KUALA LUMPUR – Seramai 67,628 anak tidak saf taraf dengan catatan Seksyen 13 bagi warganegara direkodkan dalam tempoh lima tahun dari 2020 hingga 31 Oktober 2024. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, manakala bagi bukan warganegara adalah sebanyak 49,137 pendaftaran. Beliau berkata, pendaftaran kelahiran tanpa maklumat bapa mencatatkan sejumlah 66,318 bagi warganegara dan 13,159 bagi bukan warganegara. “Secara keseluruhan, jumlah pendaftaran bagi warganegara adalah 133,946, manakala bagi bukan warganegara pula ialah 62,296. “Bagi pendaftaran kelahiran Anak Tak Sah Taraf (ATST), JPN tidak menyimpan rekod kategori sijil kelahiran dengan catatan ATST dan catatan ATST tidak akan dicetak pada mana-mana ruangan dalam sijil kelahiran yang dikeluarkan,” katanya di Dewan Negara hari ini. Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda yang ingin tahu berapakah jumlah anak tidak sah taraf di Malaysia pada masa kini, dan berapa jumlah daripadanya yang tidak memperoleh taraf kewarganegaraan.
“Status kewarganegaraan kanak-kanak ini merujuk kepada taraf kewarganegaraan ibu kandung kanak-kanak tersebut. “Kanak-kanak dalam kategori ini yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia boleh membuat permohonan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, iaitu pendaftaran kewarganegaraan kanak-kanak di bawah umur 21 tahun ke bawah dan dalam keadaan khas sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut perundangan yang berkuatkuasa,” katanya. Katanya dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara sebanyak 6,705 permohonan di bawah perkara 15 telah diterima bagi kanak-kanak yang berada dalam kategori ini sepanjang tempoh 2010 hingga 2024. Sumber:- KOSMO! ONLINE |
plywood replied at 9-12-2024 07:37 PM
dalam 5 tahun tu termasuk masa covid. takkan masa covid boleh jumpa buat projek.... orang berkurung ...
ADVERTISEMENT