CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Fizz Fairuz nak hantar anak-anak masuk pusat tahfiz

26-2-2025 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5089| Komen: 2|Original author: Raline

Datuk Fizz Fairuz berhasrat menghantar anak-anaknya mendalami ilmu agama dengan mendaftarkan mereka ke sebuah tadika tahfiz di Pahang.

Teruja dengan kewujudan tadika berkenaan, Fizz atau Fairuz Zainal Abidin, 46, berkata, ia usaha yang baik apabila sebuah pusat pengajian menawarkan pengajian hafazan al-Quran di peringkat pra-sekolah.

f.PNG


"Apabila dapat tahu kewujudan pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali ada sebuah tadika memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Fizz merasakan ibu bapa boleh mempertimbangkan perkara sama seperti yang dilakukannya.


Jelas penyampai radio Suria FM itu, setidak-tidaknya ilmu dipelajari mampu menjadi bekalan buat mereka di akhirat nanti.

“Rasanya ibu bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana.

"Setidak-tidaknya ini akan jadi bekalan mereka di kemudian hari,” jelasnya.


Pada zaman serba moden ini, Fizz mengaku cabaran besar buat ibu bapa mahu membesarkan anak memandangkan semua perkara boleh diketahui secara dalam talian.

Malah Fizz memberitahu sehingga ke hari ini dia sentiasa memantau aktiviti anak-anaknya di rumah.

"Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.

“Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah.

"Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” ujarnya.


Untuk rekod, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Datin Almy Nadia pada 26 April 2014.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 10, Nur Afrina Aurora, 9, Nur Afrina Ayra, 7, Nur Afrina Aisyah, 4, dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.


Mereka turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia 16 tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 26-2-2025 08:56 PM
Hantar lahhhhhh
Quote suri33 27-2-2025 11:20 PM
Koh koh koh. Kita ni memuda dah ligat. Smpi kt anak kena kepung.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.091888 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top