Program lawak popular yang dipentaskan di Istana Budaya, Lawak Ke Der bakal kembali menggegarkan panggung berprestij negara itu untuk musim ketiga bermula pada 3 hingga 6 Oktober 2013. Dalam usaha untuk menyuntik kelainan serta memberikan idea dan pengisian baru, pihak penerbit bertindak menggunakan kombinasi muka lama dan baru untuk enam pementasan yang akan berlangsung. Untuk musim terbaru program jenaka ini, pasti akan membuat penonton yang hadir terhibur dengan jenaka-jenaka baharu dan bukannya jenaka yang digunakan berulang kali.
“Lawak Ke Der akan mengabungkan wajah lama dan wajah baru bagi memberikan kesegaran pengisian jenaka untuk penonton. “Pastinya individu yang pernah terlibat sebelum ini akan hadir kembali memeriahkan pentas Lawak Ke Der tetapi demi untuk membawa konsep baharu, ”Selain itu, pertukaran ini turut memberi ruang dan peluang kepada individu-individu lain untuk mengetengahkan bakat komedi yang dimiliki mereka,” Program Lawak Ke Der 3 bakal menyaksikan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad dikekalkan selain menampilkan muka baharu di pentas program tersebut iaitu kumpulan Jambu dan juga Douglas Lim.
Sebanyak enam pementasan akan dijalankan dan harga tiket untuk menyaksikannya adalah di antara RM43 hingga RM193 dan tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau hadir terus ke kaunter Istana Budaya. |
Deadsoul posted on 10-9-2013 04:06 PM
aku suka part nabil and harith jek.
Setuju part harith dipanjangkan
ellZack posted on 10-9-2013 03:22 PM
adakah komedinya akan menjadi lebih boring?
aku suka tengok yg 1st je.
yang 2nd, tengok pun skip2. ...
opie5662 posted on 10-9-2013 04:09 PM
sbb tgk kat tv tuh dah byk yg di potong..klu tgk live sgt2 la kelakar...
ellZack posted on 10-9-2013 04:13 PM
iols tengok kat youtube..
but yg paling annoying was boboi..
tak tau nape but i dont think la ...
ADVERTISEMENT