CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berekor Disangka Dewa Hanuman

10-2-2014 02:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6059| Komen: 25

ALIPURDAR, India - Seorang pemetik teh berusia 35 tahun di sini diekori oleh ramai pengikut pada setiap hari kerana dia mempunyai ekor sepanjang 0.4 meter di belakang badannya.

Keganjilan pada badan lelaki berkenaan, Chandre Oraon menyebabkan mereka memujanya sebagai dewa.

Chandre yang mempunyai ekor sejak lahir dianggap sebagai jelmaan dewa monyet, Hanuman oleh sebahagian masyarakat Hindu.

Pada setiap hari, pengikut Hanuman dari seluruh India akan menziarahi Chandre di rumah lelaki itu dengan harapan dapat menyentuh ekornya bagi mendapat rahmat.

Seorang wanita, Monika Lakda berkata, dia berjalan selama semalaman untuk menemui Chandre di kediamannya dengan harapan lelaki itu dapat menyembuhkan anak saudaranya yang menghidap demam.

"Kami memberinya ubat tetapi tidak berhasil. Justeru saya datang menemui Chandre untuk meminta rahmat. Bayi berkenaan sembuh tidak lama selepas itu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail.

"Kami percaya Chandre adalah jelmaan Hanuman," tambahnya.

Namun, bukan semua orang percaya ekor Chandre merupakan tanda dia adalah dewa.

Seorang pegawai perubatan tempatan, Bhushan Chakraborty memberitahu akhbar Indian Express bahawa di sebalik keganjilan fizikal Chandre, dia bukannya dewa monyet.


"Lelaki itu memanjat pokok, berkelakuan seperti monyet tetapi ekornya adalah disebabkan oleh kecacatan semasa lahir," kata Bhushan.
Keadaan fizikal lelaki itu, menurut Bushan berlaku apabila tulang belakangnya memanjang dengan tidak sempurna. 

EKOR sepanjang 0.4 meter ini tumbuh pada belakang Chandre Oraon sejak lahir.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 9-2-2014 10:05 AM

EKOR sepanjang 0.4 meter ini tumbuh pada belakang Chandre Oraon sejak lahir.

Quote chaoyunjie 9-2-2014 10:17 AM
tongkatwaran75 posted on 9-2-2014 10:05 AM
EKOR sepanjang 0.4 meter ini tumbuh pada belakang Chandre Oraon sejak lahir.

macam bulu2 an je
Quote lucky_peace 9-2-2014 10:17 AM
ekor die mmg terjulur keluar ke??? nape tak simpan je dalam seluar??
Quote stryder_cats 9-2-2014 10:19 AM
Geli plak aku tgk
Quote BelovedTaeyeon 9-2-2014 10:26 AM
Salaam.

Dia gam kot.
Lebihan ponytail mamat nie



Last edited by BelovedTaeyeon on 9-2-2014 11:46 AM

Quote edee_91 9-2-2014 10:34 AM
macam tak boleh nak diiktiraf sbagai ekor je...
Quote jazaa 9-2-2014 10:38 AM
Dari tulang pinggul?......tak nampak mcm tulang pun.....
Quote AdsMsia 9-2-2014 10:40 AM
bulu jxbxr simpan 20 tahun kut

wawawawawarghhhhh
Quote pakwetizzaqyah 9-2-2014 10:41 AM
tongkatwaran75 posted on 9-2-2014 10:05 AM
EKOR sepanjang 0.4 meter ini tumbuh pada belakang Chandre Oraon sejak lahir.

bulu bontot dia korang percaya ekor..apalah.....mcm forumer tua yg kandang itu
Quote AbukRokok 9-2-2014 11:37 AM
Aku pun ada ekor kt depan :lol
Quote spiderman80 9-2-2014 11:39 AM
Sun Wukong versi Kerala.
Quote popjack 9-2-2014 12:42 PM
wahahhahahahhahahahhahah
satu lg lawokkk
Quote dubuk 9-2-2014 01:06 PM
kalau ekor kena ada daging
Quote nurul_akmar 9-2-2014 01:10 PM
mengarutla. aku igt dulu ada baby dilahirkan byk tgn ke byk kaki. mmg dipuja habis
Quote aechae 9-2-2014 01:10 PM
AbukRokok posted on 9-2-2014 11:37 AM
Aku pun ada ekor kt depan :lol

ada tunjuk kt org x?.
ada org mengekor cuba nk pegang x??



Quote -electrifying- 12-2-2014 09:41 AM
ekor kt depan ramaila, xde la smpi dipuja2, yg pelik nye ekor kt blkg siap anggap dewa,
ni lgi korg nk sembah agama cmni. LOL
Quote lepapilon 12-2-2014 09:44 AM
loooo bulu pon panggil ekor ke
Quote supernaturalee 12-2-2014 09:45 AM
atau pun spesis na'vi (avatar)
Quote kawasakininja 12-2-2014 09:46 AM
apa nak diharap dgn puak-puak ni..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.096714 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top