Pada 5 Mac lalu, pelawak Jibob atau nama sebenarnya, Mohd Hamizi Hashim dilaporkan terjatuh di dalam bilik air rumahnya akibat angin ahmar sekitar jam 1 pagi. Difahamkan, dia yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang dan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan.
Loading FB Post...
Selepas dua minggu menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala, keadaan Jibob kini masih dalam keadaan separa sedar. Kredit foto: Instagram Jibob Menurut isteri Jibob, Siti Aisyah Wahiddin, suaminya boleh dibawa pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi kerana penularan COVID-19 yang semakin meruncing. "Mungkin suami boleh keluar hospital dalam minggu ini. HKL sebolehnya mahu melepaskan pesakit dan saya disuruh untuk membawa suami pulang memandangkan penularan COVID-19 kini semakin meruncing. "Bagaimanapun, saya masih mencari bantuan kelengkapan untuknya di rumah seperti tilam angin, kerusi roda, katil pesakit, mesin sedut kahak dan keperluan pesakit strok. Risau jugak dengan risiko yang saya perlu tanggung, apatah lagi saya tidak mempunyai pengalaman menguruskan pesakit," tuturnya kepada Myartis. Kredit foto: Facebook BG Zam Parut Selain kelengkapan rawatan suaminya, Aisyah turut bimbangkan perbelanjaan suaminya. Jadi, dia menerima apa sahaja jenis sumbangan, sama ada dalam bentuk wang, keperluan atau kelengkapan hospital. "Mahu atau tidak, saya kena cari jalan lain tetapi tetap bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah menghulurkan sumbangan. Sumbangan inilah yang saya gunakan untuk membeli susu yang mana kosnya mencecah RM50 sehari. Suami tidak boleh makan kerana lehernya ditebuk untuk bantuan pernafasan, jadi dia bergantung pada susu sahaja," ujarnya. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank isterinya seperti dikongsikan sahabat beliau di Facebook BG Zam Parut. Loading FB Post... Kredit foto: Instagram Jibob Dalam kerjaya seninya, Jibob pernah membintangi filem Halim Munan, Strawberi Cinta, dan Operasi X serta drama seperti Nasi Minyak Kuah Cinta dan Bila Hati Berbisik. Hasil perkahwinan, Jibob dan pasangan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Humairah. - CARI |
sarah82 replied at 3-4-2020 11:14 AM
Dia beli tin 400 gm mmg kos sehari 50……dia kena beli 800gm dpt guna 2 hari.. Jadi seminggu hanya ...
doubleA replied at 3-4-2020 11:18 AM
Walaupun iols tak kenal, iols doakan cepat sembuh. Memang mencabar jaga orang sakit lagi2 di awal2, ...
sarah82 replied at 3-4-2020 11:14 AM
Dia beli tin 400 gm mmg kos sehari 50……dia kena beli 800gm dpt guna 2 hari.. Jadi seminggu hanya ...
Acikgomen replied at 3-4-2020 03:48 PM
Baik hang pi pm dia Sarah. Habaq hang ni sapedia, sekadar nak bagi tips mcmana nak jaga ja yg hang ...
Suchi replied at 3-4-2020 03:32 PM
Pi la sarah pm ka bini dia kasi tips kat mana nk cari brg2 muroh ni.
Susu ensure tu mmg mahal gil ...
sarah82 replied at 3-4-2020 11:50 AM
Kot ada yg baca.. Boleh tlg update dia.. Boh tips sini sebab ramai yg baca
sarah82 replied at 3-4-2020 11:51 AM
Sapa2 boleh tlg pm dia.. Tak jumpa no phone dia.. Huhu..
ADVERTISEMENT