KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2013: Kesempatan Ramadan yang hadir cuma setahun sekali sudah pasti tidak akan disia-siakan oleh mereka yang mahu beramal dan membantu meringankan beban golongan tidak bernasib baik dan fakir miskin. Bukan sahaja pahala yang berlipat kali ganda malah ia memberikan peluang kepada golongan tidak bernasib baik ini bersama-sama meraikan Ramadan dan Syawal yang disambut dengan meriah sekali. Jootawan Group Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memperjuangkan dan membantu peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana (SME) bakal menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa amal bersama anak-anak yatim di Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor pada Jumaat, 19 Julai ini. Langkah mulia Jootawan Group yang sering mengadakan seminar dan bengkel dalam mengendalikan perniagaan juga pelaburan sebagai memanfaatkan Ramadan yang datang dimana mereka terpanggil membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sudah tentu kemeriahan sesebuah majlis bertambah serinya dengan kehadiran juga acara persembahan oleh selebriti popular tempatan. Untuk majlis yang diberi nama Iftar Amal Jootawan itu, selebriti hebat iaitu Raja SMS Mawi, Jep Sepahtu dan kumpulan nasyid UNIC akan menghiburkan hadirin yang hadir pada malam tersebut. Dijangkakan seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada tetamu VIP serta anak-anak yatim akan menghadiri majlis berbuka puasa amal tersebut. Penjualan tiket untuk majlis berbuka puasa itu akan disalurkan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Aman Palestin, Syria Care dan Rumah Amal Buah Hatiku. Kepada anda yang berminat untuk bersama-sama Jootawan Group Sdn Bhd meraikan Ramadan yang mulia ini dengan beramal dan membantu golongan yang kurang bernasib baik ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 03-89457220 atau melayari www.iftar.jootawan.com untuk makluman lanjut.
|
11
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT