CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuti 4 Hari, Kedai Emas Diselongkar Pencuri

4-2-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2877| Komen: 8

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa peti besi berisi barangan kemas dipecahkan oleh perompak menggunakan bahan Oxytelene dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di kompleks beli belah One Utama di sini.

Ketua polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku empat hari lalu ketika kesemua premis perniagaan di situ ditutup kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Menurutnya kejadian itu disedari oleh kakitangan kedai emas tersebut apabila menyambung perniagaan mereka hari ini.

"Setelah tiba di sini pihak polis mendapati beberapa peti besi berisi barangan kemas telah dipecahkan, perompak dipercayai memasuki kedai emas melalui pintu belakang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya masih belum dapat mentaksirkan nilai kerugian dan akan meneliti rakaman CCTV di kedai emas terbabit.

"Penggera keselamatan juga tidak berbunyi ketika kejadian, jumlah perompak yang memecah masuk juga belum dapat dipastikan,” katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 3-2-2014 08:33 PM
pavilion ok?
Quote mamiayu 3-2-2014 09:35 PM
tak pe lah kalau pi rompak kedai, kedai ada insuran. Yg aku tak tahan, dok pi samun barang kemas makcik2 sampai cedera2 orang tua tu. diaorang bukan ada insuran nak claim. kesian betul
Quote Wanieesyah 3-2-2014 10:23 PM
Ini baru betul..rompak kedai yg ada insuran..ini samun rumah aku buat apa, bukan ada brg kemas pun, buang duit aje aku kena ganti grill & pintu yg penyamun tu kopakkan
Quote munchkin 3-2-2014 11:13 PM
OU???? tandas sikit. orang beratus nak pegi tandas cam beratur beli tiket bas. tandas pun kotor. basah kotor. kesan tapak kaki di atas toilet seat. apa lagi mau heran?
Quote mikasa 3-2-2014 11:21 PM
Wanieesyah posted on 3-2-2014 10:23 PM
Ini baru betul..rompak kedai yg ada insuran..ini samun rumah aku buat apa, bukan ada brg kemas pun,  ...

lepas ni jangan lupa insurankan gril tu yer...

Quote -electrifying- 4-2-2014 05:21 PM
mikasa: lepas ni jangan lupa insurankan gril tu yer...


hahahah good idea
Quote tongkatwaran75 5-2-2014 04:58 AM
Rompakan mungkin kerja 'orang dalam'

5 Februari 2014

KAJANG: Polis tidak menolak kemungkinan kejadian samun di sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Bandar Utama, Petaling Jaya kelmarin adalah pembabitan 'orang dalam'.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, melalui rakaman percakapan daripada saksi menunjukkan sekurang-kurangnya empat lelaki warga Amerika Latin dipercayai terbabit dalam rompakan terbabit.

"Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu selain bekerjasama dengan pengurusan pusat beli-belah ini bagi meneliti semua kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam premis ini.

"Selain itu, pihak kami sudah memperoleh kesan cap jari yang ditinggalkan suspek dalam kejadian itu untuk diperiksa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini.

Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan perompak mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina untuk menceroboh masuk sebuah kedai emas di pusat beli-belah itu sebelum melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.-mymetro




Quote Al-Patih 5-2-2014 06:18 AM
mikasa posted on 3-2-2014 11:21 PM
lepas ni jangan lupa insurankan gril tu yer...

yang paling mustahak ....diinsur kan ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.085501 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top