PETALING JAYA – Dikurung dalam tandas selama seminggu tanpa makanan selain ‘dibantai’ pada muka dan kaki antara seksaan yang ditempuh seorang ibu tunggal selepas diperdaya sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja. IPerkara itu terbongkar selepas wanita yang dikenali sebagai Nur itu menghubungi keluarganya. Ibunya yang berusia 56 tahun dari Kuching berkata, pada 19 Jun lalu, Nur memaklumkan dia akan ke Kuala Lumpur untuk berkerja di sebuah kedai makan. Anak kesembilan daripada 11 beradik itu memberitahu, dia bersama seorang lagi rakan akan bekerja di ibu negara selama tiga bulan. Namun, pada Jumaat lalu, Nur yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun menghubungi ibunya memaklumkan dia berada di Kemboja dan dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’. “Anak saya buat panggilan video beritahu dia telah dikurung selama seminggu di dalam tandas tanpa makanan dan minuman.
“Dia menunjukkan keadaan kaki dan mukanya yang bengkak akibat dipukul. Anak saya nampak sangat lemah. Dia mengadu terpaksa tidur dalam tandas, tidak makan dan hanya minum air paip,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. Lebih memilukan, cucunya yang juga anak tunggal Nur kerap menangis dan memanggil ibunya sebelum tidur. “Anak lelaki Nur tanya di mana ibunya. Saya tidak tahu hendak jawab apa. Saya merayu tolong selamatkan anak saya,” kata wanita itu. Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim menggesa mana-mana individu yang merancang untuk ke Bangkok, Thailand supaya lebih berwaspada. “Mana-mana rakyat Malaysia yang nak pergi melancong terutama jika diajak kawan-kawan supaya sentiasa berwaspada kerana anda juga berisiko jadi mangsa. “Sindiket penipuan kini semakin hari semakin zalim. Teruskan seksaan macam tiada nokhtah kerana mereka selesa dan yakin tiada tindakan akan dibuat ke atas mereka,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
sangbara2020 replied at 28-11-2024 09:56 AM
aritu kwn iolls dpt panggilan scammer ni..kena tarbiah scammer tu kjp..kwn iolls srh dia buat la gra ...
kepompong replied at 28-11-2024 10:02 AM
kalau tak dpt income dari scam tu.. dorang kena pukul teruk. Duit scam bukannya dorang yg dpt, bos ...
pocongkiutss replied at 28-11-2024 10:10 AM
CITIZEN OF A KIND sebuah filem Korea baru yang diadaptasi dari kisah sebenar #BasedOnTrueStory ini m ...
pocongkiutss replied at 28-11-2024 10:10 AM
CITIZEN OF A KIND sebuah filem Korea baru yang diadaptasi dari kisah sebenar #BasedOnTrueStory ini m ...
Firenzza replied at 28-11-2024 11:40 AM
Macit kemboja kutuk melayu pemalas tersenyum sinis ..........
pocongkiutss replied at 28-11-2024 10:10 AM
CITIZEN OF A KIND sebuah filem Korea baru yang diadaptasi dari kisah sebenar #BasedOnTrueStory ini m ...
ninja boy replied at 28-11-2024 12:41 PM
Zaman dulu2 kawan2 ai beria2 cari kerja ckp ada job kat kemboja ai ask balik company mana, mana loka ...
Perwira2022 replied at 28-11-2024 02:21 PM
Lupa movie apa, kat netflix... Kisah benar gak ttg scam pekerjaan.... Yg kena tipu tu, dia dapat o ...
Perwira2022 replied at 28-11-2024 02:21 PM
Lupa movie apa, kat netflix... Kisah benar gak ttg scam pekerjaan.... Yg kena tipu tu, dia dapat o ...
mrsLucky replied at 28-11-2024 12:33 PM
Thank you for sharing...mana you tengok movie ni?
I pon a few times kena scam ..
ADVERTISEMENT