Peruntukan RM100 juta disalur bina sekolah pondok
KARANGAN - Pembinaan Sekolah Pondok Raudatul Barakah di Kampung Kemunting Baru kini berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Adun Kulim, Chua Tiong Gee berkata, bagi merealisasikan pendidikan sekolah pondok, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM100 juta untuk tujuan pembinaan bangunan bagi membolehkan pendidikan sekolah pondok dapat diperluaskan. Menurutnya, pendidikan sekolah pondok ini telah diwujudkan sejak ratusan tahun dahulu dan berjaya melahirkan pemimpin yang berdisiplin selain mampu membimbing komuniti setempat supaya mendalami ilmu agama. "Walaupun saya bukan beragama Islam tetapi sedia memberikan bantuan kepada mana-mana sekolah pondok yang memerlukan bantuan. "Namun, apa yang menjadi masalah hari ini, ada dalam kalangan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sekolah pondok sebagai tempat berpolitik. Perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana semua agama meminta supaya pengikutnya bersikap jujur dan amanah,” katanya. Beliau berkata demikian setelah membuat lawatan ke tapak pembinaan sekolah selain bersetuju memberikan bantuan berupa bahan pembinaan serta keperluan asas. Menurutnya, sehingga kini Sekolah Pondok Raudatul Barakah masih menggunakan air terjun berdekatan sebagai sumber air. Katanya, kemudahan seperti elektrik, air dan barangan pembinaan akan diberikan secara berperingkat. "Beberapa pondok akan dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar itu bagi membolehkan pelajar berehat sepanjang pembelajaran mereka di sana. "Ini termasuk pembinaan surau di mana ia akan dijadikan tempat pelajar berkumpul untuk belajar," katanya.
|
"Namun, apa yang menjadi masalah hari ini, ada dalam kalangan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sekolah pondok sebagai tempat berpolitik. Perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana semua agama meminta supaya pengikutnya bersikap jujur dan amanah,” katanya.
-electrifying- posted on 27-2-2014 02:37 PM
Adun Kulim ni adun parti mana? just nk taw sahaja
Ooo bgslah, jgn hangat2 sdah.
ADVERTISEMENT