CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Basuh Tuala Lama Dan Kasar Jadi Lembut Dengan 2 Benda Je!

27-4-2020 10:02 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3698| Komen: 8|Original author: Oleh: top5complete

Siapa ada tuala lama yang belum pernah diganti kerana sudah selesa dengan tuala tersebut? Tuala lama ini selalunya akan terasa kasar dan tidak lagi selembut tuala baru, betul tak?


Foto: TikTok

Di sini, penulis ingin berkongsikan tip dengan hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah, anda boleh melembutkan semula tuala itu tanpa menggunakan pelembut fabrik.

Mari kita baca tip dikongsikan A Clean Bee atau Kait di media sosial beliau. Menurut Kait, penggunaan pelembut fabrik akan menyebabkan tuala menjadi kurang menyerap. 

Hal ini kerana cecair itu akan meninggalkan lapisan pada tuala, membuatkan wujud halangan untuk tuala menyerap air dengan berkesan.

"Kalau anda ada tuala mandi yang rasa kasar dan tak lagi lembut, ini tip membasuh yang berbaloi untuk anda cuba," katanya.


Tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, anda hanya memerlukan dua bahan iaitu soda penaik (baking soda) dan air. Caranya:
  1. Tambah kira-kira secawan baking soda ke dalam setiap empat liter air panas. 
  2. Anda boleh ubah kuantiti soda mengikut sukatan air.
  3. Kemudian, rendam tuala sekurang-kurangnya satu jam dalam bancuhan tersebut. Sebaiknya, rendam semalaman.
  4. Setelah itu, basuh tuala seperti biasa tanpa cecair pelembut fabrik, hanya sabun. Anda juga boleh tambahkan cuka untuk membuatkan ia lebih lembut.
  5. Tuala anda akan menjadi lebih lembut seakan-akan tuala baru!


Semoga trik ini dapat membantu anda para isteri di rumah. Selamat mencuba. - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • jamilah

  • Bagus

    Anonymity

  • Marylis

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctcheery 27-4-2020 12:15 PM
Wow good sharing
Quote Supersirap 27-4-2020 12:48 PM
Nice info, thanks TT
Quote salmon-suki 27-4-2020 02:32 PM
Baking soda plak xde..alahaiiiiii..
Quote Tinot7 27-4-2020 06:23 PM
menjadi tak? ada sesapa dah cuba?
Quote Artemesiaa 27-4-2020 08:17 PM
Info berguna
Quote any42 27-4-2020 10:07 PM
i biasa bt utk kain lap table top dpur. mmg tanggal la ktoran mcm mnyak2, ktoran dgil. rendam semlman.
Quote belacan_gurl 28-4-2020 01:47 AM
ai guna clorox je utk hilangkan hitam2 kotoran then kuar dari baldi jadi tompok2 putih...seterus jadi kain kaki kat bawah singki je ...abih cerita
Quote Cumikucingku 28-4-2020 02:57 AM
Ok nanti nak cuba..

Ada x sape2 tau tips lembutkan songket?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066665 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top