AMPANG – Sekumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Geng Mat Petai yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan kereta sejak tiga tahun lalu tumpas setelah polis memberkas enam ahli kumpulan termasuk dalangnya dalam tangkapan berasingan di sini Isnin lalu. Kumpulan penjenayah itu juga dipercayai turut melakukan dua kes pecah rumah di Bandar Baru Ampang, di sini, sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina, dengan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya berjaya memberkas dalang kumpulan itu di sebuah rumah Taman Tasik Tambahan, di sini, kira-kira jam 12.30 malam. “Kita turut menjumpai beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah pecah rumah. “Susulan daripada tangkapan itu, dua jam kemudian, kita memberkas seorang lelaki yang dikenali sebagai Boy dalam serbuan sebuah unit apartment di Taman Mulia Jaya,” katanya. Beliau berkata, pihaknya percaya Boy yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu merupakan pembeli barangan curi daripada Geng Mat Petai. “Kita turut menjumpai beberapa barangan dipercayai milik mangsa antaranya dua televisyen jenama Toshiba dan Panasonic, sembilan komputer riba pelbagai jenama, sebuah alat cetak dan alat projektor, lapan topi keledar pelbagai jenama dan tiga monitor komputer. “Turut dijumpai beberapa aksesori kereta antaranya empat buah radio kereta pelbagai jenama dan sebuah Garmin GPS dalam serbuah di apartment tersebut. Kesemua barangan curi itu dipercayai akan dijual semula kepada pembeli lain melalui pembelian online,” katanya. Khairuldin (dua dari kiri) menunjukkan hasil rampasan barangan dipercayai dicuri oleh Geng Mat Petai.
|
mjla: Nak jd legend kena guna nama pelik2 sket...
ADVERTISEMENT