CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pengorbanan Nadiya Nisaa

21-10-2013 12:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4038| Komen: 4


Nadiya Nisaa

SEJAK mencipta nama menerusi drama bersiri Adam & Hawa, aktres berbakat besar, Nadiya Nisaa atau nama sebenarnya, Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 28, semakin banyak menerima tawaran lakonan.

Selain sering muncul di kaca TV, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Cun pada Anugerah Skrin tahun lalu ini ini juga bakal tampil dengan tiga filem terbaru, iaitu Pengapit, Gila Baby dan Bikin Filem.

Meskipun padat dengan jadual seni, namun isteri kepada Saiful Razman Mohd Kassim ini tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan juga ibu kepada satu-satunya cahaya mata mereka, Omar, yang baru berusia tiga tahun. Malah akui Nadiya, itulah pengorbanan paling besar untuknya membahagikan masa antara karier dan juga keluarga. Biarpun ‘pengorbanan’ itu terlalu subjektif baginya, namun bagi Nadiya Nissa, banyak pengorbanan dilakukan demi keluarga yang sehingga kini tetap menjadi keutamaan.

“Dalam kesibukan jadual yang tidak menentu, saya masih memberikan keutamaan kepada anak dan keluarga.

“Saya tetap mementingkan masa bersama keluarga dan sentiasa memastikan kelengkapan anak dan suami

“Malah apa saja yang saya lakukan sekarang adalah untuk keluarga saya,” kata pelakon Impian Sunsilk 2 dan Cinta Secangkir Kopi ini.

Bakal muncul dengan tiga lagi telemovie terbaru, Takdir Cinta, Nelrose, Cinta Stylista untuk tayangan Astro, anak jati Kuala Lumpur ini berkata, dia cuba memenuhi tawaran yang datang selagi berupaya.

“Masa muda inilah saya nak kumpul rezeki untuk kesenangan di kemudian hari. Saya ada banyak perancangan untuk diri sendiri dan juga keluarga, maka kerana itu saya perlu bekerja keras dan menyimpan wang,” kata Nadiya yang menyambut Aidiladha bersama keluarganya di ibu kota.

Sentiasa jaga disiplin

Mengakui persaingan dalam industri seni semakin sengit, Nadiya bagaimanapun sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi itu. Baginya, perkara yang membezakan setiap pelakon adalah disiplin.

Maka kerana itulah, dia sangat menitikberatkan soal disiplin setiap kali bekerjasama dengan mana-mana produksi sekalipun.  

“Kalau kita jaga disiplin, semua orang akan menyenangi kita dan tidak akan serik untuk bekerjasama lagi.

“Bukan saja disiplin, saya juga akan memastikan tahap lakonan saya semakin bertambah baik dan mengikut kehendak watak yang diberikan,” kata penerima  Anugerah Aktres Harapan Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia ke-24 ini.

Berkongsi perkembangan seninya, Nadiya berkata, dia kini tidak sabar  menunggu reaksi peminat untuk filem yang bakal ditayangkan nanti.

“Sekarang, saya baru selesai penggambaran untuk tiga buah filem iaitu ‘Pengapit’ bergandingan bersama Farid Kamil, Gila Baby bersama Beto Khusairy dan Bikin Filem bersama Bront Palarae.

“Semua watak yang saya pegang adalah berbeza untuk ketiga filem ini, tetapi genrenya hampir sama iaitu romantik komedi dan komedi aksi.

“Saya berharap peminat dapat menerima dan berpuas hati dengan hasil kerja keras saya ini. Saya juga yakin, peminat juga menantikan kemunculan saya dengan lakonan yang berbeza,” katanya.

Idam teater, filem muzikal

Selain drama dan filem, Nadiya juga mula berjinak-jinak dalam pementasan teater dengan membintangi teater kecilan, AsramaRA, yang berlangsung di Bangunan Mara, Kuala Lumpur.

Jelas Nadiya, dia tertarik untuk menyertai teater anjuran Revolution Stage itu setelah menerima jemputan dari teman rapatnya.

“Alhamdulillah, sambutannya diterima baik. Ini mungkin langkah saya untuk saya berjinak-jinak dalam teater.

“Saya mengakui sangat suka berlakon teater dan ia merupakan satu platform baru untuk saya bergiat dalam bidang teater,” katanya.

Menurutnya berlakon teater bukanlah semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menghidupkan sesuatu lakonan dalam teater.

Mengakui masih banyak belajar tentang mendalami peranan yang dilakonkan dalam teater, Nadiya berharap selepas ini, ada tawaran untuknya supaya dia dapat lebih mendalami selok-belok lakonan teater.

Dalam pada itu, Nadiya memberitahu, dia turut teringin membintangi filem muzikal. Sebagai permulaan, dia kini meneliti setiap tawaran lakonan dan mengkaji naskhah- naskhah yang dapat memberikan kepuasan dan hakikat perjuangan sebagai seorang anak seni.

“Sejujurnya saya sedang menunggu skrip muzikal seperti Moulin Rouge. Tak perlu  menyanyi sepanjang masa, tapi ada elemen muzik dalam filem tersebut.

“Muzik dan filem tak boleh dipisahkan. Malah muziklah yang menjadi rujukan untuk sesebuah filem muzikal yang baik,” katanya yang mahu merealisasikan dua perkara itu untuk terus bertahan di persada seni.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamarayyan2010 22-10-2013 12:24 PM
beliau ada blog ... tapi jarang nar die hupdate
heppy reading all
http://icagoing30.blogspot.com/
Quote arisa_imamura 22-10-2013 10:34 PM
adam hawa tak brp nak menaikkan nama dia sgt
Quote wanitajelita 23-10-2013 01:28 PM
hari tu ada baca dalam berita harian dia ada skandal dgn Remi Ishak sampai pergi holiday ke oversea...
maaflah kalau tersilap Nadiya yg ni ke or ada Nadiya lain
Quote larikesurga 29-10-2013 09:49 AM
suka giler dia dalam filem CUN....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.220252 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top