CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serbu Pasar Pudu, Pasar Borong

25-2-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4077| Komen: 14

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Aktiviti perniagaan oleh warga asing di Pasar Borong Selayang dan Pasar Pudu, awal pagi semalam terbantut apabila ‘port’ mereka diserbu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi secara bersepadu, Ops Tegas, di sini, semalam.

Ada yang cuba melarikan diri, tidak kurang juga yang meninggalkan barang peniagaan mereka begitu sahaja bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Namun kecekapan pihak berkuasa menyaksikan lebih 100 ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen yang sah.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Minhad  Ahmad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang didapati menjalankan perniagaan secara tidak sah dan juga menjadi pembantu gerai tanpa pemantauan pemilik.


Menurutnya, kesemua ditahan diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan lanjut.

“Selain tangkapan 108 warga asing, sebanyak  32 gerai juga dikenakan tindakan sita di bawah Akta 3(1)  Undang-Undang Kecil Pelesenan, Penjaja dan  Gerai 1989 kerana tidak mendapat kebenaran DBKL.

“Undang-undang tersebut jelas menyatakan warganegara yang ingin menjaja perlu mendapatkan kebenaran dan gerai mereka tidak  boleh disewakan kepada warga asing.

“Warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan ini dipercayai menyewa gerai dengan kadar RM4,000 hingga RM6,000 sebulan daripada pemilik lesen, jadi perkara ini akan dirujuk kepada jabatan berkaitan untuk tindakan lanjut ,” katanya selepas operasi tersebut di  Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak, di sini semalam.

Operasi yang bermula jam 4.30 pagi hingga 11.30 pagi itu melibatkan 120 anggota dan  pegawai DBKL, PDRM,  jabatan  imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Difahamkan operasi sama akan terus dilakukan tiga kali sebulan bagi mengekang aktiviti perniagaan secara haram oleh warga asing.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdsMsia 25-2-2014 08:18 AM
“Undang-undang tersebut jelas menyatakan warganegara yang ingin menjaja perlu mendapatkan kebenaran dan gerai mereka tidak  boleh disewakan kepada warga asing.


deme nin semue patut di sule jxbx kasi bersihkan buasir deme je
Quote DianKdeja 25-2-2014 08:30 AM
gerai haram beroperasi berada dimana2 shj tambah2 di klang valley
malaysia ni mmg lubuk rezeki kepada pendatang asing
org kita plak duk goyang kaki kat kedai kopi..tunggu duit brim
tak dapat meroyan
Quote gaara_X 25-2-2014 08:32 AM
banyak berkonsepkan ali baba bujang lapok daa.....
Quote Tok_Batin 25-2-2014 08:35 AM
Warga kita ni nak short cut sahaja, nak kaya malas nak meniaga lesen sewakan kepada PATI, dia goyang kaki di rumah.
Quote lucky_peace 25-2-2014 09:23 AM
memang dah penuh dorang kat pasar selayang tu.. skg nieyh nak pegi pon rase cam tak berani.. nak lalu pon rase seriau...
Quote chupachups 25-2-2014 09:42 AM
Eleh..yg kat area cenrral market..pudu tu berlambak2..siap gantung daging depan kedai lg..awat buat x nampak?? Ibu negara kunun..kokdiang lg aman..
Quote AbukRokok 25-2-2014 09:48 AM
gaara_X posted on 25-2-2014 08:32 AM
banyak berkonsepkan ali baba bujang lapok daa.....

cina pun da terjebak
Quote shamsadis 25-2-2014 10:01 AM
rakyat asing sibuk bekerja mencari rezeki warga Malaysia sibuk baring atas jalan mohon BRIM lepas dapat BRIM dok sibuk belanja p KFC pas abes BRIM sibuk dok baring atas jalan menjerit mintak BRIM dalam masa yang sama warga asing gigih meniaga mencari rezeki kerana warga Malaysia yang dapat BRIM sibuk nak membeli apakah semua ini kebajikan negara katanya tukang baring atas jalan.
Quote dino 25-2-2014 10:01 AM
DianKdeja posted on 25-2-2014 08:30 AM
gerai haram beroperasi berada dimana2 shj tambah2 di klang valley
malaysia ni mmg lubuk rezeki kepa ...

dpt lesen berniaga bg yindon..... pastu klau penguatkuasa mai.... klaim depa staff...
mmg sonok goyang kaki ni...
Quote Al-Patih 25-2-2014 10:31 AM
imikgrason ..mano poyi ..
Quote AdsMsia 25-2-2014 10:32 AM
Al-Patih posted on 25-2-2014 10:31 AM
imikgrason ..mano poyi ..

pigi bercuti luor nagaro

lols
Quote Al-Patih 25-2-2014 10:34 AM
AdsMsia posted on 25-2-2014 10:32 AM
pigi bercuti luor nagaro

lols

lah lupa Beb ....meke bercuti ..sambil belajaq ...
Quote chandrahusin 25-2-2014 10:37 AM
AbukRokok posted on 25-2-2014 09:48 AM
cina pun da terjebak

mcm kat petaling street
siap ada anggota DBKL jaga situ
takdak hal pun
Quote -electrifying- 26-2-2014 10:30 AM
byk lgi yg ptot diserbu, dlu dorg ni sorok2 je , itupon kt rumah2 sementara sbb pembinaan bgunan,
skrg, pergh bersepah kt sesuatu taman, kita plak yg kna pindah sbb dh xtahan.
PBT mmg buta tuli ke apa xnmpk ni semua. bangang. ntah ape menda la korg bekerja.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089406 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top