PETALING JAYA – Seorang penumpang pesawat berkongsi detik cemas dihadapinya bersama anak kapal yang lain apabila penerbangan mereka terpaksa berpatah balik dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Ia berikutan cuaca yang buruk apabila berlakunya hujan lebat serta angin kencang sehingga menyukarkan pesawat untuk mendarat, malam tadi. Berkongsi cerita, pengguna TikTok @afnan_mz berkata, ketika kejadian pesawat sudah tiba di LTSIP namun hanya sekadar ‘on-ground’ sebelum bertindak untuk berpatah balik ke KLIA. “Kali pertama dalam hidup, Alhamdulillah umur masih panjang. Mengucap panjang jugalah,” katanya di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen perkongsian tersebut, seorang pengguna memberitahu dia turut berada dalam pesawat terbabit dan telah berlepas semula ke LTSIP pada pukul 6.45 pagi tadi. Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, semua daerah di Kelantan dan Terengganu berdepan cuaca buruk dengan jangkaan hujan sangat lebat sepanjang hari ini. Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di dua negeri tersebut selain turut melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan di Pahang. Sumber : Kosmo |
GincuPurple replied at 1-12-2024 06:05 AM
Kualiti wartawan tulis berita makin teruk eh? Macam sampah. 'Berpatah balik DARI'? Patah balik kena ...
ADVERTISEMENT