CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri simpati dengan Aina Abdul

26-2-2025 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5275| Komen: 5|Original author: Raline

sl.PNG


Pernah berdepan situasi sama, penyanyi Ernie Zakri simpati dengan nasib rakan artis Aina Abdul yang ketika ini sedang menjadi sasaran kecaman di media sosial.

Yakin Aina kuat berdepan cabaran, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, melihat penyanyi itu menjadi sasaran kerana namanya sedang meningkat dan menjadi perhatian.


“Aina mungkin menjadi sasaran sebab dia sedang bersinar dan terbang tinggi dalam kariernya.

“Ada juga penyanyi lain jadi mangsa kecaman namun dia lebih menjadi sasaran.

"Saya tidak berada di tempatnya tetapi saya faham apa dirasakan. Impaknya sangat luar biasa kepada kesihatan mental.

"Ini bukan pertama kali dia terkena sebegitu. Saya yakin dia cukup kuat," katanya.


Ernie ditemui ketika sidang media pengumuman konsert Universal Music Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam masa sama, penyanyi ini juga punya cara tersendiri menghindari elemen negatif termasuk tidak menggunakan media sosial ketika sibuk dengan acara besar.

Ernie juga turut menasihatkan peminat supaya menjaga sikap dan tidak mudah menuding jari ke arah orang lain.


“Kalau peminat sayang, mereka kena jaga nama baik artis… Tidaklah semua kelab peminat saya baik, tetapi saya cuba beritahu mereka supaya jangan menuding jari.

"Selalunya saya akan lari daripada media sosial selepas selesai sesuatu acara besar seperti Anugerah Juara Lagu atau konsert.

“Memang sakit bila baca, jadi saya ambil tempoh tiga hingga empat hari sehingga keadaan tenang," ujarnya.

Ernie berkongsi perkara itu sebagai mengulas kenyataan Aina yang tidak keluar rumah selama seminggu kerana menerima banyak kecaman.

Dalam perkembangan lain, Ernie sekali lagu bakal tampil dengan dengan konsert solo yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei depan di Capitol Theatre, Singapura.


Menjanjikan persembahan terbaik, dia berharap acara itu nanti akan mengulangi kejayaan Konsert Aura Ernie Zakri yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.

"Vibe konsert itu nanti mungkin sama seperti di KL, cuma ada pertukaran lagu, artis jemputan dan sedikit kejutan.

"Saya juga berharap dapat berkomunikasi dengan peminat. Sebelum ini tidak dapat buat disebabkan masalah kesihatan," ujarnya.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 26-2-2025 08:55 PM
Ramai je yg nak berada di posisi aina skrg. Dikecam kecam maksudnya ko popularrrr nyahhh. Nikmati ajelahhhh... Esok esok org tak sebut sebut sibuk pulak buat publisiti sendu. So sementara berada di langit skrg terbang dan nikmati aje sambil menyanyi. Jadi kenangan di hari tua. Esok esok cakaplah dgn anak cucu "nenek dulu popular gila youuu sampai org kecam"
Quote KamikuP 27-2-2025 09:51 AM
mEOLLS suka je lagu Aina ni tapi nonok nonok yg terlebih puja seperti zoners.. ekekekek
Quote jalfa 27-2-2025 10:34 AM
X yah kesian...dia level level org dah bandingkan dengan siti jonah....so kalu jonah no 1 ...yenna no 2 laaa
Quote apedehal 27-2-2025 10:42 AM
Knp nama anak da sedap2 panggil lala pulak...teringat nd lala
Quote sleepandream 27-2-2025 12:36 PM
haterz siti dolu lagi dasat noks... pemenat arwah saripah aini paling taknak kalah... dengan email layang hantar dekat wartawan2 semua... nangis2 siti masa konsert dekat stadium nasional bukit jalil masa tu... sekarang sheols kena kecam sheols flip tudung jahhh... kowser layan haterz2 mabuk gitu...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044462 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top