CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Kekasih Josephine Mary

14-2-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14980| Komen: 139

Polis buru kekasih Josephine Mary


SHAH ALAM 13 Feb. - Polis sedang mencari bekas teman lelaki pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary bagi membantu siasatan berhubung status laman sosial itu yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berada di Seremban, Negeri Sembilan.

Jelas sumber itu lagi, lelaki tersebut pernah mengamuk dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah Josephine Mary, 27, di Taman Megah, Kajang pada November tahun lalu.


Tembakan yang dilepaskan oleh lelaki terbabit mengenai bahu adik wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruteknik.
Lelaki itu yang pernah bekerja sebagai anggota polis bantuan dipercayai bertindak sedemikian selepas pinangannya ditolak keluarga Josephine Mary.

Semalam, Josephine Mary, 27, ditahan di rumahnya di Kajang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan dan dibebaskan kemudiannya dengan jaminan polis.

Penahanan tersebut susulan pegawai pengiring kepada Sultan Selangor, Asisten Supritendan Ahmad Rohisham Ahmad membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap baginda.
Laporan itu dibuat Ahmad Rohisham selepas mendapat perkenan baginda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, siasatan masih dijalankan.


3

Bagus

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapibukanaku 14-2-2014 08:53 AM
Anggota polis lepas tembakan kerana lamaran ditolak

KAJANG: Kerana lamarannya ditolak, seorang anggota polis melepaskan lima das tembakan setelah bergelut dengan ahli keluarga teman wanitanya di Kajang.

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, abang teman wanitanya Solomon Stallin a/l Tholiletholan berusia 25 tahun terkena satu tembakan di bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Kajang.

Ketika kejadian suspek Samuel a/l John Moses berusia 27 tahun seorang anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah pergi ke rumah teman wanitanya tetapi tidak dibenarkan masuk oleh ibu bapa wanita terbabit.

Ekoran daripada itu, berlaku perselisihan faham antara suspek dan keluarga teman wanitanya sejak beberapa hari lalu.

Bengang dengan situasi terbabit, suspek melepaskan lima das tembakan ke rumah dan satu das terkena mangsa.

Suspek kemudian melarikan diri bagaimanapun kemudian berjaya ditahan tiga jam kemudian di perkarangan Mahkamah Kajang dan pistol miliknya dirampas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kes melibatkan anggota tersebut.

Siasatan awal mendapati anggota polis terbabit tidak memulangkan senjata api yang digunakan selepas bertugas dalam sekatan jalanraya awal pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh



Quote abgboroi 14-2-2014 08:57 AM
minah ni kata...dia rajin pergi gereja...tapi tulisan dia x macam org selalu gi gereja pun...
Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:00 AM
abgboroi posted on 14-2-2014 08:57 AM
minah ni kata...dia rajin pergi gereja...tapi tulisan dia x macam org selalu gi gereja pun...

dan katanya bukan tulisan dia dlm fb tersebut. mungkin kena hack. adakah kena hack dgn bekas kekasih?

iyo2 je lah tu...
Quote WawaRaRa 14-2-2014 09:03 AM
tapibukanaku posted on 14-2-2014 09:00 AM
dan katanya bukan tulisan dia dlm fb tersebut. mungkin kena hack. adakah kena hack dgn bekas kekas ...

aku rasa ni account fake la... cer ko try google josephine mary malaysia pas tu gi image... ko leh tgk satu status dia tu... x kan la dia nak wat status cam gitu... mengata diri sendiri.... mmg ada org bengang ngan dia psl kes bf dia tu... kwn baik bf nyer la kot...

Quote BelovedTaeyeon 14-2-2014 09:04 AM
Salaam.

Tu pasal sabar dulu; jangan terus sentap.

Motif ada; ex-bf masuk FB dia dan cuba fitnah dia.

Mungkin juga dia nak balas dendam ex-bf dia serang rumah dia
Tapi tak logik gak, keje bodoh la nak fitnah ex-bf camtu.
Last edited by BelovedTaeyeon on 14-2-2014 09:06 AM

Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:05 AM
WawaRaRa posted on 14-2-2014 09:03 AM
aku rasa ni account fake la... cer ko try google josephine mary malaysia pas tu gi image... ko leh ...

ni ke?

Last edited by tapibukanaku on 14-2-2014 09:06 AM

Quote WawaRaRa 14-2-2014 09:09 AM
tapibukanaku posted on 14-2-2014 09:05 AM
ni ke?

ha... yg ni la.... aku tak reti tepek menepek gambo ni... hehe...

Quote akuMNdia 14-2-2014 09:11 AM
tapibukanaku posted on 14-2-2014 09:05 AM
ni ke?

bahasa apekah ini..??
Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:11 AM
WawaRaRa posted on 14-2-2014 09:09 AM
ha... yg ni la.... aku tak reti tepek menepek gambo ni... hehe...

bahaya lah media sosial ni. senang2 hack senang2 buat status bukan2
Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:11 AM
akuMNdia posted on 14-2-2014 09:11 AM
bahasa apekah ini..??

anggap lah bahasa budaya bangsa..
Quote fcl29 14-2-2014 09:12 AM
polis ke polis bantuan? berbeza tu
Quote peah311 14-2-2014 09:14 AM
tapibukanaku posted on 14-2-2014 09:11 AM
anggap lah bahasa budaya bangsa..

hahahah sengal.


yes, she is a BEACH girl
Quote akuMNdia 14-2-2014 09:14 AM
tapibukanaku posted on 14-2-2014 09:11 AM
anggap lah bahasa budaya bangsa..

kalau begitu baiklah (#silabacadengangayaceritakartundetectiveconanalihbahasa)
Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:14 AM
fcl29 posted on 14-2-2014 09:12 AM
polis ke polis bantuan? berbeza tu

entah lah mana satu betul. masa kejadian tembakan tu, disebutkan polis dari balai bandar baru bangi, baru lepas buat sekatan jalan raya
tapi dlm kes josephine mary ni, disebutkan polis bantuan

mana tah betul
Quote BelovedTaeyeon 14-2-2014 09:14 AM
akuMNdia posted on 14-2-2014 09:11 AM
bahasa apekah ini..??

Bahasa rojak, cendoi dan caca marba
Patutnya tulis la betul2 ya tak?
Grammar semua kena cantik.
Ini main hentam jer menulis.

Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:16 AM
peah311 posted on 14-2-2014 09:14 AM
hahahah sengal.

iols bayangkan beach girl camni




Quote tapibukanaku 14-2-2014 09:17 AM
akuMNdia posted on 14-2-2014 09:14 AM
kalau begitu baiklah (#silabacadengangayaceritakartundetectiveconanalihbahasa)

#silabacatanpaadafullstop




Quote brader_sam 14-2-2014 09:18 AM
ooo..kes ni rupanya...
dua2 mcm ada msalah jerrr...
Quote WawaRaRa 14-2-2014 09:18 AM
tapibukanaku posted on 14-2-2014 09:11 AM
bahaya lah media sosial ni. senang2 hack senang2 buat status bukan2

kan... bhya la zaman skrg... ramai yg salahgunakan media sosial...

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.135950 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top