CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dedahkan Anak Pada Cahaya Matahari Untuk Tambah Ketinggian

5-4-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2423| Komen: 1

Ketinggian merupakan salah satu perkara yang sering dianggap sebagai penting, lebih-lebih lagi apabila sudah meningkat dewasa.


Gambar hiasan


Secara amnya, ketinggian seseorang akan berhenti pada usia 21 tahun bagi lelaki dan 18 tahun bagi wanita.

Faktor utama mempengaruhi ketinggian adalah susunan genetik, namun sebenarnya terdapat banyak lagi faktor lain yang boleh mempengaruh ketinggian semasa perkembangan seperti pemakanan, hormon, tahap aktiviti dan keadaan perubatan.


Gambar hiasan

Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, berikut merupakan tips yang mungkin boleh diamalkan ibu bapa dalam meningkatkan sedikit ketinggian anak pada awal usia mereka:



1. Pemakanan

Makan banyak sayur, buah dan produk tenusu yang berkhasiat dalam membentuk struktur asas anak untuk cepat membesar dan tinggi.

2. Dedahkan mereka kepada cahaya matahari

Gambar hiasan

Vitamin D yang ada dalam cahaya matahari adalah penting untuk menyerap kalsium.

3. Dapatkan tidur secukupnya.

Waktu tidur adalah penting dalam memperbaiki struktur tubuh yang telah rosak. Jangan dibiar untuk tidur lewat kerana ia akan mempengaruhi pertumbuhan anak-anak.

4. Aktif dalam aktiviti fizikal

Mereka yang aktif akan menguatkan otot dan tulang. Ia juga merangsang hormon pertumbuhan, sekaligus meningkatkan ketinggian mereka.


Loading FB Post...

5. Bebaskan daripada asap rokok.

Asap rokok termasuk ganja akan menyebabkan pertumbuhan anak-anak menjadi terbantut. Pastikan udara mereka tidak tercemar dengan asap rokok ini.

6. Duduk tegak

Postur tubuh adalah penting dalam membantu pertumbuhan ketinggian seseorang. Amalkan duduk dengan tegak, dan jangan membongkokkan badan.


Sumber: era.je

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-4-2021 01:51 PM
Matahari pagi paling baik boleh dapat Vit D percuma tak perlu lama2 pun kalau bimbang gelap

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.091130 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top