedah perubatan kampung dan tradisional kerana sakit pada semua jari di kedua-dua belah tangan, bagaimanapun tidak membuahkan sebarang hasil.

“Keadaan bertambah teruk apabila luka akibat jarum digunakan ketika menerima rawatan dialisis mula bernanah dan ia kemudian bertukar menjadi hitam.

Saya pergi ke hospital untuk pemeriksaan 16 Februari lalu dan ditahan di wad sebelum doktor bertindak memotong dua jari tangan kanan,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, semalam.

Azizah berkata, hasil pemeriksaan dan ujian awal dilakukan, doktor memaklumkan penyakitnya itu dipercayai ada antara saluran darah sudah tidak berfungsi atau terlalu sempit.-myMetro


AZIZAH dibantu anaknya, Nur Shaidatul Awani.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 6-3-2014 08:15 AM

AZIZAH dibantu anaknya, Nur Shaidatul Awani.

Quote Namirul_returns 6-3-2014 08:22 AM
Kesiannya....
Quote Bell 6-3-2014 08:22 AM
Dialysis? mesti kena kencing manis nie. Kencing manis - death sentence!??
Quote dealova04 6-3-2014 08:22 AM
aah la gangren.. selalu pengidap diabetes yg dpt gangren ni
Quote MegiTomyam 6-3-2014 08:57 AM
Sedihnya
Quote haryatie 6-3-2014 09:00 AM
takutnya..
macam2 penyakit...
syukur aku masih sihat..
Quote ronin 6-3-2014 09:03 AM
haryatie posted on 6-3-2014 09:00 AM
takutnya..
macam2 penyakit...
syukur aku masih sihat..

jgn lupa, sihat pun satu ujian...
Quote yayah8989 6-3-2014 09:04 AM
Bell posted on 6-3-2014 08:22 AM
Dialysis? mesti kena kencing manis nie. Kencing manis - death sentence!??

Dialisis bukan ntok sakit buah pinggang ker?
Quote asyriqa 6-3-2014 09:11 AM
ini gangren kot... mai kazen sakit buah pinggang kronik... kaki belah kanan kena gangren sampai betis... ingat lagi daging kaki dia jadi keras hitam peh tu gugur satu2 sbb daging dah mati n kering... kena potong sampai atas lutut masa tu umur dia 15 taun... setahun lepas tu meninggal...  moga tak melarat la gangren kaka nih...kesian...
Quote Loxlaxman 6-3-2014 09:19 AM
Frostbite kot ....??
Quote -electrifying- 6-3-2014 09:44 AM
peh ngeri
Quote twins 6-3-2014 09:51 AM
asyriqa posted on 6-3-2014 09:11 AM
ini gangren kot... mai kazen sakit buah pinggang kronik... kaki belah kanan kena gangren sampai beti ...


makkk aaaiiii....?  ko biar betulll  .... 15 tahun dah sakit buah pinggang kronik ???  ... sedih nya aku dengar muda2 dah kena penyakit macam ni.... aku tak tau pulak sakit buah pinggang boleh sebabkan gangren sebab setakat yg aku tau bila darah tak sampai ke area tu...itu yg menyebabkan gangren.... al-fatihah untuk kazen ko.. sedih pulak aku walaupun tak kenal dia.... Last edited by twins on 6-3-2014 09:52 AM

Quote azlinahmad 6-3-2014 09:54 AM
moga tabah menghadapinya
Quote prettyuglybabe 6-3-2014 09:59 AM
kasihan.. semoga makcik tabah dan akan sembuh
Quote chinta89 6-3-2014 10:04 AM
Ya Allah.. kasihan..

Kita yg sempurna anggota badan bersyukurlah!
Quote haryatie 6-3-2014 10:11 AM
ronin posted on 6-3-2014 09:03 AM
jgn lupa, sihat pun satu ujian...

yup..
aku cuma msih sihat tp diuji dr msalah lain..
masing2 ada bahagian nya
apa2 pun bersyukur lah...


Quote asyriqa 6-3-2014 10:14 AM
twins posted on 6-3-2014 09:51 AM
makkk aaaiiii....?  ko biar betulll  .... 15 tahun dah sakit buah pinggang kronik ???  ... sedih ...

yer... doktor cakap kes macam dia jarang2 berlaku lagi pulak dia muda lagi... kazen aku ni aktif sukan... main bolasepak...olahraga wakil negeri lagi... masa dia kena tu umur dia 12 taun... ibu jari kaki dia sakit lepas main bola... gi sepital doktor cabut kuku... terus melarat bengkak kaki sampai betis... sepital kuala teganu tak leh wat apa2 sbb tak der pakar refer ke HKL...3 taun gak ler berkampung kat HKL kuar masuk...kite gilir2 jaga dia...lepas potong kaki doktor cakap ada masa paling lama 6 bulan je untuk idup tapi sampai gak setaun... kalo dia idup lagi sekarang dah 30 lebih umurnya...
Quote lucky_peace 6-3-2014 10:22 AM
siannya... huhuhuhu...
Quote fifie_olin 6-3-2014 10:32 AM
kalo doktor x leh detect biasanya buatan org...htr benda halus kot

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047962 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top