CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sunway Putra Place (Dulunya Yaohan) Akan Dibuka 2015

17-2-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10600| Komen: 65


SUNWAY REIT Management Sdn Bhd menjangka Sunway Putra Place, yang dulunya dikenali sebagai Yaohan, mampu menjana pendapatan hartanah bersih (NPI) antara RM70 juta dan RM80 juta apabila kerja pengubahsuaian siap sepenuhnya pada separuh pertama 2015.

“Ia diterjemahkan kepada pulangan pelaburan pada kadar 7.5 peratus hingga 8.5 peratus, iaitu satu kadar yang tinggi.      

“Nilai hartanah yang diwujudkan pula diunjurkan meningkat mencecah hampir RM1 bilion berbanding unjuran kos pengubahsuaian RM459 juta,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffrey Ng.      
      
Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung perkembangan terkini kerja pengubahsuaian hartanah berkenaan di Subang Jaya, semalam.

Sunway Putra Place adalah aset bersepadu 3-dalam-1 menggabungkan pusat beli belah Sunway Putra Mall, Sunway Putra Hotel dan menara pejabat Sunway Putra Tower.

Sebagai sebahagian daripada transformasi dan aktiviti meletakkan semula, pihak pengurusan Sunway REIT memutuskan untuk mempercepatkan kerja pengubahsuaian dengan melakukannya secara serentak bagi ketiga-tiga segmen hartanah itu untuk meraih sinergi penuh.

Sunway REIT membelanjakan RM459 juta bagi kerja pengubahsuaian, yang mana RM307 juta bagi Putra Mall, Putra Hotel (RM123 juta) dan Putra Tower (RM29 juta).      
“Sunway Putra Mall, yang mana kerja pengubahsuaian bermula sejak Mei 2013, bakal menerima nafas baru yang lebih kosmopolitan bersesuaian cita rasa semasa. Ia dijangka berubah menjadi antara pusat beli utama di ibu negara,” katanya.

Jeffrey berkata, pusat beli belah itu bakal diterajui beberapa penyewa utama baru yang dijangka dapat memberikan lebih tarikan, termasuk golongan sasaran yang tinggal kawasan mewah sekitar Bukit Tunku.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Research dalam satu nota penyelidikan berkata purata sewa bagi Putra Mall dijangka meningkat daripada antara RM4 hingga RM4.50 sekaki persegi kepada RM6 hingga RM7.

Sewa ruang pejabat pula diunjurkan meningkat daripada RM2.40 sekaki persegi kepada RM3, manakala kadar bilik hotel naik daripada RM190 sehari kepada antara RM350 hingga RM370 sehari.                                


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 16-2-2014 02:30 AM
Yaohan ni kat mana ek? aku dah lupa :-(
Quote wawantow 16-2-2014 02:32 AM
lama betul aku tak gi JOHAN

igt lagi aku naik bas mini dulu , kondaktor indon.."johan...johan...."
Quote roblucci 16-2-2014 02:55 AM
wawantow posted on 16-2-2014 02:32 AM
lama betul aku tak gi JOHAN

igt lagi aku naik bas mini dulu , kondaktor indon.."johan...joha ...

kassim patalon ko tau tak mana dia?
Quote wawantow 16-2-2014 02:57 AM
roblucci posted on 16-2-2014 02:55 AM
kassim patalon ko tau tak mana dia?

ni indon pompuan la...slalu konduktor indon masa tu , kalau bas mini , mmg indon pompuan lah
Quote roblucci 16-2-2014 02:58 AM
wawantow posted on 16-2-2014 02:57 AM
ni indon pompuan la...slalu konduktor indon masa tu , kalau bas mini , mmg indon pompuan lah
...

kassim patalon sibuk ke?
Quote boyagombak 16-2-2014 06:24 AM
Yaohan ni dulu ske men Kapal Layar terapung dan roller coaster wpun x sehebat mcm skang kt Berjaya Time Square,Genting & Sunway Piramid.Gerai2 mknn tersusun siap ikut tema negeri2.Antara tempat melepak yg feveret kt KL
Quote wawantow 16-2-2014 06:27 AM
yaohan atau the mall. mmg org kl kenal dgn nama yaohan je..yg unik dia dulu..

kt atas tu ada taman permainan terbesar kt kl masa tu lah
Quote KimchiMen 16-2-2014 07:33 AM
tringat plak zmn2 ponteng skolah then pi sane smate2 nk maen sm kete pusing (metahorn) kt ctu..game tu je yg dok ulang bnyk kali maen..best giler kotttttt
Quote alepmama 16-2-2014 08:10 AM
Sempat gak aku merasa main kat yaohan dulu2 tahun 2002 x tutup lagi..seram kapal dia..tempat pun seram...harap best bila bukak balik.nanti
Quote billionman78 16-2-2014 08:45 AM
tempat ni yang berhadapan dengan seri pacific hotel kan? area pwtc tu
Quote MengkuduMasam 16-2-2014 09:23 AM
buleh laa geng2 hamno lepak2 sini lpas abis bersidang kat PWTC tuh....

makcik2 pun bleh laa tergedik2 shopping kat sini...
Quote encikWawad 16-2-2014 10:00 AM
kalau di renovate pun - tak tau la mampu ke hidup - mall baru berancak tumbuh
Quote lucky_peace 16-2-2014 10:00 AM
tahun lepas ai ade la ke situ, tgk cam sedih je mallnye hah.... rupanya baru ai tau yang mall tu dah lagi lame bukak berbanding yg lain, huhuhu...
Quote punchup 16-2-2014 10:15 AM
sblm yaohan tutup utk renovation, kedai2 dalam tu jua brg2 murah giler....tapi aku tak sempat g sbb tau lambat, kwn aku citer jam yg harga 1k lebih drg jual 500 ke bawh je.....

next nk buka baru ni byk tenant baru sbb harga sewa naik...sbb target singaporean.....kalau tak silap aku hong leong ni singaporean kan? tak sure....

Quote Changa 16-2-2014 10:54 AM
The mall ini mall yang paling gah dan modern di zaman nya.
Quote PulutDereyan 16-2-2014 11:12 AM
gambaq mana.. gambaq...
Quote ultra78 16-2-2014 11:15 AM
Tengok ajelah nanti kedai apa yg akan di sana. Sewa pun akan naik. Masa zaman the mall dulu pun kedai sendu-sendu aje di sana.
Quote peachRose 16-2-2014 11:22 AM
alepmama posted on 16-2-2014 08:10 AM
Sempat gak aku merasa main kat yaohan dulu2 tahun 2002 x tutup lagi..seram kapal dia..tempat pun ser ...

4 tahun aku duk KL(1998-2002)..almost everyday merayau kat The MAll ni..tapi tinggat atas tu tk penah aku naik..gile nerd dulu,..
sbb tgk gelap je..seram je...
Quote Artemesiaa 16-2-2014 11:28 AM
Area ni penuh bila ada event kat PWTC je

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.153587 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top