Seremban: Seramai 22 kanak-kanak berusia antara dua dan 13 tahun ditinggalkan ibu bapa mereka dipercayai ahli kumpulan al-Arqam lebih setahun lalu dalam pemeriksaan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Nur Seri Bayu, di sini, kelmarin. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS Amran Awaluddin berkata, pemeriksaan dijalankan pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati kebanyakan kanak-kanak itu ditinggalkan ibu bapa mereka yang berhijrah ke negeri lain bagi menyebarkan ajaran kumpulan selain ada turut bekerja di premis perniagaan dimiliki. Katanya, ketika pemeriksaan, pihaknya sayu mendapati anak-anak kecil dibiarkan tanpa kasih sayang ibu bapa yang mana kehidupan mereka hanya dipantau seorang penjaga. “Kami difahamkan anak-anak kecil ini ditinggalkan kerana ibu bapa mereka sibuk menyebarkan ajaran kumpulan terbabit. “Menurut penjaga pusat itu, mereka ditinggalkan berbulan-bulan sehingga setahun lamanya,” katanya. Menurutnya, lebih mengecewakan ada di kalangan kanak-kanak terbabit didapati tidak bersekolah. Sementara itu, sumber JHEAINS berkata, kawasan sekitar Nur Seri Bayu dikuasai kumpulan al-Arqam yang memiliki antaranya pusat jagaan kanak-kanak, kedai makan, klinik dan bengkel kimpalan. Katanya, berselindung di sebalik pusat kebajikan dan anak yatim dimiliki, wang jutaan ringgit diperoleh hasil sumbangan digunakan untuk mengembangkan perniagaan mereka. “Bagaimanapun, kawasan Nur Seri Bayu ini dikuasai kumpulan berhaluan kiri pergerakan dikenali sebagai AFT (Abuya Fattah Tamimi). Kumpulan ini tidak bersefahaman dengan kumpulan asal kerana ketua mereka, Ummu Jah sudah bertaubat,” katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Perunding dan Advokasi JKM Negeri Sembilan Wan Zaleha Wan Mohamed berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati premis berkenaan tidak berdaftar dan menyalahi Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan JKM 1994. “Bagaimanapun, pemeriksaan seterusnya akan dijalankan dan kami menasihati pemilik untuk membuat pendaftaran. “Pada pemeriksaan di dua premis sebuah pusat kebajikan anak yatim dan miskin dimiliki kumpulan pergerakan itu pagi semalam (kelmarin), kami dapati kedua-duanya tidak berdaftar dan kita akan melakukan operasi pemutihan,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan dua premis sebuah pusat kebajikan anak yatim dan miskin di Rasah Kemayan, di sini, dipercayai milik kumpulan pergerakan al-Arqam diperiksa sejurus didapati ada unsur penipuan.
|
9
Bagus |
3
Marah |
1
Terkejut |
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
perang_sivil posted on 6-12-2013 08:42 AM
Aku mmg ati dgn geng Serban batik.. mmg tkde hati dan perasaan... Bilalah kumpulan ni nak lenyap ter ...
mizzacu posted on 6-12-2013 08:20 AM
alahai.. kesian budak2 ni..
pendidikan penting sgt2.. ksian depa tercicir peluang
ADVERTISEMENT