Hebat betul penangan drama komedi 'Kampung People! Bayangkan tepat sahaja pukul 9, semua penonton setia dah siap duduk bersila bagi memastikan tak terlepas menontotn hatta satu episod pun.
Tapi sayangnya, setiap permulaan pasti ada penamatnya. Kisah keluarga bandar yang terpaksa menyesuaikan diri tinggal di kampung kerana satu insiden tidak dijangka nyata berjaya mencuit hati penonton tempatan. Episod terkahir yang ditayangkan kelmarin (8 Januari) berjaya membuatkan drama itu trending di tempat pertama. Rata-rata penonton juga bersedih sebab tiada lagi 'Kampung People' untuk menceriakan hari-hari mereka. Disebabkan tak habis lagi dengan demam 'Kampung People', satu bebenang di Twitter telah dihasilkan peminat setia drama ini. Beberapa sedutan pendek mengenai gelagat 'masuk air' keluarga Minah dan Abu ini telah dimuat naik bagi meredakan rindu penonton. Boleh juga tengok bila stres nanti!
Memang betullah semua mereka anak-beranak, daripada mak sehinggakan ke anak bongsu semua genetik kelakar sama! Rata-rata penonton pun mengakui bahawa drama 'Kampung People' ini merupakan antara drama Melayu yang best sejak kebelakangan ini. Meluat asyik tengok pasangan kahwin bergaduh, ada skandal lain, drama komedi ini nyata memberikan nafas yang 'fresh' dalam arena drama tempatan. Tolonglah buat musim kedua! - CARI
|
Rainrein replied at 10-1-2020 12:12 PM
Anak i umur 8 tahun pun tengok sebab join neneknye tengok tv masa cuti sekolah hari tu. Siap cakap b ...
JiEunTak replied at 10-1-2020 02:46 PM
lawak depa effortless sangat...
dah tu si mona aka minah and laila aka rozi pun berlakon selamber b ...
ADVERTISEMENT