Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak usaha pembersihan dan sanitasi dilakukan pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara. Melihatkan situasi ini, pelakon Bella Dally dan suami telah menawarkan khidmat mereka untuk proses sanitasi surau dan masjid di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor. Bella turut memohon bantuan orang ramai agar menyebarkan mesej ini kepada mana-mana AJK masjid dan surau yang dikenali. Lebih mengujakan, kesemua kos dan peralatan proses sanitasi akan ditanggung sepenuhnya oleh pasangan suami isteri ini! Di akhir hantaran beliau di Instagram, Bella meminta sesiapa yang berminat untuk turut serta menjadi sukarelawan, boleh berbuat demikian dengan memberi maklumat peribadi di DM IG beliau. Contoh yang baik! - CARI
|
ADVERTISEMENT