Dawai berus periuk dalam telur goreng MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini. Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan. Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. “Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati. “Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya. Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya dan dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.
|
mongoose_kidz posted on 5-3-2014 09:59 AM
adoi..aku pun slalu jmpe bnda ni dlm mknn yg aku beli..
hritu dlm smbal belacan, dlm nasi goreng..
...
mongoose_kidz posted on 5-3-2014 09:59 AM
adoi..aku pun slalu jmpe bnda ni dlm mknn yg aku beli..
hritu dlm smbal belacan, dlm nasi goreng..
...
leylapple posted on 5-3-2014 10:07 AM
samalah...
kadang2 terjumpa dawai kokot dalam tu..nasib baik masih bersih..kalo berkarat agakny ...
chinta89 posted on 5-3-2014 03:19 AM
ak penah lagi nazak..
sedap elok je makan.. tiba2, ak tgk mcm sumthing je... ak cuba abaikan tp h ...
najib888 posted on 5-3-2014 09:53 AM
Biasa je kot ni.. Lain la seluruh penggosok tu ade lam telur
ADVERTISEMENT