Tular 'Biskut Raya Komando' di media sosial. Semuanya gara-gara kapsyen pengguna Facebook iaitu "Tak lawa lambat habis." Maka, ianya dijadikan bahan gurauan warganet lain kerana warnanya yang kedam, tidak seperti biskut raya lain yang menyelerakan. Lebih teruk apabila ada yang menyamakannya dengan hidangan untuk haiwan. Rentetan itu, ramai yang menokok tambah bahawa itu merupakan contoh sikap tuan rumah yang kedekut dan sebagainya. Bagaimanapun, ada juga yang bersangka baik bahawa itu adalah gurauan kepada adik beradik. Maklumlah bila dah dapat kuih sedap, lupa orang lain dah. Setelah mendapat kecaman, pemilik Tart Cardburry tersebut tampil menjelaskan bahawa ianya sekadar gurauan. Malah, akan melayan tetamu yang datang dengan baik. Ianya terjadi kerana eksperimen mencampur pewarna menyebabkan ianya menjadi warna 'komando'. Jadi, apa kata anda? Makan kuih raya tengok rupanya atau kerana rasanya? - CARI |
ADVERTISEMENT