CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Syed Tegur Jefri Nichol Peluk Peminat Wanita – ‘Awak Kena Jaga Tatasusila, Hidup Sebagai Umat Islam Ada Batasan’

24-2-2025 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29960| Komen: 27|Original author: Raline



Screenshot 2025-02-23 222315.png


Penceramah bebas, PU Syed tampil menegur pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol berikutan tindakannya memeluk peminat.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak kurang senang melihat Jefri dengan penuh mesra memeluk dan mengusap perut seorang peminat wanita.



Normalisasikan dosa adalah apabila kita buat dosa tetapi tidak rasa apa-apa.

Sama seperti yang berlaku kepada artis ini dan juga peminat dia apabila berpegangan dan menggosok perut.

Peminat pula lebih-lebih, siap peluk artis kesayangan.

Dalam masa yang sama, PU Syed turut menegaskan tentang batas pergaulan seorang Muslim yang perlu dituruti.

Hidup kita sebagai umat Islam ada batasan, ada benda boleh buat dan ada benda yang tak boleh buat.

Nasihat kepada Jefri Nichol, awak kena jaga tatasusila, kita ini orang Islam. Kena berhati-hati.

Justeru, PU Syed menggesa pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan satu garis panduan berkenaan perkara larangan dalam Islam sebagai rujukan.

Pihak berwajib perlu meletakkan garis panduan walaupun ada Al-Quran dan sunnah kerana mereka mungkin tidak merujuknya.

Ia juga supaya mereka tidak terjerumus dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang kafir.

Gaya hidup sudah tak seperti orang Islam, ini masalah besar dan perlu beri peringatan.

Dalam pada itu, PU Syed juga menasihati para artis supaya menjaga tingkah laku mereka agar tidak melanggar syariat agama.

Peringatan juga harus diberikan secara tegas kepada para artis supaya menjaga tingkah laku mereka kerana mereka diminati ramai.

Jangan mudah melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa.



Sumber: IG PU Syed, Oh Bulan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-2-2025 10:25 PM
Adakah bakalan mamakentut clan vs pu syed?


Quote jambatannetizen 23-2-2025 10:26 PM
aku ada tgk ini. Kat Indon sane, benda ini biasa je. Haha.
Quote Raman 23-2-2025 11:49 PM
Syed ni kalau geng sendiri diam tak berbunyi
Quote telracs 24-2-2025 06:00 AM
Oh, Jefri Nichol ni Islamkah?
Ingatkan Kristian... sebab selamba je cerita minum arak dan main sampai 20+ perempuan...
Quote Kuin-Kepam 24-2-2025 07:56 AM

Quote sara_thrash 24-2-2025 08:17 AM
Loh, yang di Indonesia sana yang ditegurnya. Awek dia yang di Malaysia dok berpeluk bagai kau tak nak tegur plak. Select mu ni
Quote SisLena 24-2-2025 09:12 AM
Lah kenapa tak tegur adik ipar kawan ustaz tu
Quote MistrezHermanaz 24-2-2025 10:07 AM
PU selek
Quote marchikobonzo 24-2-2025 11:01 AM
Laa..apasal tak tegur yg kat msia ni?
Quote prince_marhaen 24-2-2025 11:05 AM
Sampai ke indon jaga kain artis indon totok ye.... kes kes kawan usetaz kuat kongkek kuat aniya pompuan tu senyap je... hihihi
Quote peahkobakoba 24-2-2025 11:05 AM
Peah lihat pelakon-pelakon di dalam drama dan filem pun berpeluk-pelukan juga.
Tetapi kenapa mereka tidak boleh?
Bagi peah sama saja.
Peah suka peluk kucing.
Jangan marah peah pulak.
Quote nuryakmal 24-2-2025 11:07 AM
eh , itu kan artis kenoha. jauhnya pegi tegur. banyak main hp ni
Quote MissVixen 24-2-2025 11:35 AM
Lemak pun pelok2 jantan. Nape tak tegur yang depan mata ni dulu?
Quote Sazreena 24-2-2025 12:23 PM
Nak tegur lemak directly xleh sbb kang bang ipar sentap...so terpaksa coverline dgn menegur si konoha ni.
Quote JahLupa 24-2-2025 12:47 PM
Direct je usetat. Usetat nak mentioned nama org lain sebenamye kannn
Quote Piramida 24-2-2025 12:55 PM
Jauh peginya nak tegur sana...
Sana kepelbagaian fahaman mazhab etc etc.

Baik tuju je ke Jah Bungkus, ucetaz cengil... dan mama terpaling zat.
Quote apedehal 24-2-2025 02:35 PM
G tegur jepri nicol..dia pun who aa yus kan je chuols..igt dia ada masa nk sakit kepala cari sapa plak pu syed ni...pu riz pun lum tentu kenal
Quote nolya 24-2-2025 02:40 PM
Benda terjadi di tanah seberang, ulamak mereka pun tak menegur/melarang,  kenapa agamawan kita pula terlebih prihatin. Kita pun tak tau entah agama apa si Nicholas itu sebenarnya. Megah dgn hobi berzina, makan babi, peluk wanita tidak haram bagi dia, Islam hanya di KTP (IC) saja.
Quote ihtisyam1 24-2-2025 02:52 PM
Edited by ihtisyam1 at 24-2-2025 02:55 PM

pergi la jumpa depan2 kalu berani / benar nak tegakkan ajaran islam.... nasihat sekali perempuan tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.105539 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top