Operasi malam tadi dijalankan sepasukan penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara, JPN Putrajaya bersama Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor. Serbuan dilakukan kira-kira jam 12 tengah malam tadi dan tertumpu di Pangsapuri Taman Subang Mas, Subang Jaya. Pemeriksaan dijalankan dari rumah ke rumah. Operasi turut dibantu anggota Rela. Ketika pemeriksaan dijalankan, ada yang enggan memberi kerjasama memaksa pintu rumah dipecahkan. Hampir 100 warga tempatan dan asing diperiksa. Hasil pemeriksaan ini, pihak JPN menemui kad pengenalan palsu. Bagaimanapun, lelaki terbabit berjaya melarikan diri melalui tingkap. Pihak JPN turut mengeluarkan surat akuan dokumen penahanan kepada seorang wanita warga tempatan untuk memperbaharui kad pengenalan wanita terbabit. Kesemua mereka yang diperiksa bagaimanpun dibebaskan selepas selesai proses dokumentasi. Operasi malam tadi dilakukan bagi mengesan individu yang menggunakan kad pengenalan palsu.
|
ADVERTISEMENT