CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah bangga anak lelaki raih markah tertinggi subjek Pendidikan Islam - “Proud of my sayang, Ayden"

26-11-2024 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36088| Komen: 9


 


Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Ayden Adrean yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tahun 1, baru-baru ini.

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, memberitahu subjek Pendidikan Islam mendapat markah 94 peratus iaitu markah paling tertinggi berbanding mata pelajaran lain.

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat reaksi gembira wajah Ayden ketika menunjukkan keputusan peperiksaan tersebut kepada ibunya.

 

Susulan itu, Bella berharap anaknya itu terus mengukir lebih banyak kejayaan dan menjadi seorang lelaki yang mempunyai akhlak baik.


“Proud of my sayang, Ayden. The highest is Pendidikan Islam.

“Semoga terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Insta-story.

Sekadar info, Ayden Adrean merupakan anak pertama Bella Astillah dengan Aliff Aziz. Mereka juga mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreanna, 4.

Walau bagaimanapun, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu buat kali ke-2 pada 13 Jun 2024 selepas terpalit dalam beberapa kontroversi melibatkan rumah tangga mereka.

Sumber: Oh My Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 27-11-2024 12:22 AM
ayden nanti selawat sama2 ngan daddy n auntie anis hokehhh
Quote brainbiru 27-11-2024 12:46 AM
Ayden, nanti klu kawen, setia pada bini tau.

Dan jgn juga jadi penyondol bini org tau. Sbb menyondol bini org ni tak kemana. Kau tak boleh bawak bini org tu nikah kat siam. Zizik tau.
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:11 AM
tahniah
Quote aavakateimani 27-11-2024 08:12 AM
comel anak dia
Quote dewi_rina 29-11-2024 04:46 PM
Sekolah agama ke? Ke kat sekolah cina, mcm kalau kita kat sekolah kebangsaan bangsa lain masuk kelas moral
Quote doubleA 29-11-2024 05:51 PM
Semoga anak2nya baik2 jela tak terpaling mcm makpak dan skandal2 mereka
Quote LadyCarefree 30-11-2024 01:03 AM
laaaa matching2 kan gitu je? Itupun yg first dia xjawab.
Quote youell 30-11-2024 09:44 AM
Kalau kak KM ni, dah hadiahkan kete mini gamaknya.. Hahaha
Quote mrsLucky 30-11-2024 10:02 AM
budak ni bijak...semoga terus cermerlang dan jadi insan yang baik.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.037074 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top