Johor Bahru: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di sini. Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi. Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat ke sesi menghadap dan santapan tengah hari Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. Turut dimuat naik beberapa gambar pertemuan berkenaan. Sumber:- KOSMO! ONLINE |
plywood replied at 9-12-2024 07:35 PM
kalau makan mcm ni kira formal juga kah?
bpbbppbp replied at 9-12-2024 09:38 PM
Rsau ada prisa tmbahan cacing kering mcm laksa haritu. Klau halal xpe kot
lostnfaun replied at 9-12-2024 11:36 AM
Kedai asam pedas mana yg terkenal dekat Jb tue?
ADVERTISEMENT