CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Jabatan Dapat Sms Setiap Kali Staff Datang Lambat

28-2-2014 04:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9343| Komen: 76


Melaka: Kerajaan Melaka akan melaksanakan Sistem Pengesan Kelewatan Kehadiran bagi menambahbaik sistem pendaftaran kehadiran penjawat awam di negeri itu.

Sistem yang julung kali diperkenalkan di negara ini dibangunkan Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat Jabatan Ketua Menteri akan dilaksanakan secara bersepadu dengan sistem imbasan cap jari.      

Ia akan menghantar laporan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ketua jabatan jika mendapati ada penjawat awam datang lambat ke tempat kerja dan surat tindakan tatatertib akan dikeluarkan jika melakukannya sebanyak tiga kali tanpa sebab.      
      
Sistem akan dilancarkan pada 10 Mac depan secara berperingkat membabitkan pemasangan 20 unit mesin pada sistem kehadiran sedia ada dengan nilai keseluruhan RM20,000.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata sebagai permulaan, sistem itu akan dilaksanakan di 11 jabatan sebelum diperluaskan ke semua agensi lain.

“Inovasi sistem sedia ada ini bertujuan membentuk budaya ketepatan masa dalam kalangan penjawat awam di negeri ini dan supaya mereka lebih berhati-hati dan berdisiplin,” katanya selepas merasmikan Hari Inovasi dan Hari Bersama Pelanggan peringkat  Melaka di sini, semalam.                                      


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 28-2-2014 01:15 AM
datang awal pastu dok kedai kopi sampai tengahari pon x guna juge
Quote Presiden_Lanun 28-2-2014 01:20 AM
Sistem ni taklah mahal regenya tetapi dimakap oleh kontraktor melayu jadi mahal.
nak install sistem dalam rm6k je.. Menipu rakyat je kejenye
Quote Presiden_Lanun 28-2-2014 01:21 AM
shernazz posted on 28-2-2014 01:15 AM
datang awal pastu dok kedai kopi sampai tengahari pon x guna juge

Mcm selalu buat je.
Quote shernazz 28-2-2014 01:29 AM
Presiden_Lanun posted on 28-2-2014 01:21 AM
Mcm selalu buat je.

iols suri rumah a.k.a student

Quote clarizsa 28-2-2014 01:32 AM
okla tu... ada usaha utk kayakan kroni...
Quote munchkin 28-2-2014 03:09 AM
Eloklah tu. tapi majlis melaka ni so far experience dgn derang sikap bagus. Enforcement ada. Kerja pun sungguh2. Unlike other bigger famous majlis bandaran yg sikap amat memalukan.
Quote Al-Patih 28-2-2014 04:45 AM
shernazz posted on 28-2-2014 01:15 AM
datang awal pastu dok kedai kopi sampai tengahari pon x guna juge

bab ...duduk warong kopi ...ketua jabatan tak dapat SMS ke ... Last edited by Al-Patih on 28-2-2014 04:50 AM

Quote Al-Patih 28-2-2014 04:47 AM
clarizsa posted on 28-2-2014 01:32 AM
okla tu... ada usaha utk kayakan kroni...

itu sebenar namaya ..pembangunan ....ekonomi ...
Quote shernazz 28-2-2014 07:58 AM
Al-Patih posted on 28-2-2014 04:45 AM
bab ...duduk warong kopi ...ketua jabatan tak dapat SMS ke ...

tu la pasal
kalo kakitangan kerajaan putrajaya start buat mcm ni
check in alamanda je dh brape ratus orang sehari kot
Quote Tok_Batin 28-2-2014 08:05 AM
Kompeni aku dah lama buat style macam ni. Punch card elektronik connected ke sistem online, boss boleh tahu siapa lambat, siapa balik awal, siapa cuti etc. Dia check sistem kalau nak panggil available atau tak. Staff kurang ambil kesempatan dan Big Boss pun taklah strict sangat, paling penting kerja siap on time.

Di Malaysia rasanya paling sukar mencegah sebab ramai yang mengular, punch dan kemudian ke kedai kopi sepanjang masa pejabat. Mungkin kena tiru style UK kot. Di UK, setiap pergerakan keluar masuk kena scan name tag untuk buka pintu, so sistem boleh detect dan rekod berapa lama anda keluar , lunch our etc. Last edited by Tok_Batin on 28-2-2014 08:06 AM

Quote gasing 28-2-2014 08:07 AM
kt opis ni dh 4-5 tahun buat, develop sendiri jer
Quote asudau 28-2-2014 08:12 AM
kalau bos datang lambat
Quote yusrin 28-2-2014 08:24 AM
Tok_Batin posted on 28-2-2014 08:05 AM
Kompeni aku dah lama buat style macam ni. Punch card elektronik connected ke sistem online, boss bol ...

sistem name tag pun bole manipulate
lagi better guna/scan ibu jari
Quote little_sis 28-2-2014 08:29 AM
SMS ni kena caj la kan.. kalo ramai yg dtg lambat byk le dpt SMS..
sistem biasa pun dh memadai contohnya company aku, dorang monitor betul2.. jadinya lambat 10minit pun dpt surat gak...
Quote mikasa 28-2-2014 08:31 AM
Al-Patih posted on 28-2-2014 04:45 AM
bab ...duduk warong kopi ...ketua jabatan tak dapat SMS ke ...

Lebih baik wajibkan semua staff on kan gps. Boleh tau kat mana diorg mengular
Quote hambaallah1709 28-2-2014 08:33 AM
kt tempat aku sesape yang datang lambat sebab hal hal tertentu juz whatsapp je bos inform lambat dtg...
Quote Tok_Batin 28-2-2014 08:35 AM
yusrin posted on 28-2-2014 08:24 AM
sistem name tag pun bole manipulate
lagi better guna/scan ibu jari

Betul. Mulanya kompeni guna sistem thumb print ni. Tapi ada komplen / concern bahawa mengambil data thumb print adalah salah di sisi undang undang Akta Perlindungan Data Peribadi / Personal Data (Privacy) Ordinance (PDPO). Takut thumb print disalahgunakan. Jadi terpaksa tukar sistem name tag.
Quote Tok_Batin 28-2-2014 08:36 AM
hambaallah1709 posted on 28-2-2014 08:33 AM
kt tempat aku sesape yang datang lambat sebab hal hal tertentu juz whatsapp je bos inform lambat dtg ...

Bestnya boss hang.
Quote ell768 28-2-2014 08:42 AM
hambaallah1709 posted on 28-2-2014 08:33 AM
kt tempat aku sesape yang datang lambat sebab hal hal tertentu juz whatsapp je bos inform lambat dtg ...

hahahah..sama dgn opis aku laa..kdg2 kalau stuck jem amek laa gambo jem tu hah..peh tu send kat whatsapp..bgtau jem sampai lambat blablabla..setel...

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058983 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top