CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi bom tangan ditemui di Terengganu

21-2-2025 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9498| Komen: 2

 

KEMAMAN – Penduduk Kemasik gempar dengan penemuan sebutir bom tangan yang masih aktif di Pantai Tampin di sini, awal pagi tadi.

Penemuan bom tangan itu terus diadukan kepada Balai Polis Ayer Jerneh di sini pada pukul 12.31 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli, berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bomba Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat terbabit.

“Pemeriksaan mengesahkan objek tersebut merupakan bom tangan model HE HG FRAG 85′ yang masih aktif. Kawasan tersebut terus ditutup kepada orang awam sebelum bom tangan terbabit berjaya dimusnahkan pada pukul 11.12 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, sebelum bom tangan lain turut ditemui di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Dungun pada Ahad lalu. 


Sumber: – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 21-2-2025 11:28 AM
Apasal berita ni je tular. Minggu lepas, sejumlah peluru hidup & kelongsong peluru 5tan ditemui dlm kilang di telok panglima garang, selangor tak jumpa berita pasal ni.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.084238 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top